Wednesday, December 16, 2020

Rumitnya memahami Tritunggal


RUMITNYA MEMAHAMI TRITUNGGAL


Saya terbaca disebuah laman(1) tentang bagaimana sulitnya penganut kristian untuk menjelaskan konsep tritunggal. Laman itu mengimbau kembali zaman persekolahannya di mana guru beliau mengalami kesukaran untuk menjelaskan konsep 'satu Tuhan dalam tiga peribadi'. Guru beliau cuba menggunakan pelbagai analogi yang rumit namun semua penjelasan itu tidak membantu malah sebaliknya membuatkan kelas menjadi lebih bingung dari sebelumnya. Hanya sedikit sahaja dari beberapa analogi itu yang dapat memberi gambaran tentang apa yang cuba disampaikan. 

Selama bertahun, para teolog kristian berusaha mengenengahkan pelbagai gambaran atau contoh untuk menjelaskan tentang konsep tritunggal.

Isu yang paling rumit untuk dijelaskan ialah : bagaimana untuk memberi analogi yang paling tepat untuk menyatakan tentang wujud tiga peribadi dalam satu esensi Tuhan?

Apa yang menarik ialah, laman itu sendiri mengakui beberapa analogi-analogi yang popular sebenarnya tidaklah memberi gambaran sebenar tentang konsep tritunggal malah sebaliknya boleh memberi gambaran yang salah tentang konsep itu. Disini saya kongsikan beberapa contoh yang telah diberikan oleh laman tersebut.


Analogi 'Tiga kelopak Daun Semanggi'

Menurut laman itu, analogi ini mungkin yang paling terkenal, dimana ia dikatakan pasti akan digunakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun di gereja-gereja seluruh negara. 


(Gambar hiasan ) Daun Semanggi atau Shamrock dalam bahasa Inggerisnya 


Kisahnya bermula apabila St.Patrick menggunakan daun tersebut sebagai ilustrasi kepada masyarakat pagan Ireland yang sukar memahami gagasan tritunggal. Menurut laman itu, ia suatu ilustrasi yang agak baik namun ia hanya boleh memberi gambaran yang betul jika entiti Bapa, Anak dan Roh Kudus difahami sebagai entiti yang tersendiri dan masing-masing adalah Tuhan sepenuhnya secara tersendiri. 

Namun malangnya pendekatan ini lebih menjurus kepada fahaman Partialisme. Dari segi sejarah, ia mendorong orang Kristian untuk percaya bahawa setiap entiti dari triniti hanyalah sebahagian dari Tuhan dan hanya menjadi Tuhan sepenuhnya ketika mereka bersatu. Ini sudah tentu suatu gambaran yang salah tentang tritunggal.


Analogi struktur air

Ada yang cuba menggunakan illustrasi struktur air untuk menganalogikan konsep tritunggal, namun sekali lagi ini juga bukan contoh yang baik. Dengan menggunakan penjelasan air yang wujud dalam tiga bentuk : ais, cecair dan wap, tentunya pendekatan ini menjurus kepada faham Modalisme, iaitu idea bahawa Tuhan hanya mewakili dirinya dalam tiga bentuk yang berbeza, tetapi bukan tiga peribadi yang berbeza.

Penggunaan ilustrasi ini seakan memberi gambaran bahawa Tuhan pertama kali memperlihatkan dirinya sebagai Bapa, kemudian sebagai Yesus, kemudian sebagai Roh Kudus. Sudah tentu ini bercanggah dengan konsep tritunggal.


Perumpamaan ayah, suami dan anak lelaki

Disana ada juga mengumpamakan tritunggal seperti seorang lelaki yang berperanan sebagai seorang ayah, suami dan anak lelaki pada masa yang sama. Dia hanyalah satu individu, namun memiliki tiga fungsi yang berbeza. Namun, ini pun masih gagal merangkumi semua aspek yang ada dalam tritunggal. Tuhan Bapa, Anak dan Roh Kudus bukanlah tiga fungsi yang berbeza, namun mereka adalah peribadi yang berbeza dan berdiri secara sendiri.

Dalam contoh tadi, seorang lelaki biasa mungkin mempunyai isteri, anak-anak dan ayah, tetapi dia mengubah peranannya bergantung pada siapa dia berinteraksi. Ini masih belum dapat dibandingkan dengan kerumitan Triniti.

Laman itu kemudian menyebut,

Jadi apa gunanya ilustrasi ini? Haruskah kita berhenti berusaha untuk menjelaskan Triniti dan hanya menerima bahawa bahasa kita tidak akan dapat memberi  penjelasan sepenuhnya merangkumi semua Tuhan itu?

"Menurut Holmes, sama sekali tidak. Dia mengatakan bahawa walaupun tidak akan ada analogi yang lengkap, namun untuk menyerah diri sepenuhnya adalah satu kesilapan."

kata laman itu lagi,

Sekiranya kisah tentang analogi daun Semanggi itu benar, maka dalam situasi opportunistik, itu tidak mengapa. Tetapi jika itulah akhir pemahaman kita tentang Triniti, maka ada sesuatu yang salah, jelasnya.

Saya rasa secara umum masalahnya adalah bahawa gambaran atau metafora yang kita ambil untuk menyampaikan tahap kebenaran tertentu, tetapi dalam masa yang semua ia juga menyesatkan dalam beberapa cara. Masalahnya timbul apabila kita bingung antara kebenaran yang digambarkan, dan apa aspek yang sebenarnya menyesatkan.

Akhinya laman itu menyimpulkan,

Terdapat jauh lebih banyak bagi Tuhan daripada kerumitan triniti dan, bagaimanapun kita memilih untuk melihatnya atau memahami kerumitan Ketuhanan, kita tidak akan pernah sampai ke sana. Sifat Tuhan yang tidak terhingga dan sifat akal manusia yang terbatas bererti kita tidak akan dapat memahami sepenuhnya kesempurnaanNya.


Kesukaran menjelaskan tritunggal

Apabila anda memerhatikan beberapa penjelasan tentang konsep tritunggal, anda akan dapati mereka sebenarnya sukar sekali untuk menjelaskannya dengan sempurna. Umpamanya dalam laman Gotquestions.org (2) dinyatakan,

Perkara yang paling sulit tentang konsep Tritunggal orang Kristian adalah tidak ada jalan yang cukup bagus untuk menjelaskannya. Konsep tritunggal mustahil difahami oleh manusia manapun, apalagi hendak menjelaskannya. Tuhan itu jelas jauh lebih besar daripada kita oleh yang demikian kita tidak boleh berharap untuk dapat memahami Dia dengan sepenuhnya. Alkitab mengajar bahawa Bapa itu Tuhan, Yesus itu Tuhan dan Roh Kudus itu Tuhan. Alkitab juga mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan. Walaupun kita dapat memahami beberapa fakta tentang perhubungan di antara peribadi yang berbeza pada Tritunggal, akhirnya ia tidak dapat difahami fikiran manusia dengan sepenuhnya.

Tidak ada satupun daripada contoh-contoh terkenal yang dapat memberikan penjelasan sepenuhnya tentang Tritunggal. Contoh telur (atau epal), adalah contoh yang gagal sebab cengkerang, putih-telur dan kuning-telur setiap satunya adalah bahagian kepada telur tetapi setiap satunya bukanlah telur itu sendiri. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukan bahagian-bahagian daripada Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Contoh air merupakan contoh yang lebih baik namun ianya satu contoh yang gagal juga. Cecair,wap dan pepejal kesemuanya adalah bentuk-bentuk air. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukannya bentuk-bentuk Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Jadi, sementara contoh-contoh ini dapat memberikan sedikit gambaran perihal Tritunggal, gambaran yang diberikan tidaklah tepat pada keseluruhannya. Tuhan yang baqa tidak dapat djelaskan dengan menggunakan contoh-contoh yang fana.

Laman Katolisitas.org(3) ketika mengulas misteri tritunggal menyebut,

Memang pada akhirnya, Trinitas hanya dapat dipahami dalam kacamata iman, karena ini adalah suatu misteri (KGK 237.), meskipun ada banyak hal juga yang dapat kita ketahui dalam misteri tersebut. Manusia dengan pemikiran sendiri memang tidak akan dapat mencapai pemahaman sempurna tentang misteri Trinitas, walaupun misteri itu sudah diwahyukan Allah kepada manusia. 

Oleh kerana rumitnya konsep tritunggal ini difahami, St. Agustinus(4) pernah mengatakan, “Kalau engkau memahami-Nya, Ia bukan lagi Allah”. ((St. Agustinus, sermon. 52, 6, 16, seperti dikutip dalam KGK 230.)

Begitulah Tuhan dalam konsep tritunggal, sekiranya anda dapat memahaminya, maka ia bukan lagi Tuhan!


Realiti pemahaman penganut kristian masa kini

Oleh sebab itu tidak hairanlah dalam satu kajian yang dilakukan oleh badan gereja beraliran unitarian mendapati kebanyakan penganut trinitarian yang hadir kegereja sudah lama tidak mempercayai triniti kerana mereka tidak tahu apa itu triniti, atau mereka tidak memahaminya dengan baik dan dengan itu tidak benar-benar "mempercayainya," malah mereka seakan lebih kurang mengabaikan keseluruhan kedudukan doktrin tersebut.(5)

Spirit & Truth Fellowship International adalah sebuah badan non trinitarian, dan mereka telah melakukan banyak perbincangan dan perdebatan dengan penganut trinitarian sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pengalaman yang mereka dapati adalah bahawa sebilangan besar mereka yang menghadiri gereja trinitarian secara terbuka mengaku bahawa mereka tidak tahu apa triniti, atau ketika disoal, tidak dapat menentukannya dengan tepat. Berdasarkan pengalaman mereka, banyak pengunjung gereja menganggap triniti itu hanya ada tiga entiti, Allah Bapa, Anak, dan makhluk yang disebut "Roh Kudus."

Lebih mengejutkan, sebilangan besar penganut trinitarian yang mereka temui bahkan tidak percaya bahawa Yesus adalah Tuhan!, apalagi bahawa dia adalah salah satu dari tiga oknum dalam triniti, yang semuanya adalah setara dan bersama-sama dalam satu esensi yang secara bersama membentuk Tuhan Yang Esa dalam pemahaman ortodoksi kristian. 


Rujukan :
1) Why is the Trinity so difficult to understand? - Christian Today
2) Apakah yang diajarkan Alkitab tentang Tritunggal?
3) Trinitas: Satu Tuhan dalam Tiga Pribadi
4) Agustinus dari Hippo - Wikipedia Bahasa Indonesia 
5) Do You Have to Believe in the Trinity to be Saved? - Biblical Unitarian.com





Tuesday, December 8, 2020

Konsep 'Masalah Kekekalan Tuhan' : Tauhid vs tritunggal


KONSEP 'MASALAH KEKEKALAN TUHAN' : TAUHID VS TRITUNGGAL


Dalam membenarkan doktrin tritunggal, para teolog Kristian sanggup mencari apa saja alasan untuk menampakkan doktrin mereka kelihatan logik dan masuk akal. Salah satu daripadanya ialah, doktrin 'masalah kekekalan'. 

Doktrin ini cuba mempertikaikan apakah kesempurnaan sifat Tuhan dapat dicapai sekiranya Tuhan berada dalam keesaan atau ketunggalanNya. Maka mereka berhujah, sekiranya Tuhan mahu menzahirkan sifatNya, Tuhan memerlukan suatu 'pihak' untuk menzahirkan sifat itu.

Berikut saya petik keratan dari laman Katolisitas.org, takkala cuba menghurai tentang sifat kasih Allah, beliau berkata :

Kasih tidak mungkin berdiri sendiri, namun melibatkan dua belah pihak. Sebagai contoh, kasih suami istri, melibatkan kedua belah pihak, maka disebut “saling” mengasihi. Kalau Tuhan adalah Kasih yang paling sempurna, maka tidak mungkin Ia tidak melibatkan pihak lain yang dapat menjadi saluran kasih-Nya dan yang juga dapat membalas kasih-Nya dengan derajat yang sama. Jadi Tuhan itu harus satu, namun bukan Tuhan yang terisolasi, yang semata sendirian; melainkan ada kehidupan kasih timbal balik dalam diri-Nya sendiri. Sebab jika demikian, Tuhan tidak mungkin dapat menyalurkan dan menerima kasih yang sejati.

Kemudian laman itu menolak anggapan bahawa Tuhan menerima balas kasih dari manusia kerana, a) kasih manusia tidak sempurna, dan b) Tuhan telah ada terlebih dahulu untuk jangka waktu yang tak terukur, sampai saat Allah menciptakan langit dan bumi dan segala isinya. Kemudian laman itu menyimpulkan,

Dengan demikian, sangatlah masuk akal, bahwa Allah, yang adalah Kasih yang sempurna, mempunyai “kehidupan batin,” di dalam diri-Nya sendiri dimana Ia dapat memberikan kasih dan juga menerima kembali kasih yang sempurna itu. Dalam kehidupan batin Allah inilah, Kristus ada sebagai Sang Sabda Allah, atau disebut Allah Putra, yang memberikan derajat kasih yang sama kepada Allah Bapa. Hubungan antara Allah Bapa dan Allah Putra adalah hubungan kasih yang demikian sempurna dan kekal, sehingga membuahkan Pribadi Allah yang ketiga yaitu Roh Kudus. Hal kasih timbal balik dalam diri Allah ini terjadi dalam kekekalan, di luar dimensi waktu, sehingga tidak ada yang ada lebih dulu disusul yang lain, tetapi ketiga Pribadi Allah ada bersama-sama dalam kekekalan. (1)

Hujah yang hampir sama juga digunakan oleh laman IsadanIslam.org ketika cuba membawa argumen berkenaan sifat berbicara atau mendengar bagi Allah. Laman itu menyebut :

Tapi kita tahu, tanpa konsep trinitas, dalam kekekalan seakan-akan Allah bisu dan tuli. Mengapa? Sebab bila Allah sendirian dalam kekekalan sebagaimana menurut konsep Tauhid, berarti Allah tidak berbicara atau mendengar. Mungkinkah Allah akan berbicara dalam kekekalan, sementara tidak ada yang mendengarkan? Mungkinkah Dia mendengar suara bila tidak ada oknum yang berbicara kepada-Nya?

Kemudian laman itu menolak kemungkinan Allah menciptakan malaikat untuk menyatakan kesempurnaan sifat berbicaraNya kerana dengan demikian bererti Allah bergantung kepada ciptaanNya. Demikian juga sebaliknya jika Allah hanya berdiam dalam kekekalanNya, kononnya Allah yang sebegitu kurang sempurna. Kemudian laman itu cuba menyimpulkan, konsep tritunggal adalah jawapan kepada permasalahan tersebut.

Demikian dalam kekekalan ada Trinitas: Allah Bapa, Allah Roh, Kalimat Allah. Ini disebut Allah Tri-Tunggal. Dalam kekekalan ada lingkaran kasih dalam keesaan Allah, dimana Allah Bapa, Roh Allah, Kalimat Allah saling-mengasihi, berinteraksi satu sama lain karena beroknum tiga, namun maha esa.

Jelas tidak mudah percaya pada Trinitas. Namun menurut kami, lebih mudah menerima dan percaya Trinitas daripada konsep ketauhidan Allah yang dikemukakan dalam agama Islam. Sulit mempercayai bahwa Allah dalam kekekalan seakan-akan bisu dan tuli.  Karena itu, konsep Tauhid juga sulit diterima! (2)

Untuk menjawab persoalan ini, saya akan mengemukakan beberapa hujah balas terhadap dakwaan mereka ini.


Fahami terlebih dahulu kesempurnaan sifat Allah menurut konsep Tauhid

Didalam perbahasan sifat-sifat Allah dalam akidah Islam, hal pertama yang perlu kita yakini ialah seluruh sifat Allah adalah tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan.

Berikut adalah huraiannya yang saya petik dari artikel muslim.or.id (3):

Allah Ta’ala berfirman, “Dan hanya kepunyaan Allah-lah matsalul a’la (Sifat yang Maha Tinggi).” (QS. An Nahl: 60). Yang dimaksud matsalul a’la/Sifat-Sifat yang paling tinggi adalah sifat yang paling sempurna.

Di dalam kaidah bahasa Arab mendahulukan ungkapan yang seharusnya ditaruh di belakang (yaitu Lillaahi-Hanya kepunyaan Allah-pent) memiliki fungsi pembatasan dan pengkhususan. Sehingga seolah-olah Allah Ta’ala membatasi sifat-sifat yang paling sempurna itu hanya ada pada-Nya dan Dia Mengistimewakan Sifat tersebut khusus bagi Diri-Nya, inilah gaya bahasa Al Qur’an yang sangat indah!!

Rabb Sesembahan yang berhak menerima peribadahan pasti memiliki Sifat-Sifat yang kesempurnaan-Nya mencapai puncak tertinggi diantara segala macam sifat kesempurnaan. Sebagaimana Allah telah menunjukkan kebatilan penyembahan terhadap berhala-berhala dengan cara mensifati mereka dengan sifat-sifat yang penuh kekurangan.

Untuk penjelasan tambahan, saya petik dari sumber yang sama namun dalam artikel yang berlainan (4) :

Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati nama-nama-Nya dalam al-Qur’an dengan al-husna (maha indah) yang berarti kemahaindahan yang mencapai puncak kesempurnaan, karena nama-nama tersebut mengandung sifat-sifat kesempurnaan yang tidak ada padanya celaan/kekurangan sedikitpun ditinjau dari semua sisi. (Lihat kitab “al-Qawaa’idul mutsla” (hal. 21).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

{وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Hanya milik Allah-lah asma-ul husna (nama-nama yang maha indah), maka berdoalah kepada-Nya dengan nama-nama itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran) dalam (menyebut dan memahami) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan” (QS al-A’raaf:180).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

{لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآَخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَى وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم}

Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (QS an-Nahl :60).

Artinya: Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai sifat kesempurnaan yang mutlak (tidak terbatas) dari semua segi. (Lihat “Tafsir Ibnu Katsir” (2/756).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “(Sifat-sifat) maha sempurna adalah milik Allah, bahkan Dia memiliki (sifat-sifat) yang kesempurnaannya mencapai puncak yang paling tinggi, sehingga tidak ada satu kesempurnaanpun yang tidak ada padanya celaan/kekurangan kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala berhak memilikinya pada diri-Nya yang maha suci” (Kitab “al-Qawa-‘idul mutsla” (6/71).

Berdasarkan dari beberapa penjelasan yang saya kemukakan diatas, ada beberapa poin penting yang dapat kita perhatikan disini :

1) Seluruh sifat Allah adalah tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan.
2) Sifat-Sifat yang kesempurnaan-Nya mencapai puncak tertinggi diantara segala macam sifat kesempurnaan.
3) Tidak ada padanya celaan/kekurangan sedikitpun ditinjau dari semua sisi.
4) Sifat yang ditetapkan untuk Allah Ta’ala, sesuai dengan (keagungan dan kebesaran) Allah Ta’ala, 

Dengan penjelasan penting ini dapat kita fahami kesempurnaan sifat Allah itu adalah secara menyeluruh. Sifat kesempurnaan Tuhan dalam konsep Tauhid berdiri secara sendiri, tanpa memerlukan sokongan dari pihak lain. Tidak ada sebarang celaan atau kekurangan pada semua sifatnya.


Ketahui apa itu sifat 'sukuut' (diam) bagi Allah

Didalam i'tiqad ahlussunah, terdapat penetapan sifat "sukuut" bagi Allah taala. Berikut penjelasan yang saya ambil dari artikel muslim.or.id (5) ketika melanjutkan  perbahasan tentang sifat kalam Allah di bahagian yang pertama,

Sehingga konsekuensi dari sifat kalam menurut pengertian yang ke dua ini adalah Allah Ta’ala meyakini dan menetapkan adanya sifat “sukuut” (diam) untuk Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berbicara ketika Allah Ta’ala berkehendak untuk bicara. Sehingga sebaliknya, ketika tidak berkehendak untuk berbicara, Allah Ta’ala pun diam (sukuut). Diam di sini tidak sama dengan bisu, karena meskipun tidak berkehendak berbicara, Allah Ta’ala adalah Dzat yang Maha berbicara dan tidak bisu. 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu Ta’ala berkata,

فَثَبَتَ بِالسُّنَّةِ وَالْإِجْمَاعِ أَنَّ اللَّهَ يُوصَفُ بِالسُّكُوتِ؛ لَكِنَّ السُّكُوتَ يَكُونُ تَارَةً عَنْ التَّكَلُّمِ وَتَارَةً عَنْ إظْهَارِ الْكَلَامِ وَإِعْلَامِهِ

“Dalil dari sunnah dan ijma’ menetapkan bahwa Allah Ta’ala itu memiliki sifat sukuut. Akan tetapi, sukuut itu memiliki makna diam dari berbicara, dan terkadang memiliki makna tidak menampakkan pembicaraan.” (Majmu’ Al-Fataawa, 6: 179)

Setelah membawakan perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah di atas, dalam fatwa Islamweb disebutkan,

فالحاصل أن السكوت صفة ثابتة لله عزوجل ، على ما يليق به سبحانه : ( ليس كمثله شيء وهو السميع البصير) ، ومن تكلم باختياره ومشيئته ، سكت باختياره ومشيئته

“Sebagai kesimpulan, bahwa sukuut adalah sifat yang ditetapkan untuk Allah Ta’ala, sesuai dengan (keagungan dan kebesaran) Allah Ta’ala, “Tidak ada satu pun yang semisal dengan Allah, dan Dia Maha mendengar dan Maha melihat.” Dan siapa saja yang berbicara sesuai dengan keinginan dan kehendaknya, maka dia pun diam sesuai dengan keinginan dan kehendaknya.” (https://library.islamweb.net/ar/fatwa/2634/)

Disebutkan juga dalam Dorar.net,

يوصف ربنا عزَّ وجلَّ بالسُّكوت كما يليق به سبحانه، لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ. وهذا ثابتٌ بالسنة الصحيحة، وهي صفةٌ فعليَّةٌ متعلقة بمشيئته سبحانه وتعالى

“Allah Ta’ala disifati dengan as-sukuut sesuai dengan yang layak bagi Allah Ta’ala, “Tidak ada satu pun yang semisal dengan Allah, dan Dia Maha mendengar dan Maha melihat.” Sifat ini ditetapkan berdasarkan sunnah yang shahih. Sifat ini adalah sifat fi’liyyah, yaitu sifat yang berkaitan dengan kehendak Allah Ta’ala.”  (https://dorar.net/aqadia/926/)

Sifat 'sukuut' adalah sifat Allah yang sabit di dalam AlQuran dan hadith. Namun sesuatu yang perlu diketahui, hal ini tidaklah melazimkan sifat diamnya itu sama dengan diamnya makhluk kerana diamnya Tuhan itu sesuai dengan yang layak bagi kebesaran dan keagungan Allah. Diamnya Allah tidak sama dengan bisu. Dia berbicara jika Dia berkehendak dan diam dengan kehendakNya pula.


Diam tidak bererti tidak sempurna

Berdasarkan dari beberapa penjelasan penting yang saya senaraikan diatas, kita dapat membuat kesimpulan, apakah Allah itu diam atau berbicara, tidak ada bezanya bagi Allah menurut perspektif Islam, kerana semua sifat Allah itu adalah tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan. Jika Dia berbicara itu menunjukkan kesempurnaanNya, maka begitu juga sebaliknya, diamnya itupun suatu kesempurnaan. Maka apakah ketika Allah menyendiri sebelum menciptakan makhluk atau ketika Dia telah bersama makhluk ciptaanNya, Dia sediakala tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan.

Hal ini amat berbeza dengan Tuhan dari perspektif tritunggal, kerana Tuhan mereka hanya sempurna ketika berbicara, namun menjadi sesuatu kekurangan/tercela jika Dia tidak berbicara (diam). Maka untuk menutupi kekurangan ini, Tuhan mereka perlu kepada suatu pihak lain untuk melengkapi kekurangan sifat tadi.

Lihat bagaimana kekurangan itu diungkapkan melalui tulisan mereka,

Bila Ia berdiam diri dalam kekekalan sebelum tiba waktu menciptakan sesuatu, berarti dalam kekekalan Ia tidak pernah bicara dan mendengar.

Mungkin ada orang yang puas menyembah Allah yang demikian. Tapi kami tidak siap menyembah Allah yang terpaksa berdiam diri dalam kekekalan. Menurut kami, Allah yang demikian kurang sempurna.


Menggunakan argumentasi logis sebagai bantahan keatas konsep 'masalah kekekalan'

Untuk menampakkan konsep 'masalah kekekalan' mereka itu kelihatan logik, laman Isadanislam.org umpamanya memetik sebuah kisah novel karangan Daniel Defoe sebagai contoh, beliau menyebut :

Robinson Crusoe, tokoh fiktif dalam karangan Daniel Defoe yang diterbitkan tahun 1719, tinggal sendirian di sebuah pulau selama 28 tahun. Selama itu, ia tidak pernah bertemu seseorang, sehingga dia tidak pernah berbicara. Tidak mungkin dia berbicara dengan hewan, tumbuhan, atau dengan dirinya sendiri, bukan? Tanpa adanya makhluk sejenis menjadi lawan bicara, ia seakan-akan menjadi bisu.

Karena tidak ada manusia lain, dia tidak dapat mendengar suara manusia, percakapan manusia, atau penjelasan dari sesama. Dari segi tukar pikiran dengan sesama manusia, ia juga seakan-akan tuli. Bagaimana dengan Allah? Tentunya sama, tanpa konsep trinitas dalam kekekalan seakan-akan Allah bisu dan tuli.

Berdasarkan petikan kisah ini, mereka cuba memberi gambaran bahawa bersendirian itu suatu kekurangan. Lalu mereka menganalogikan ia dengan Tuhan.

Jika inilah kaedah logik yang mereka cuba gunakan, maka saya juga boleh menggunakan beberapa contoh disekeliling kita. Umpamanya, mengapa ramai orang berlumba lumba menjadi orang yang pertama dan terawal dalam setiap perkara? mengapa ada orang begitu berbangga menjadi orang terawal sampai ke puncak Gunung Everest? atau mengapa ada orang begitu berbangga menjadi warga negara yang pertama sampai ke bulan? atau meneroka hutan belantara yang belum pernah diterokai oleh sesiapapun, hatta, apabila ada sesuatu gedung baru dilancarkan, manusia berlumba-lumba untuk menjadi yang terawal 'menjejakkan kaki' dan 'merasmikannya'. Mereka bangga mengungkapkan, "akulah yang pertama dan terawal sampai ke tempat sekian sekian......"

Mengapa 'kejayaan' sedemikian tidak begitu dihargai dan kurang nilainya jika diperoleh secara bersama? kita pasti akan mengakui hakikat bahawa kita mungkin akan memperoleh keseronokan dan kegembiraan apabila memperolehnya secara bersama, namun kita kekurangan sesuatu...

Ya, adakalanya bersendirian itu menjadi suatu bentuk kebanggaan dan kemasyhuran. Ketika perasaan bangga menguasai diri, mereka tidak terfikir apakah pada ketika itu mereka rasa ada keperluan untuk ditemani untuk menghilangkan rasa bosan. Demikian juga dengan Tuhan, menjadi yang pertama dan terawal (dalam ketunggalanNya) adalah suatu bentuk keagungan dan kebesaran bagi Tuhan, dan sudah tentu ia sangat berbeza dengan makhluk. Itulah sebabnya Allah memiliki nama AI-Awwal. Saya petik penjelasannya dari artikel muslim. or.id sebagai berikut :

Nama Allah “Al-Awwal” ditafsirkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan “Tidak ada sesuatu pun yang mendahului-Mu”. Hal ini menunjukkan bahwa Allah Ta’ala adalah Dzat yang paling awal (pertama) secara mutlak, tidak ada satu pun yang lebih dulu ada daripada Allah Ta’ala. Bukan Dzat yang awal namun relatif, maksudnya adalah Dzat yang awal dilihat dari sesuatu yang datang setelahnya, tapi ada sesuatu yang mendahului sebelumnya. Ini adalah “awal” yang sifatnya relatif. Akan tetapi, Allah adalah Dzat yang awal secara mutlak, tidak ada sesuatu pun yang mendahului Allah Ta’ala.(5)

Terkadang, tidak semua yang menjadi kekurangan pada makhluk itu juga merupakan kekurangan kepada Tuhan, dan tidak semua yang menjadi kesempurnaan pada makhluk itu juga merupakan kesempurnaan pada Tuhan, umpamanya makan dan tidur. Tuhan dan makhluk merupakan dua entiti yang berbeza.

MemerIukan teman sebagai pelengkap untuk berinteraksi, adalah sifat manusia yang perlu bersosial. Oleh sebab itu, bersendirian itu adalah kekurangan bagi makhluk. Namun sebaliknya, bersendirian dalam ketunggalanNya adalah suatu bentuk keagungan dan kebesaran bagi Tuhan.


Al-Ghaniy (Maha Kaya), jawapan kepada argumen rasa kasih Tuhan

Saya ambil penjelasan berikut dari laman Al-manhaj.or.id berkenaan sifat Allah Al-Ghaniy (Maha Kaya) :

Al-Ghaniy merupakan salah satu nama Allah Azza wa Jalla yang sangat indah. Keindahannya terletak pada nama dan makna-Nya. Nama ini, sebagaimana nama-nama Allah Azza wa Jalla lainnya, juga menunjukkan sifat kesempurnaan bagi Allah Azza wa Jalla , yaitu Kesempurnaan yang tidak mengandung unsur kelemahan sedikitpun ditinjau dari semua sudutnya.

Imam al-Baihaqi (wafat th.458 H) memasukkannya ke dalam bab nama-nama Allah Azza wa Jalla yang penekanannya meniadakan penyerupaan antara Allah Azza wa Jalla dengan makhluk-Nya. Sebagai dalil bahwa al-Ghaniy merupakan nama Allah Azza wa Jalla . beliau membawakan firman Allah Azza wa Jalla :

وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ

Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukan(Nya). [Muhammad/ 47:38].

Selanjutnya, beliau rahimahullah membawakan perkataan al-Hulaimi tentang makna nama al-Ghaniy, yaitu: Bahwa Allah Azza wa Jalla Maha sempurna dengan apa yang Dia miliki dan apa yang ada disisi-Nya, Sehingga Dia tidak perlu kepada selain-Nya. Sifat tidak memerlukan inilah yang menjadi sifat Allah Azza wa Jalla, dan sifat memerlukan adalah sifat kekurangan. Seseorang yang memerlukan adalah seseorang yang memerlukan apa yang diperlukannya hingga dapat ia capai dan ia raih.

Sementara itu, pihak yang diperIukan pasti memiliki kelebihan dibandingkan pihak yang memerlukan. Jadi, segala sifat kurang tidak pernah ada pada Allah Azza wa Jalla dzat Yang Maha Qadîm (Maha terdahulu). Sifat lemah tidak pernah ada pada-Nya, dan tidak ada siapapun yang dapat melebihi Allah Azza wa Jalla . Segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla adalah makhluk yang diciptakan dan diadakan oleh-Nya, mereka tidak memiliki kewenangan apapun atas dirinya, kecuali menurut apa yang dikehendaki dan diatur oleh Allah Azza wa Jalla . Oleh kerana itu, tidak boleh dibayangkan bahwa selain Allah Azza wa Jalla masih ada yang berpeluang memiliki kelebihan atas Allah Azza wa Jalla. (Lihat Al-Asmâ’ was Shifât hal. 49-50).

Jika anda membandingkan konsep Tauhid dengan tritunggal, maka anda akan dapati Tuhan dalam konsep tritunggal begitu lemah dan bergantung kepada pihak lain untuk menyatakan kasihNya. Perhatikan semula petikan yang saya ambil dalam laman Katolisitas.org :

Kalau benar bahwa Tuhan menyalurkan kasih-Nya kepada manusia agar sempurna di dalam Kasih, maka ada satu masa—masa yang amat panjang sebelum manusia ada—Tuhan tidak dapat menyalurkan kasih-Nya, dan artinya Ia tidak sempurna di dalam Kasih. 

Bandingkan pula dengan perkataan Al-Hulaimi sepertimana yang dipetik oleh Imam Al-Baihaqi :

Bahwa Allah Azza wa Jalla Maha sempurna dengan apa yang Dia miliki dan apa yang ada disisi-Nya, Sehingga Dia tidak perlu kepada selain-Nya. Sifat tidak memerlukan inilah yang menjadi sifat Allah Azza wa Jalla, dan sifat memerlukan adalah sifat kekurangan.

Saya bawakan satu lagi kenyataan dari laman Katolisitas.org sebagai perbandingan :

Kalau Tuhan adalah Kasih yang paling sempurna, maka tidak mungkin Ia tidak melibatkan pihak lain yang dapat menjadi saluran kasih-Nya dan yang juga dapat membalas kasih-Nya dengan derajat yang sama. 

Jadi Tuhan itu harus satu, namun bukan Tuhan yang terisolasi, yang semata sendirian; melainkan ada kehidupan kasih timbal balik dalam diri-Nya sendiri. Sebab jika demikian, Tuhan tidak mungkin dapat menyalurkan dan menerima kasih yang sejati.

Nah, anda bandingkan pula dengan sifat Tuhan menurut konsep Tauhid,

Seseorang yang memerlukan adalah seseorang yang memerlukan apa yang diperlukannya hingga dapat ia capai dan ia raih.

Sementara itu, pihak yang diperIukan pasti memiliki kelebihan dibandingkan pihak yang memerlukan. Jadi, segala sifat kurang tidak pernah ada pada Allah Azza wa Jalla dzat Yang Maha Qadîm (Maha terdahulu).

Oleh kerana itu, tidak boleh dibayangkan bahwa selain Allah Azza wa Jalla masih ada yang berpeluang memiliki kelebihan atas Allah Azza wa Jalla.

Anda dapat lihat dalam konsep Tauhid, sifat memerlukan adalah sifat yang lemah, sebaliknya dalam konsep tritunggal ia dilihat sebagai penyempurna dan pelengkap. Akal yang berdiri diatas fitrah yang sihat akan mengakui sesuatu yang memerlukan itu hakikatnya bersifat lemah. Sebaliknya yang tidak memerlukan itulah sifat yang sempurna dan perkasa. Segala puji bagi Allah yang memiliki sifat Al-Ghaniy (Maha Kaya)! Dia tidak perlu kepada sesiapapun untuk menyatakan rasa kasihNya, kerana kasih Tuhan yang Maha Kaya itu berdiri dengan sendirinya!


Konsep 'masalah kekekalan' juga kontradik dengan isi kandungan Alkitab

Sebenarnya jika kita amati, konsep 'masalah' kekekalan juga sebenarnya tidak cocok dengan petunjuk didalam alkitab. Mari kita perhatikan beberapa dalil berikut.

Yesaya 44:6 : Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: "Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku.

Yesaya 45:5: Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain; kecuali Aku tidak ada Allah. Aku telah mempersenjatai engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku,

45:6 : supaya orang tahu dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, bahwa tidak ada yang lain di luar Aku. Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain,

Daripada tiga ayat diatas kita dapat lihat  dengan tegas  bahawa Allah itu esa dengan ketunggalanNya. Didalam ayat yang pertama disebutkan bahawa Allah itu terdahulu dan terkemudian, kemudian diiringi dengan penegasan bahawa tidak ada Tuhan selain Dia. Penekanan tentang keesaan yang sama juga didapati pada ayat kedua dan ketiga. Hal ini bukan sahaja menafikan konsep 'masalah kekekalan' yang direka oleh mereka tetapi menafikan konsep tritunggal itu sekaligus.

Kata 'Aku' merujuk kepada satu peribadi. Apabila kita berkata-kata, kita menggunakan kata ganti diri 'Aku'. Ini bererti, tidak mungkin kita menggunakan kata diri 'Aku' jika kita sedang berdua atau bertiga. Sudah tentu kita akan menggunakan kata ganti diri 'Kami'. Didalam mana-mana bahasa didunia pun, ini adalah suatu perkara yang sangat asas. Tidak perlu untuk kita membuka kamus untuk menyelam dengan lebih dalam.

Jika Allah sendiri dengan tegas menyatakan ketunggaIanNya sejak terdahulu dan terkemudian, maka dengan siapakah Dia berbicara dan mendengar?? atau menyatakan rasa kasihNya?

Hal ini menunjukkan, Allah itu sempurna seadanya sekalipun Dia menyendiri sebelum kesemua alam semesta ini dicipta. Dia tidak perlu kepada mana-mana pihak untuk menyatakan rasa kasih atau menzahirkan sifat berbicara atau mendengarNya.

Tidak mungkin Tuhan berbicara dalam ketunggalan namun mewakili tiga oknum, kerana itu bercanggah dengan konsep tritunggal yang lazimnya difahami oleh majoriti aliran kristian. Anda boleh rujuk artikel saya yang bertajuk Triniti Suatu Ilusi untuk memahami dengan lebih lanjut tentang konsep tritunggal.

Kesimpulannya, konsep tritunggal bukan sahaja amat lemah jika dibandingkan dengan konsep Tauhid, malah ia boleh dicabar dengan logik akal dan yang lebih malangnya bercanggah dengan isi kandungan Al-kitab sendiri!!

Masihkah anda percaya Tuhan perlukan pihak lain untuk berbicara dan menyatakan rasa kasihNya?




Rujukan :

1 - Bagaimana menjelaskan Trinitas dari argumentasi kasih? - katolisitas.org
2 - Tanpa Konsep Trinitas, Allah Seakan-akan Bisu dan Tuli - www.isadanislam.org
3 - Kaidah-Kaidah Penting untuk Memahami Nama dan Sifat Allah (Bag. 3)
4 - Kesempurnaan di atas Kesempurnaan dalam Nama dan Sifat Allah
5 - Mengenal Nama Allah “Al-Awwal”, “Al-Akhir”, “Azh-Zhahir” dan “Al-Bathin”
6 - Al-Ghaniy, Maha Kaya - almanhaj.or.id