Wednesday, December 16, 2020

Rumitnya memahami Tritunggal


RUMITNYA MEMAHAMI TRITUNGGAL


Saya terbaca disebuah laman(1) tentang bagaimana sulitnya penganut kristian untuk menjelaskan konsep tritunggal. Laman itu mengimbau kembali zaman persekolahannya di mana guru beliau mengalami kesukaran untuk menjelaskan konsep 'satu Tuhan dalam tiga peribadi'. Guru beliau cuba menggunakan pelbagai analogi yang rumit namun semua penjelasan itu tidak membantu malah sebaliknya membuatkan kelas menjadi lebih bingung dari sebelumnya. Hanya sedikit sahaja dari beberapa analogi itu yang dapat memberi gambaran tentang apa yang cuba disampaikan. 

Selama bertahun, para teolog kristian berusaha mengenengahkan pelbagai gambaran atau contoh untuk menjelaskan tentang konsep tritunggal.

Isu yang paling rumit untuk dijelaskan ialah : bagaimana untuk memberi analogi yang paling tepat untuk menyatakan tentang wujud tiga peribadi dalam satu esensi Tuhan?

Apa yang menarik ialah, laman itu sendiri mengakui beberapa analogi-analogi yang popular sebenarnya tidaklah memberi gambaran sebenar tentang konsep tritunggal malah sebaliknya boleh memberi gambaran yang salah tentang konsep itu. Disini saya kongsikan beberapa contoh yang telah diberikan oleh laman tersebut.


Analogi 'Tiga kelopak Daun Semanggi'

Menurut laman itu, analogi ini mungkin yang paling terkenal, dimana ia dikatakan pasti akan digunakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun di gereja-gereja seluruh negara. 


(Gambar hiasan ) Daun Semanggi atau Shamrock dalam bahasa Inggerisnya 


Kisahnya bermula apabila St.Patrick menggunakan daun tersebut sebagai ilustrasi kepada masyarakat pagan Ireland yang sukar memahami gagasan tritunggal. Menurut laman itu, ia suatu ilustrasi yang agak baik namun ia hanya boleh memberi gambaran yang betul jika entiti Bapa, Anak dan Roh Kudus difahami sebagai entiti yang tersendiri dan masing-masing adalah Tuhan sepenuhnya secara tersendiri. 

Namun malangnya pendekatan ini lebih menjurus kepada fahaman Partialisme. Dari segi sejarah, ia mendorong orang Kristian untuk percaya bahawa setiap entiti dari triniti hanyalah sebahagian dari Tuhan dan hanya menjadi Tuhan sepenuhnya ketika mereka bersatu. Ini sudah tentu suatu gambaran yang salah tentang tritunggal.


Analogi struktur air

Ada yang cuba menggunakan illustrasi struktur air untuk menganalogikan konsep tritunggal, namun sekali lagi ini juga bukan contoh yang baik. Dengan menggunakan penjelasan air yang wujud dalam tiga bentuk : ais, cecair dan wap, tentunya pendekatan ini menjurus kepada faham Modalisme, iaitu idea bahawa Tuhan hanya mewakili dirinya dalam tiga bentuk yang berbeza, tetapi bukan tiga peribadi yang berbeza.

Penggunaan ilustrasi ini seakan memberi gambaran bahawa Tuhan pertama kali memperlihatkan dirinya sebagai Bapa, kemudian sebagai Yesus, kemudian sebagai Roh Kudus. Sudah tentu ini bercanggah dengan konsep tritunggal.


Perumpamaan ayah, suami dan anak lelaki

Disana ada juga mengumpamakan tritunggal seperti seorang lelaki yang berperanan sebagai seorang ayah, suami dan anak lelaki pada masa yang sama. Dia hanyalah satu individu, namun memiliki tiga fungsi yang berbeza. Namun, ini pun masih gagal merangkumi semua aspek yang ada dalam tritunggal. Tuhan Bapa, Anak dan Roh Kudus bukanlah tiga fungsi yang berbeza, namun mereka adalah peribadi yang berbeza dan berdiri secara sendiri.

Dalam contoh tadi, seorang lelaki biasa mungkin mempunyai isteri, anak-anak dan ayah, tetapi dia mengubah peranannya bergantung pada siapa dia berinteraksi. Ini masih belum dapat dibandingkan dengan kerumitan Triniti.

Laman itu kemudian menyebut,

Jadi apa gunanya ilustrasi ini? Haruskah kita berhenti berusaha untuk menjelaskan Triniti dan hanya menerima bahawa bahasa kita tidak akan dapat memberi  penjelasan sepenuhnya merangkumi semua Tuhan itu?

"Menurut Holmes, sama sekali tidak. Dia mengatakan bahawa walaupun tidak akan ada analogi yang lengkap, namun untuk menyerah diri sepenuhnya adalah satu kesilapan."

kata laman itu lagi,

Sekiranya kisah tentang analogi daun Semanggi itu benar, maka dalam situasi opportunistik, itu tidak mengapa. Tetapi jika itulah akhir pemahaman kita tentang Triniti, maka ada sesuatu yang salah, jelasnya.

Saya rasa secara umum masalahnya adalah bahawa gambaran atau metafora yang kita ambil untuk menyampaikan tahap kebenaran tertentu, tetapi dalam masa yang semua ia juga menyesatkan dalam beberapa cara. Masalahnya timbul apabila kita bingung antara kebenaran yang digambarkan, dan apa aspek yang sebenarnya menyesatkan.

Akhinya laman itu menyimpulkan,

Terdapat jauh lebih banyak bagi Tuhan daripada kerumitan triniti dan, bagaimanapun kita memilih untuk melihatnya atau memahami kerumitan Ketuhanan, kita tidak akan pernah sampai ke sana. Sifat Tuhan yang tidak terhingga dan sifat akal manusia yang terbatas bererti kita tidak akan dapat memahami sepenuhnya kesempurnaanNya.


Kesukaran menjelaskan tritunggal

Apabila anda memerhatikan beberapa penjelasan tentang konsep tritunggal, anda akan dapati mereka sebenarnya sukar sekali untuk menjelaskannya dengan sempurna. Umpamanya dalam laman Gotquestions.org (2) dinyatakan,

Perkara yang paling sulit tentang konsep Tritunggal orang Kristian adalah tidak ada jalan yang cukup bagus untuk menjelaskannya. Konsep tritunggal mustahil difahami oleh manusia manapun, apalagi hendak menjelaskannya. Tuhan itu jelas jauh lebih besar daripada kita oleh yang demikian kita tidak boleh berharap untuk dapat memahami Dia dengan sepenuhnya. Alkitab mengajar bahawa Bapa itu Tuhan, Yesus itu Tuhan dan Roh Kudus itu Tuhan. Alkitab juga mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan. Walaupun kita dapat memahami beberapa fakta tentang perhubungan di antara peribadi yang berbeza pada Tritunggal, akhirnya ia tidak dapat difahami fikiran manusia dengan sepenuhnya.

Tidak ada satupun daripada contoh-contoh terkenal yang dapat memberikan penjelasan sepenuhnya tentang Tritunggal. Contoh telur (atau epal), adalah contoh yang gagal sebab cengkerang, putih-telur dan kuning-telur setiap satunya adalah bahagian kepada telur tetapi setiap satunya bukanlah telur itu sendiri. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukan bahagian-bahagian daripada Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Contoh air merupakan contoh yang lebih baik namun ianya satu contoh yang gagal juga. Cecair,wap dan pepejal kesemuanya adalah bentuk-bentuk air. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukannya bentuk-bentuk Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Jadi, sementara contoh-contoh ini dapat memberikan sedikit gambaran perihal Tritunggal, gambaran yang diberikan tidaklah tepat pada keseluruhannya. Tuhan yang baqa tidak dapat djelaskan dengan menggunakan contoh-contoh yang fana.

Laman Katolisitas.org(3) ketika mengulas misteri tritunggal menyebut,

Memang pada akhirnya, Trinitas hanya dapat dipahami dalam kacamata iman, karena ini adalah suatu misteri (KGK 237.), meskipun ada banyak hal juga yang dapat kita ketahui dalam misteri tersebut. Manusia dengan pemikiran sendiri memang tidak akan dapat mencapai pemahaman sempurna tentang misteri Trinitas, walaupun misteri itu sudah diwahyukan Allah kepada manusia. 

Oleh kerana rumitnya konsep tritunggal ini difahami, St. Agustinus(4) pernah mengatakan, “Kalau engkau memahami-Nya, Ia bukan lagi Allah”. ((St. Agustinus, sermon. 52, 6, 16, seperti dikutip dalam KGK 230.)

Begitulah Tuhan dalam konsep tritunggal, sekiranya anda dapat memahaminya, maka ia bukan lagi Tuhan!


Realiti pemahaman penganut kristian masa kini

Oleh sebab itu tidak hairanlah dalam satu kajian yang dilakukan oleh badan gereja beraliran unitarian mendapati kebanyakan penganut trinitarian yang hadir kegereja sudah lama tidak mempercayai triniti kerana mereka tidak tahu apa itu triniti, atau mereka tidak memahaminya dengan baik dan dengan itu tidak benar-benar "mempercayainya," malah mereka seakan lebih kurang mengabaikan keseluruhan kedudukan doktrin tersebut.(5)

Spirit & Truth Fellowship International adalah sebuah badan non trinitarian, dan mereka telah melakukan banyak perbincangan dan perdebatan dengan penganut trinitarian sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pengalaman yang mereka dapati adalah bahawa sebilangan besar mereka yang menghadiri gereja trinitarian secara terbuka mengaku bahawa mereka tidak tahu apa triniti, atau ketika disoal, tidak dapat menentukannya dengan tepat. Berdasarkan pengalaman mereka, banyak pengunjung gereja menganggap triniti itu hanya ada tiga entiti, Allah Bapa, Anak, dan makhluk yang disebut "Roh Kudus."

Lebih mengejutkan, sebilangan besar penganut trinitarian yang mereka temui bahkan tidak percaya bahawa Yesus adalah Tuhan!, apalagi bahawa dia adalah salah satu dari tiga oknum dalam triniti, yang semuanya adalah setara dan bersama-sama dalam satu esensi yang secara bersama membentuk Tuhan Yang Esa dalam pemahaman ortodoksi kristian. 


Rujukan :
1) Why is the Trinity so difficult to understand? - Christian Today
2) Apakah yang diajarkan Alkitab tentang Tritunggal?
3) Trinitas: Satu Tuhan dalam Tiga Pribadi
4) Agustinus dari Hippo - Wikipedia Bahasa Indonesia 
5) Do You Have to Believe in the Trinity to be Saved? - Biblical Unitarian.com





Tuesday, December 8, 2020

Konsep 'Masalah Kekekalan Tuhan' : Tauhid vs tritunggal


KONSEP 'MASALAH KEKEKALAN TUHAN' : TAUHID VS TRITUNGGAL


Dalam membenarkan doktrin tritunggal, para teolog Kristian sanggup mencari apa saja alasan untuk menampakkan doktrin mereka kelihatan logik dan masuk akal. Salah satu daripadanya ialah, doktrin 'masalah kekekalan'. 

Doktrin ini cuba mempertikaikan apakah kesempurnaan sifat Tuhan dapat dicapai sekiranya Tuhan berada dalam keesaan atau ketunggalanNya. Maka mereka berhujah, sekiranya Tuhan mahu menzahirkan sifatNya, Tuhan memerlukan suatu 'pihak' untuk menzahirkan sifat itu.

Berikut saya petik keratan dari laman Katolisitas.org, takkala cuba menghurai tentang sifat kasih Allah, beliau berkata :

Kasih tidak mungkin berdiri sendiri, namun melibatkan dua belah pihak. Sebagai contoh, kasih suami istri, melibatkan kedua belah pihak, maka disebut “saling” mengasihi. Kalau Tuhan adalah Kasih yang paling sempurna, maka tidak mungkin Ia tidak melibatkan pihak lain yang dapat menjadi saluran kasih-Nya dan yang juga dapat membalas kasih-Nya dengan derajat yang sama. Jadi Tuhan itu harus satu, namun bukan Tuhan yang terisolasi, yang semata sendirian; melainkan ada kehidupan kasih timbal balik dalam diri-Nya sendiri. Sebab jika demikian, Tuhan tidak mungkin dapat menyalurkan dan menerima kasih yang sejati.

Kemudian laman itu menolak anggapan bahawa Tuhan menerima balas kasih dari manusia kerana, a) kasih manusia tidak sempurna, dan b) Tuhan telah ada terlebih dahulu untuk jangka waktu yang tak terukur, sampai saat Allah menciptakan langit dan bumi dan segala isinya. Kemudian laman itu menyimpulkan,

Dengan demikian, sangatlah masuk akal, bahwa Allah, yang adalah Kasih yang sempurna, mempunyai “kehidupan batin,” di dalam diri-Nya sendiri dimana Ia dapat memberikan kasih dan juga menerima kembali kasih yang sempurna itu. Dalam kehidupan batin Allah inilah, Kristus ada sebagai Sang Sabda Allah, atau disebut Allah Putra, yang memberikan derajat kasih yang sama kepada Allah Bapa. Hubungan antara Allah Bapa dan Allah Putra adalah hubungan kasih yang demikian sempurna dan kekal, sehingga membuahkan Pribadi Allah yang ketiga yaitu Roh Kudus. Hal kasih timbal balik dalam diri Allah ini terjadi dalam kekekalan, di luar dimensi waktu, sehingga tidak ada yang ada lebih dulu disusul yang lain, tetapi ketiga Pribadi Allah ada bersama-sama dalam kekekalan. (1)

Hujah yang hampir sama juga digunakan oleh laman IsadanIslam.org ketika cuba membawa argumen berkenaan sifat berbicara atau mendengar bagi Allah. Laman itu menyebut :

Tapi kita tahu, tanpa konsep trinitas, dalam kekekalan seakan-akan Allah bisu dan tuli. Mengapa? Sebab bila Allah sendirian dalam kekekalan sebagaimana menurut konsep Tauhid, berarti Allah tidak berbicara atau mendengar. Mungkinkah Allah akan berbicara dalam kekekalan, sementara tidak ada yang mendengarkan? Mungkinkah Dia mendengar suara bila tidak ada oknum yang berbicara kepada-Nya?

Kemudian laman itu menolak kemungkinan Allah menciptakan malaikat untuk menyatakan kesempurnaan sifat berbicaraNya kerana dengan demikian bererti Allah bergantung kepada ciptaanNya. Demikian juga sebaliknya jika Allah hanya berdiam dalam kekekalanNya, kononnya Allah yang sebegitu kurang sempurna. Kemudian laman itu cuba menyimpulkan, konsep tritunggal adalah jawapan kepada permasalahan tersebut.

Demikian dalam kekekalan ada Trinitas: Allah Bapa, Allah Roh, Kalimat Allah. Ini disebut Allah Tri-Tunggal. Dalam kekekalan ada lingkaran kasih dalam keesaan Allah, dimana Allah Bapa, Roh Allah, Kalimat Allah saling-mengasihi, berinteraksi satu sama lain karena beroknum tiga, namun maha esa.

Jelas tidak mudah percaya pada Trinitas. Namun menurut kami, lebih mudah menerima dan percaya Trinitas daripada konsep ketauhidan Allah yang dikemukakan dalam agama Islam. Sulit mempercayai bahwa Allah dalam kekekalan seakan-akan bisu dan tuli.  Karena itu, konsep Tauhid juga sulit diterima! (2)

Untuk menjawab persoalan ini, saya akan mengemukakan beberapa hujah balas terhadap dakwaan mereka ini.


Fahami terlebih dahulu kesempurnaan sifat Allah menurut konsep Tauhid

Didalam perbahasan sifat-sifat Allah dalam akidah Islam, hal pertama yang perlu kita yakini ialah seluruh sifat Allah adalah tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan.

Berikut adalah huraiannya yang saya petik dari artikel muslim.or.id (3):

Allah Ta’ala berfirman, “Dan hanya kepunyaan Allah-lah matsalul a’la (Sifat yang Maha Tinggi).” (QS. An Nahl: 60). Yang dimaksud matsalul a’la/Sifat-Sifat yang paling tinggi adalah sifat yang paling sempurna.

Di dalam kaidah bahasa Arab mendahulukan ungkapan yang seharusnya ditaruh di belakang (yaitu Lillaahi-Hanya kepunyaan Allah-pent) memiliki fungsi pembatasan dan pengkhususan. Sehingga seolah-olah Allah Ta’ala membatasi sifat-sifat yang paling sempurna itu hanya ada pada-Nya dan Dia Mengistimewakan Sifat tersebut khusus bagi Diri-Nya, inilah gaya bahasa Al Qur’an yang sangat indah!!

Rabb Sesembahan yang berhak menerima peribadahan pasti memiliki Sifat-Sifat yang kesempurnaan-Nya mencapai puncak tertinggi diantara segala macam sifat kesempurnaan. Sebagaimana Allah telah menunjukkan kebatilan penyembahan terhadap berhala-berhala dengan cara mensifati mereka dengan sifat-sifat yang penuh kekurangan.

Untuk penjelasan tambahan, saya petik dari sumber yang sama namun dalam artikel yang berlainan (4) :

Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati nama-nama-Nya dalam al-Qur’an dengan al-husna (maha indah) yang berarti kemahaindahan yang mencapai puncak kesempurnaan, karena nama-nama tersebut mengandung sifat-sifat kesempurnaan yang tidak ada padanya celaan/kekurangan sedikitpun ditinjau dari semua sisi. (Lihat kitab “al-Qawaa’idul mutsla” (hal. 21).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

{وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Hanya milik Allah-lah asma-ul husna (nama-nama yang maha indah), maka berdoalah kepada-Nya dengan nama-nama itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran) dalam (menyebut dan memahami) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan” (QS al-A’raaf:180).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

{لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآَخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَى وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم}

Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (QS an-Nahl :60).

Artinya: Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai sifat kesempurnaan yang mutlak (tidak terbatas) dari semua segi. (Lihat “Tafsir Ibnu Katsir” (2/756).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “(Sifat-sifat) maha sempurna adalah milik Allah, bahkan Dia memiliki (sifat-sifat) yang kesempurnaannya mencapai puncak yang paling tinggi, sehingga tidak ada satu kesempurnaanpun yang tidak ada padanya celaan/kekurangan kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala berhak memilikinya pada diri-Nya yang maha suci” (Kitab “al-Qawa-‘idul mutsla” (6/71).

Berdasarkan dari beberapa penjelasan yang saya kemukakan diatas, ada beberapa poin penting yang dapat kita perhatikan disini :

1) Seluruh sifat Allah adalah tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan.
2) Sifat-Sifat yang kesempurnaan-Nya mencapai puncak tertinggi diantara segala macam sifat kesempurnaan.
3) Tidak ada padanya celaan/kekurangan sedikitpun ditinjau dari semua sisi.
4) Sifat yang ditetapkan untuk Allah Ta’ala, sesuai dengan (keagungan dan kebesaran) Allah Ta’ala, 

Dengan penjelasan penting ini dapat kita fahami kesempurnaan sifat Allah itu adalah secara menyeluruh. Sifat kesempurnaan Tuhan dalam konsep Tauhid berdiri secara sendiri, tanpa memerlukan sokongan dari pihak lain. Tidak ada sebarang celaan atau kekurangan pada semua sifatnya.


Ketahui apa itu sifat 'sukuut' (diam) bagi Allah

Didalam i'tiqad ahlussunah, terdapat penetapan sifat "sukuut" bagi Allah taala. Berikut penjelasan yang saya ambil dari artikel muslim.or.id (5) ketika melanjutkan  perbahasan tentang sifat kalam Allah di bahagian yang pertama,

Sehingga konsekuensi dari sifat kalam menurut pengertian yang ke dua ini adalah Allah Ta’ala meyakini dan menetapkan adanya sifat “sukuut” (diam) untuk Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berbicara ketika Allah Ta’ala berkehendak untuk bicara. Sehingga sebaliknya, ketika tidak berkehendak untuk berbicara, Allah Ta’ala pun diam (sukuut). Diam di sini tidak sama dengan bisu, karena meskipun tidak berkehendak berbicara, Allah Ta’ala adalah Dzat yang Maha berbicara dan tidak bisu. 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu Ta’ala berkata,

فَثَبَتَ بِالسُّنَّةِ وَالْإِجْمَاعِ أَنَّ اللَّهَ يُوصَفُ بِالسُّكُوتِ؛ لَكِنَّ السُّكُوتَ يَكُونُ تَارَةً عَنْ التَّكَلُّمِ وَتَارَةً عَنْ إظْهَارِ الْكَلَامِ وَإِعْلَامِهِ

“Dalil dari sunnah dan ijma’ menetapkan bahwa Allah Ta’ala itu memiliki sifat sukuut. Akan tetapi, sukuut itu memiliki makna diam dari berbicara, dan terkadang memiliki makna tidak menampakkan pembicaraan.” (Majmu’ Al-Fataawa, 6: 179)

Setelah membawakan perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah di atas, dalam fatwa Islamweb disebutkan,

فالحاصل أن السكوت صفة ثابتة لله عزوجل ، على ما يليق به سبحانه : ( ليس كمثله شيء وهو السميع البصير) ، ومن تكلم باختياره ومشيئته ، سكت باختياره ومشيئته

“Sebagai kesimpulan, bahwa sukuut adalah sifat yang ditetapkan untuk Allah Ta’ala, sesuai dengan (keagungan dan kebesaran) Allah Ta’ala, “Tidak ada satu pun yang semisal dengan Allah, dan Dia Maha mendengar dan Maha melihat.” Dan siapa saja yang berbicara sesuai dengan keinginan dan kehendaknya, maka dia pun diam sesuai dengan keinginan dan kehendaknya.” (https://library.islamweb.net/ar/fatwa/2634/)

Disebutkan juga dalam Dorar.net,

يوصف ربنا عزَّ وجلَّ بالسُّكوت كما يليق به سبحانه، لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ. وهذا ثابتٌ بالسنة الصحيحة، وهي صفةٌ فعليَّةٌ متعلقة بمشيئته سبحانه وتعالى

“Allah Ta’ala disifati dengan as-sukuut sesuai dengan yang layak bagi Allah Ta’ala, “Tidak ada satu pun yang semisal dengan Allah, dan Dia Maha mendengar dan Maha melihat.” Sifat ini ditetapkan berdasarkan sunnah yang shahih. Sifat ini adalah sifat fi’liyyah, yaitu sifat yang berkaitan dengan kehendak Allah Ta’ala.”  (https://dorar.net/aqadia/926/)

Sifat 'sukuut' adalah sifat Allah yang sabit di dalam AlQuran dan hadith. Namun sesuatu yang perlu diketahui, hal ini tidaklah melazimkan sifat diamnya itu sama dengan diamnya makhluk kerana diamnya Tuhan itu sesuai dengan yang layak bagi kebesaran dan keagungan Allah. Diamnya Allah tidak sama dengan bisu. Dia berbicara jika Dia berkehendak dan diam dengan kehendakNya pula.


Diam tidak bererti tidak sempurna

Berdasarkan dari beberapa penjelasan penting yang saya senaraikan diatas, kita dapat membuat kesimpulan, apakah Allah itu diam atau berbicara, tidak ada bezanya bagi Allah menurut perspektif Islam, kerana semua sifat Allah itu adalah tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan. Jika Dia berbicara itu menunjukkan kesempurnaanNya, maka begitu juga sebaliknya, diamnya itupun suatu kesempurnaan. Maka apakah ketika Allah menyendiri sebelum menciptakan makhluk atau ketika Dia telah bersama makhluk ciptaanNya, Dia sediakala tinggi, penuh dengan kesempurnaan dan sanjungan.

Hal ini amat berbeza dengan Tuhan dari perspektif tritunggal, kerana Tuhan mereka hanya sempurna ketika berbicara, namun menjadi sesuatu kekurangan/tercela jika Dia tidak berbicara (diam). Maka untuk menutupi kekurangan ini, Tuhan mereka perlu kepada suatu pihak lain untuk melengkapi kekurangan sifat tadi.

Lihat bagaimana kekurangan itu diungkapkan melalui tulisan mereka,

Bila Ia berdiam diri dalam kekekalan sebelum tiba waktu menciptakan sesuatu, berarti dalam kekekalan Ia tidak pernah bicara dan mendengar.

Mungkin ada orang yang puas menyembah Allah yang demikian. Tapi kami tidak siap menyembah Allah yang terpaksa berdiam diri dalam kekekalan. Menurut kami, Allah yang demikian kurang sempurna.


Menggunakan argumentasi logis sebagai bantahan keatas konsep 'masalah kekekalan'

Untuk menampakkan konsep 'masalah kekekalan' mereka itu kelihatan logik, laman Isadanislam.org umpamanya memetik sebuah kisah novel karangan Daniel Defoe sebagai contoh, beliau menyebut :

Robinson Crusoe, tokoh fiktif dalam karangan Daniel Defoe yang diterbitkan tahun 1719, tinggal sendirian di sebuah pulau selama 28 tahun. Selama itu, ia tidak pernah bertemu seseorang, sehingga dia tidak pernah berbicara. Tidak mungkin dia berbicara dengan hewan, tumbuhan, atau dengan dirinya sendiri, bukan? Tanpa adanya makhluk sejenis menjadi lawan bicara, ia seakan-akan menjadi bisu.

Karena tidak ada manusia lain, dia tidak dapat mendengar suara manusia, percakapan manusia, atau penjelasan dari sesama. Dari segi tukar pikiran dengan sesama manusia, ia juga seakan-akan tuli. Bagaimana dengan Allah? Tentunya sama, tanpa konsep trinitas dalam kekekalan seakan-akan Allah bisu dan tuli.

Berdasarkan petikan kisah ini, mereka cuba memberi gambaran bahawa bersendirian itu suatu kekurangan. Lalu mereka menganalogikan ia dengan Tuhan.

Jika inilah kaedah logik yang mereka cuba gunakan, maka saya juga boleh menggunakan beberapa contoh disekeliling kita. Umpamanya, mengapa ramai orang berlumba lumba menjadi orang yang pertama dan terawal dalam setiap perkara? mengapa ada orang begitu berbangga menjadi orang terawal sampai ke puncak Gunung Everest? atau mengapa ada orang begitu berbangga menjadi warga negara yang pertama sampai ke bulan? atau meneroka hutan belantara yang belum pernah diterokai oleh sesiapapun, hatta, apabila ada sesuatu gedung baru dilancarkan, manusia berlumba-lumba untuk menjadi yang terawal 'menjejakkan kaki' dan 'merasmikannya'. Mereka bangga mengungkapkan, "akulah yang pertama dan terawal sampai ke tempat sekian sekian......"

Mengapa 'kejayaan' sedemikian tidak begitu dihargai dan kurang nilainya jika diperoleh secara bersama? kita pasti akan mengakui hakikat bahawa kita mungkin akan memperoleh keseronokan dan kegembiraan apabila memperolehnya secara bersama, namun kita kekurangan sesuatu...

Ya, adakalanya bersendirian itu menjadi suatu bentuk kebanggaan dan kemasyhuran. Ketika perasaan bangga menguasai diri, mereka tidak terfikir apakah pada ketika itu mereka rasa ada keperluan untuk ditemani untuk menghilangkan rasa bosan. Demikian juga dengan Tuhan, menjadi yang pertama dan terawal (dalam ketunggalanNya) adalah suatu bentuk keagungan dan kebesaran bagi Tuhan, dan sudah tentu ia sangat berbeza dengan makhluk. Itulah sebabnya Allah memiliki nama AI-Awwal. Saya petik penjelasannya dari artikel muslim. or.id sebagai berikut :

Nama Allah “Al-Awwal” ditafsirkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan “Tidak ada sesuatu pun yang mendahului-Mu”. Hal ini menunjukkan bahwa Allah Ta’ala adalah Dzat yang paling awal (pertama) secara mutlak, tidak ada satu pun yang lebih dulu ada daripada Allah Ta’ala. Bukan Dzat yang awal namun relatif, maksudnya adalah Dzat yang awal dilihat dari sesuatu yang datang setelahnya, tapi ada sesuatu yang mendahului sebelumnya. Ini adalah “awal” yang sifatnya relatif. Akan tetapi, Allah adalah Dzat yang awal secara mutlak, tidak ada sesuatu pun yang mendahului Allah Ta’ala.(5)

Terkadang, tidak semua yang menjadi kekurangan pada makhluk itu juga merupakan kekurangan kepada Tuhan, dan tidak semua yang menjadi kesempurnaan pada makhluk itu juga merupakan kesempurnaan pada Tuhan, umpamanya makan dan tidur. Tuhan dan makhluk merupakan dua entiti yang berbeza.

MemerIukan teman sebagai pelengkap untuk berinteraksi, adalah sifat manusia yang perlu bersosial. Oleh sebab itu, bersendirian itu adalah kekurangan bagi makhluk. Namun sebaliknya, bersendirian dalam ketunggalanNya adalah suatu bentuk keagungan dan kebesaran bagi Tuhan.


Al-Ghaniy (Maha Kaya), jawapan kepada argumen rasa kasih Tuhan

Saya ambil penjelasan berikut dari laman Al-manhaj.or.id berkenaan sifat Allah Al-Ghaniy (Maha Kaya) :

Al-Ghaniy merupakan salah satu nama Allah Azza wa Jalla yang sangat indah. Keindahannya terletak pada nama dan makna-Nya. Nama ini, sebagaimana nama-nama Allah Azza wa Jalla lainnya, juga menunjukkan sifat kesempurnaan bagi Allah Azza wa Jalla , yaitu Kesempurnaan yang tidak mengandung unsur kelemahan sedikitpun ditinjau dari semua sudutnya.

Imam al-Baihaqi (wafat th.458 H) memasukkannya ke dalam bab nama-nama Allah Azza wa Jalla yang penekanannya meniadakan penyerupaan antara Allah Azza wa Jalla dengan makhluk-Nya. Sebagai dalil bahwa al-Ghaniy merupakan nama Allah Azza wa Jalla . beliau membawakan firman Allah Azza wa Jalla :

وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ

Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukan(Nya). [Muhammad/ 47:38].

Selanjutnya, beliau rahimahullah membawakan perkataan al-Hulaimi tentang makna nama al-Ghaniy, yaitu: Bahwa Allah Azza wa Jalla Maha sempurna dengan apa yang Dia miliki dan apa yang ada disisi-Nya, Sehingga Dia tidak perlu kepada selain-Nya. Sifat tidak memerlukan inilah yang menjadi sifat Allah Azza wa Jalla, dan sifat memerlukan adalah sifat kekurangan. Seseorang yang memerlukan adalah seseorang yang memerlukan apa yang diperlukannya hingga dapat ia capai dan ia raih.

Sementara itu, pihak yang diperIukan pasti memiliki kelebihan dibandingkan pihak yang memerlukan. Jadi, segala sifat kurang tidak pernah ada pada Allah Azza wa Jalla dzat Yang Maha Qadîm (Maha terdahulu). Sifat lemah tidak pernah ada pada-Nya, dan tidak ada siapapun yang dapat melebihi Allah Azza wa Jalla . Segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla adalah makhluk yang diciptakan dan diadakan oleh-Nya, mereka tidak memiliki kewenangan apapun atas dirinya, kecuali menurut apa yang dikehendaki dan diatur oleh Allah Azza wa Jalla . Oleh kerana itu, tidak boleh dibayangkan bahwa selain Allah Azza wa Jalla masih ada yang berpeluang memiliki kelebihan atas Allah Azza wa Jalla. (Lihat Al-Asmâ’ was Shifât hal. 49-50).

Jika anda membandingkan konsep Tauhid dengan tritunggal, maka anda akan dapati Tuhan dalam konsep tritunggal begitu lemah dan bergantung kepada pihak lain untuk menyatakan kasihNya. Perhatikan semula petikan yang saya ambil dalam laman Katolisitas.org :

Kalau benar bahwa Tuhan menyalurkan kasih-Nya kepada manusia agar sempurna di dalam Kasih, maka ada satu masa—masa yang amat panjang sebelum manusia ada—Tuhan tidak dapat menyalurkan kasih-Nya, dan artinya Ia tidak sempurna di dalam Kasih. 

Bandingkan pula dengan perkataan Al-Hulaimi sepertimana yang dipetik oleh Imam Al-Baihaqi :

Bahwa Allah Azza wa Jalla Maha sempurna dengan apa yang Dia miliki dan apa yang ada disisi-Nya, Sehingga Dia tidak perlu kepada selain-Nya. Sifat tidak memerlukan inilah yang menjadi sifat Allah Azza wa Jalla, dan sifat memerlukan adalah sifat kekurangan.

Saya bawakan satu lagi kenyataan dari laman Katolisitas.org sebagai perbandingan :

Kalau Tuhan adalah Kasih yang paling sempurna, maka tidak mungkin Ia tidak melibatkan pihak lain yang dapat menjadi saluran kasih-Nya dan yang juga dapat membalas kasih-Nya dengan derajat yang sama. 

Jadi Tuhan itu harus satu, namun bukan Tuhan yang terisolasi, yang semata sendirian; melainkan ada kehidupan kasih timbal balik dalam diri-Nya sendiri. Sebab jika demikian, Tuhan tidak mungkin dapat menyalurkan dan menerima kasih yang sejati.

Nah, anda bandingkan pula dengan sifat Tuhan menurut konsep Tauhid,

Seseorang yang memerlukan adalah seseorang yang memerlukan apa yang diperlukannya hingga dapat ia capai dan ia raih.

Sementara itu, pihak yang diperIukan pasti memiliki kelebihan dibandingkan pihak yang memerlukan. Jadi, segala sifat kurang tidak pernah ada pada Allah Azza wa Jalla dzat Yang Maha Qadîm (Maha terdahulu).

Oleh kerana itu, tidak boleh dibayangkan bahwa selain Allah Azza wa Jalla masih ada yang berpeluang memiliki kelebihan atas Allah Azza wa Jalla.

Anda dapat lihat dalam konsep Tauhid, sifat memerlukan adalah sifat yang lemah, sebaliknya dalam konsep tritunggal ia dilihat sebagai penyempurna dan pelengkap. Akal yang berdiri diatas fitrah yang sihat akan mengakui sesuatu yang memerlukan itu hakikatnya bersifat lemah. Sebaliknya yang tidak memerlukan itulah sifat yang sempurna dan perkasa. Segala puji bagi Allah yang memiliki sifat Al-Ghaniy (Maha Kaya)! Dia tidak perlu kepada sesiapapun untuk menyatakan rasa kasihNya, kerana kasih Tuhan yang Maha Kaya itu berdiri dengan sendirinya!


Konsep 'masalah kekekalan' juga kontradik dengan isi kandungan Alkitab

Sebenarnya jika kita amati, konsep 'masalah' kekekalan juga sebenarnya tidak cocok dengan petunjuk didalam alkitab. Mari kita perhatikan beberapa dalil berikut.

Yesaya 44:6 : Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: "Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku.

Yesaya 45:5: Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain; kecuali Aku tidak ada Allah. Aku telah mempersenjatai engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku,

45:6 : supaya orang tahu dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, bahwa tidak ada yang lain di luar Aku. Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain,

Daripada tiga ayat diatas kita dapat lihat  dengan tegas  bahawa Allah itu esa dengan ketunggalanNya. Didalam ayat yang pertama disebutkan bahawa Allah itu terdahulu dan terkemudian, kemudian diiringi dengan penegasan bahawa tidak ada Tuhan selain Dia. Penekanan tentang keesaan yang sama juga didapati pada ayat kedua dan ketiga. Hal ini bukan sahaja menafikan konsep 'masalah kekekalan' yang direka oleh mereka tetapi menafikan konsep tritunggal itu sekaligus.

Kata 'Aku' merujuk kepada satu peribadi. Apabila kita berkata-kata, kita menggunakan kata ganti diri 'Aku'. Ini bererti, tidak mungkin kita menggunakan kata diri 'Aku' jika kita sedang berdua atau bertiga. Sudah tentu kita akan menggunakan kata ganti diri 'Kami'. Didalam mana-mana bahasa didunia pun, ini adalah suatu perkara yang sangat asas. Tidak perlu untuk kita membuka kamus untuk menyelam dengan lebih dalam.

Jika Allah sendiri dengan tegas menyatakan ketunggaIanNya sejak terdahulu dan terkemudian, maka dengan siapakah Dia berbicara dan mendengar?? atau menyatakan rasa kasihNya?

Hal ini menunjukkan, Allah itu sempurna seadanya sekalipun Dia menyendiri sebelum kesemua alam semesta ini dicipta. Dia tidak perlu kepada mana-mana pihak untuk menyatakan rasa kasih atau menzahirkan sifat berbicara atau mendengarNya.

Tidak mungkin Tuhan berbicara dalam ketunggalan namun mewakili tiga oknum, kerana itu bercanggah dengan konsep tritunggal yang lazimnya difahami oleh majoriti aliran kristian. Anda boleh rujuk artikel saya yang bertajuk Triniti Suatu Ilusi untuk memahami dengan lebih lanjut tentang konsep tritunggal.

Kesimpulannya, konsep tritunggal bukan sahaja amat lemah jika dibandingkan dengan konsep Tauhid, malah ia boleh dicabar dengan logik akal dan yang lebih malangnya bercanggah dengan isi kandungan Al-kitab sendiri!!

Masihkah anda percaya Tuhan perlukan pihak lain untuk berbicara dan menyatakan rasa kasihNya?




Rujukan :

1 - Bagaimana menjelaskan Trinitas dari argumentasi kasih? - katolisitas.org
2 - Tanpa Konsep Trinitas, Allah Seakan-akan Bisu dan Tuli - www.isadanislam.org
3 - Kaidah-Kaidah Penting untuk Memahami Nama dan Sifat Allah (Bag. 3)
4 - Kesempurnaan di atas Kesempurnaan dalam Nama dan Sifat Allah
5 - Mengenal Nama Allah “Al-Awwal”, “Al-Akhir”, “Azh-Zhahir” dan “Al-Bathin”
6 - Al-Ghaniy, Maha Kaya - almanhaj.or.id






Sunday, November 29, 2020

Benarkah Yesus itu Tuhan kerana disembah?


BENARKAH YESUS ITU TUHAN KERANA DISEMBAH?


Diantara dakwaan ketuhanan Yesus yang kerap dijaja oleh penganut Kristian ialah Yesus menerima sembahan. Diantara sekian banyak hujah-hujah yang mereka gunakan didalam Al-Kitab antaranya ialah :

Sesudah Yesus dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang-orang majus dari Timur ke Yerusalem. (Matius 2:1) dan bertanya-tanya: "Di manakah Dia, raja orang Yahudi yang baru dilahirkan itu? Kami telah melihat bintang-Nya di Timur dan kami datang untuk menyembah Dia." (Matius 2:2)

Maka masuklah mereka ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu bersama Maria, ibu-Nya, lalu sujud menyembah Dia. Merekapun membuka tempat harta bendanya dan mempersembahkan persembahan kepada-Nya, yaitu emas, kemenyan dan mur. (Matius 2:11)

Dan orang-orang yang ada di perahu menyembah Dia, katanya: "Sesungguhnya Engkau Anak Allah." (Matius 14:33)

Ketika melihat Dia mereka menyembah-Nya, tetapi beberapa orang ragu-ragu.(Matius 28:17)

Ketika ia melihat Yesus dari jauh, berlarilah ia mendapatkan-Nya lalu menyembah-Nya, (Markus 5:6)

Mereka sujud menyembah kepada-Nya, lalu mereka pulang ke Yerusalem dengan sangat bersukacita. (Lukas 24:52)

Laman Gotquestions.org ketika mengulas berkenaan 'penyembahan' kepada Yesus menyebut :

Menyembah berarti "penghormatan yang diberikan kepada sosok illahi." Jika Yesus disembah dan menerima penyembahan, maka Ia sedang menegaskan keillahianNya. Ini penting karena adapun orang yang menolak keillahian Kristus, mengesampingkanNya kepada posisi yang bukan illahi. Ya, Yesus menerima disembah. Sebagai Pribadi kedua dari Tritunggal, pada waktu itu maupun sekarang tetap disembah.

Didalam ayat lain, mereka berhujah penyembahan kepada manusia atau malaikat adalah praktik yang dilarang. Umpamanya didalam Kisah Para Rasul 10:25 dan 26 disebutkan :

Ketika Petrus masuk, datanglah Kornelius menyambutnya, dan sambil tersungkur di depan kakinya, ia menyembah Petrus. Tetapi Petrus menegakkan dia, katanya: "Bangunlah, aku hanya manusia saja."(Kisah Para Rasul 10:25 - 26)

Manakala didalam peristiwa yang lain disebutkan,

Maka tersungkurlah aku di depan kakinya untuk menyembah dia, tetapi ia berkata kepadaku: "Janganlah berbuat demikian! Aku adalah hamba, sama dengan engkau dan saudara-saudaramu, yang memiliki kesaksian Yesus. Sembahlah Allah! Karena kesaksian Yesus adalah roh nubuat." (Wahyu 19:10).

Setelah itu beliau menyimpulkan,

"Di dalam semua peristiwa ini tidak ada kes dimana Yesus menyuruh mereka berhenti menyembah DiriNya ataupun melarangnya. Sedangkan jika manusia biasa, ataupun malaikat disembah secara salah, mereka akan melarang dan menghentikan praktik itu karena tidak diperbolehkan".

Hujah yang hampir sama digunakan oleh laman Isayesus.blogspot ketika mengulas cabaran sebahagian muslim berkenaan dakwaan adakah wujud ucapan Yesus yang berbunyi, "Akulah Tuhan dan sembahlah Aku". Laman itu menyebut :

Sekarang, bila Yesus harus memerintahkan orang-orang se-zamanNya untuk sujud-menyembah Dia, maka sesungguhnya tidak ada signifikansinya sama sekali. Namun demikian dapat kita temukan dalam bukti-bukti Alkitabiah, bahwa meskipun Yesus tidak minta disembah, namun Ia tidak pernah menolak/melarang orang menyembahNya.

Laman itu membawa beberapa contoh bagaimana Yesus disembah, antaranya,

Maka datanglah seorang yang sakit kusta kepada-Nya, lalu sujud menyembah Dia dan berkata: "Tuan, jika Tuan mau, Tuan dapat mentahirkan aku." (Matius 8:2)

Sementara Yesus berbicara demikian kepada mereka, datanglah seorang kepala rumah ibadat, lalu menyembah Dia dan berkata: "Anakku perempuan baru saja meninggal, tetapi datanglah dan letakkanlah tangan-Mu atasnya, maka ia akan hidup." (Matius 9:18)

Tiba-tiba Yesus berjumpa dengan mereka dan berkata: "Salam bagimu." Mereka mendekati-Nya dan memeluk kaki-Nya serta menyembah-Nya. (Matius 28:9)

Kata laman itu lagi,

Jadi, dalam kes diatas, bila Yesus benar hanya seorang Guru atau Nabi dan bukan Tuhan, maka Ia pasti dan harus berteriak lantang : "Aku bukan Tuhan, jangan sembah Aku". Bahkan teriakan ini harus dilakukan segera dan berulang-ulang demi mencegah jangan ada seorangpun yang sampai memper-tuhan-kan dan menyembah diriNya. Karena dosa ini adalah dosa yang amat serius (yang diperingatkan secara khusus), ketimbang dosa yang tidak menyembah Tuhan karena ia tahu itu Tuhannya!.

Laman itu membuat kesimpulan :

"proskunêsai" dan "prosekunêsan" kata dasarnya adalah "proskunêo", "menyembah". Kata Yunani yang dipakai untuk penyembahan kepada Allah Bapa adalah "proskunêo". Penyembahan ini tidak bisa lain karena Allah itu Mahamulia yang tidak dimiliki dan tidak pernah diberikan kepada siapapun lainnya. tu sebabnya "proskunêo" yang sama kepada Allah Bapa terbukti dipakai untuk penyembahan kepada Yesus Kristus di seluruh Alkitab Perjanjian Baru.

Mari kita analisis sejauhmana kebenaran dakwaan mereka ini.

Sanggahan pertama : Meneroka maksud 'menyembah' yang dilakukan terhadap Yesus.

Jika anda lihat kebanyakan ayat-ayat yang dikemukakan diatas kebanyakannya menggunakan berasal dari kata akar προσκυνέω (proskuneó) yang diterjemah kedalam bahasa Inggeris sebagai 'worship' atau dalam bahasa melayu sebagai 'menyembah'.

Sebenarnya, perkataan προσκυνέω (proskuneó) dalam teks asal yunani mempunyai beberapa maksud, yakni penghormatan (kepada makhluk), dan juga sembahan kepada Tuhan. Mari kita perhatikan beberapa maksud προσκυνέω (proskuneó) berdasarkan Kamus Thayer's Greek Lexicon :

1) very often for הִשְׁתַּחֲוָה (to prostrate oneself); properly, to kiss the hand to (toward) one, hence, among the Orientals, especially the Persians, 
2) to fall upon the knees and touch the ground with the forehead as an expression of profound reverence
3) by kneeling or prostration to do homage (to one) or make obeisance, whether in order to express respect or to make supplication.
a) of homage shown to men of superior rank: (the Jewish high-priests are spoken of in Josephus)
b) of homage rendered to God and the ascended Christ, to heavenly beings, and to demons.

Jika saya terjemah ke dalam bahasa melayu :

1) untuk mencium tangan (ke arah) seseorang, sebagai tanda penghormatan di kalangan orang-orang Timur, terutama orang-orang Persia,
2) jatuh ke atas lutut dan menyentuh tanah dengan dahi sebagai ungkapan penghormatan yang mendalam,
3) dengan berlutut atau sujud untuk melakukan penghormatan (kepada seseorang) atau bersujud, sama ada untuk menyatakan rasa hormat atau untuk memohon, ia digunakan untuk;
a) sebagai penghormatan yang ditunjukkan kepada orang-orang yang berpangkat tinggi; (kepada imam-imam besar Yahudi yang disebut dalam Josephus),
b) sebagai penghormatan yang diberikan kepada Tuhan dan Kristus yang telah naik, kepada makhluk syurgawi, dan kepada syaitan. 




Sekadar gambar hiasan


Laman Sarapan Pagi Biblika pula saya lihat lebih 'jujur' ketika menghurai kata 'menyembah' seperti yang terdapat dalam Matius 2:2-11, laman itu menyebutkan :

προσκυνησαι - proskunêsai kata dasarnya adalah προσκυνεω - proskuneo, "menyembah" dalam bentuk aorist aktif infinitif. Kata ini digunakan baik "menyembah" Allah (Matius 4:10; Lukas 4:8; Yohanes 4:24; dst.) maupun "menyembah" manusia (Imam Besar Yahudi, orang yang disegani, orang tua), bahkan untuk "menyembah" berhala, dan setan.

Dalam bahasa Ibrani, kata "menyembah" menggunakan kata שָׁחָה - SHAKHAH, kutipan HaBrit HaKadasya di atas menulis לְהִשְׁתַּחֲוֹת - LEHISH'TAKHAVOT yaitu kata SHAKHAH plus prefiks dan suffiks sesuai dengan kaidah tata bahasa Ibrani. Tanakh Ibrani juga menggunakan kata שָׁחָה - SHAKHAH buat Allah dan buat manusia.

Berdasarkan daripada beberapa penafsiran diatas, yang mana satukah yang terpakai untuk Yesus? sudah tentu konteks. Untuk mengetahui konteksnya, kita perlu melihat kepada petunjuk atau dalil lain yang boleh memberi penafsiran yang tepat daripada sekian banyak definisi diatas.

Cuba perhatikan ayat ini betul-betul :

Matius 4:8: Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya,

Matius 4:9: dan berkata kepada-Nya: "Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku."

Matius 4:10: Maka berkatalah Yesus kepadanya: "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!"

Daripada ayat ini, anda dapat lihat dengan jelas Yesus sendiri memberi perakuan bahawa yang hanya layak disembah ialah Allah.

Berdasarkan daripada  penjelasan ayat diatas, yang mana satukah definisi 'menyembah' yang sepatutnya lebih sesuai diberikan kepada Yesus? ya sudah tentu 'menyembah' yang dimaksud adalah sekadar sembah hormat, bukan sembah dengan diiringi pengagungan layaknya Tuhan. Jelas disini, sembah hormat yang diterima Yesus tidak menjadikan beliau setaraf dengan Tuhan. 

Sanggahan kedua : Sujud menyembah adalah suatu perlakuan hormat yang menjadi kebiasaan dalam istilah Bible.

Didalam Al-Kitab, anda akan temui bahawa ada para Nabi yang disembah namun ia tidaklah menjadikan mereka Tuhan atau memiliki sifat keIlahian. Sebagai contoh,

Genesis 37:9: Lalu ia memimpikan pula mimpi yang lain, yang diceritakannya kepada saudara-saudaranya. Katanya: "Aku bermimpi pula: Tampak matahari, bulan dan sebelas bintang sujud menyembah kepadaku."

Genesis 42:6: Sementara itu Yusuf telah menjadi mangkubumi di negeri itu; dialah yang menjual gandum kepada seluruh rakyat negeri itu. Jadi ketika saudara-saudara Yusuf datang, kepadanyalah mereka menghadap dan sujud dengan mukanya sampai ke tanah.
 
Ini adalah kisah Nabi Yusuf didalam tentang bagaimana saudara-saudaranya sujud menyembah kepadanya. Namun demikian ia tidaklah menjadikan Nabi Yusuf Tuhan seadanya. Mari kita lihat contoh lain pula.

Genesis 49:8: Yehuda, engkau akan dipuji oleh saudara-saudaramu, tanganmu akan menekan tengkuk musuhmu, kepadamu akan sujud anak-anak ayahmu.

1 Samuel 25:24: Ketika Abigail melihat Daud, segeralah ia turun dari atas keledainya, lalu sujud menyembah di depan Daud dengan mukanya sampai ke tanah.

2 Samuel 9:6: Dan Mefiboset bin Yonatan bin Saul masuk menghadap Daud, ia sujud dan menyembah. Kata Daud: "Mefiboset!" Jawabnya: "Inilah hamba tuanku."

2 Samuel 14:33: Kemudian masuklah Yoab menghadap raja dan memberitahukan hal itu kepadanya. Raja memanggil Absalom, dan ia masuk menghadap raja, lalu sujud ke hadapan raja dengan mukanya ke tanah; lalu raja mencium Absalom.

2 Sameul 15:5: Apabila seseorang datang mendekat untuk sujud menyembah kepadanya, maka diulurkannyalah tangannya, dipegangnya orang itu dan diciumnya.
 
Anda dapat lihat Nabi Daud dan raja yang disembah Absalom juga tidak dianggap Tuhan hanya kerana sembahan itu. Mengapa? kerana ia adalah bentuk budaya hormat yang wujud pada waktu itu, sama halnya dengan Yesus. Wajarlah mereka tidak menghalang apabila diri mereka diberi sembah horrmat. Argumen kononnya Yesus tidak menghalang orang dari menyembahnya kerana memahami akan keilahiannya adalah tertolak. Jika demikian, wajar saja Nabi Yusuf, Nabi Daud atau raja dalam ayat diatas dianggap Tuhan kerana tidak menghalang orang dari menyembah mereka.

Jika demikian, mengapa Petrus mengelak untuk disembah oleh Kornelius?

Ketika Petrus masuk, datanglah Kornelius menyambutnya, dan sambil tersungkur di depan kakinya, ia menyembah Petrus. Tetapi Petrus menegakkan dia, katanya: "Bangunlah, aku hanya manusia saja."(Kisah Para Rasul 10:25 - 26)

Pertama sekali, kita perlu menilai, apakah setiap orang yang mengelak untuk disembah hormat itu menganggap bahawa dirinya telah diagungkan layaknya Tuhan oleh orang yang memberi sembah hormat? apakah tidak wujud kebarangkalian lain selain dari faktor tadi? Maka hal ini sangat berkait dengan persepsi yang ada dalam minda kita.

Persoalan saya, mengapa kita tidak mellihat keengganan Petrus itu lahir dari sifat rendah diri beliau? 

Perhatikan bagaimana keengganan Petrus ketika kakinya ingin dicuci oleh Yesus takkala Yesus mencuci kaki murid-muridnya yang lain dalam satu ritual yang tercatat dalam Yohanes 13:5-16.

13:6: Maka sampailah Ia kepada Simon Petrus. Kata Petrus kepada-Nya: "Tuhan, Engkau hendak membasuh kakiku?"

13:7: Jawab Yesus kepadanya: "Apa yang Kuperbuat, engkau tidak tahu sekarang, tetapi engkau akan mengertinya kelak."

13:8: Kata Petrus kepada-Nya: "Engkau tidak akan membasuh kakiku sampai selama-lamanya." Jawab Yesus: "Jikalau Aku tidak membasuh engkau, engkau tidak mendapat bagian dalam Aku."

13:9: Kata Simon Petrus kepada-Nya: "Tuhan, jangan hanya kakiku saja, tetapi juga tangan dan kepalaku!"

Peristiwa ini menunjukkan, Petrus mempunyai sifat rendah diri dan menganggap dirinya tidak layak untuk dicuci kakinya oleh Yesus. Dalam hal ini, Petrus menunjukkan sikap yang agak berbeza dengan murid-murid Yesus yang lain. Maka tidakkah hal yang sama dialami beliau ketika Kornelius melakukan sembah hormat kepada beliau. Oleh sebab itu kata-kata  Petrus yang terabadi dalam 1 Petrus 5:57 menyebut:

Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.” Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya.

Berkenaan dengan ayat didalam Revelation/Wahyu 19:10, hal ini sebenarnya merujuk kepada ketakjuban Yohanes dengan apa yang dilihatnya tentang alam ketuhanan. Rasa takjub itulah membuatkan beliau tersungkur dihadapan malaikat.

Maka tersungkurlah aku di depan kakinya untuk menyembah dia, tetapi ia berkata kepadaku: "Janganlah berbuat demikian! Aku adalah hamba, sama dengan engkau dan saudara-saudaramu, yang memiliki kesaksian Yesus. Sembahlah Allah! Karena kesaksian Yesus adalah roh nubuat." (Revelation/Wahyu 19:10).

Dan ketakjuban yang beliau alami itu membuatkan beliau tersungkur dalam keadaan merendah diri/merasa kagum kepada kuasa yang lebih besar dan agung. Inilah bentuk penghormatan yang tidak boleh diberikan kepada sesiapapun kecuali Tuhan. Inilah sebabnya mengapa malaikat dalam ayat itu melarang Yohanes sujud menyembah kepadanya.


Sanggahan ketiga : Sesuatu istilah boleh bertambah definisinya berdasarkan kefahaman baru yang berkembang keatas istilah tersebut.

Tentu ada yang berkata : Bukankah dalam sekian banyak definisi προσκυνέω (proskuneó) diatas, didalamnya juga disebut 'sebagai penghormatan yang diberikan kepada Tuhan dan Kristus yang telah naik, kepada makhluk syurgawi, dan kepada syaitan.' Lalu mengapa definisi itu ditolak?

Baiklah, didalam dua hujah yang telah saya berikan sebelumnya, saya telah membentangkan bagaimana definisi itu ditolak berdasarkan dalil atau petunjuk dari ayat lain didalam Alkitab, dimana Yesus memberi isyarat bahawa penyembahan untuk Tuhan hanyalah kepada Allah dan bukan kepada dirinya.

Dalam sanggahan kedua, saya telah berikan hujah bagaimana sembah hormat yang diterima Yesus adalah dalam konteks budaya hormat yang wujud pada waktu itu, dan bukan dalam konteks Tuhan yang menerima sembah dengan disertai rasa pengagungan dan penghambaan.

Dan sewajarnya, setelah memahami dua hujah diatas, wajar pula kita beralih kepada perbincangan seterusnya, bagaimana sesuatu istilah itu boleh bertambah definisinya kerana faktor berkembangnya kefahaman baru yang diterapkan kepada istilah tersebut.

Sebagai contoh, perkataan sembahyang. Jika anda merujuk kamus dewan, sembahyang bermaksud :

Definisi1 (dlm agama Islam) ibadat yg terdiri drpd niat, beberapa perbuatan dan bacaan yg dimulakan dgn takbiratulihram dan disudahi dgn salam; solat: ~ zuhur. 2 (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan; doa.

Namun, sesuatu yang perlu ditelusuri, perkataan sembahyang yang difahami oleh orang melayu kini dalam bahasa Arabnya adalah 'Solat'. Maka jika 'Solat' adalah perkataan Arab yang istilahnya memang wujud dalam Alquran dan Sunnah, lantas dari mana datangnya istilah sembahyang ini? Jawapannya, sudah tentu ia berakar umbi dari kepercayaan melayu kuno.

Sebelum datangnya agama Hindu dan Budha, masyarakat Melayu sudah memiliki agama tersendiri iaitu Kapitayan. Kapitayan adalah kepercayaan yang terdapat di kalangan orang Jawa purba. Tuhan utama bagi ajaran ini dikenali sebagai Sang Hyang Taya.

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1990) dalam Pemikiran Umat Islam di Nusantara, Hyang yang asalnya dikaitkan dengan roh nenek moyang sebenarnya diperkuat dengan maksud dewa. Maka dengan itu timbullah istilah ‘sembahyang’ bermaksud menyembah Hyang atau menyembah dewa.

Lihat bagaimana perkataan 'sembahyang' yang pada asalnya mempunyai definisi tersendiri akhirnya digantikan oleh definisi baru setelah kedatangan Islam ke tanah melayu. Perkataan itu kekal, namun maksudnya telah berubah.

Maka, maksud sesuatu perkataan bukanlah dinilai pada apa yang tertera pada kamus semata-mata, namun juga harus merujuk pada sejarah dan kebudayaan yang melatari istilah tersebut. Dalam hal ini, perkataan προσκυνέω (proskuneó) secara historis hanya merujuk samada sembah hormat kepada manusia atau kepada Tuhan sahaja. Berdasarkan dari dua hujah yang saya telah bentangkan, anda akan dapati jika ia digunakan kepada manusia, maka ia merujuk kepada sembah hormat biasa, dan bila ia digunapakai untuk merujuk hubungan dengan Tuhan, ia adalah sembah pengagungan.

Namun, seiring dengan sejarah perkembangan agama Kristian dan munculnya kepercayaan bahawa Yesus itu Tuhan, maka istilah προσκυνέω (proskuneó) didiktekan sebagai penyembahan kepada Kristus sebagaimana layaknya Tuhan disembah. Nyatalah ia suatu definisi baru yang telah diberikan kepada istilah tersebut dan ia datang kemudian.


Sanggahan keempat: Setiap yang disembah tidak automatik menjadikannya Tuhan, kerana syaitan juga disembah, namun ini tidak bererti syaitan menjadi Tuhan.

Saya rasa kelakar apabila laman Isayesus.blogspot menyebut :

Tahukah para skeptis bahwa orang Yahudi dikala itu selalu tahu bahwa yang dinamai Tuhan itu hanya jikalau Ia disembah. Dan apa atau siapa yang disembah sujud, itulah (dianggap) Tuhan!

Itu adalah definisi sejak manusia berhubungan dengan Tuhan. Itu bukan berita khusus bagi kaum Yahudi. Tuhan disembah bukan karena Dia yang pertama-tama menuntut, melainkan akibat dari kedasyatan kuasa dan kemuliaanNya, yang menggetarkan hati manusia, maka Ia dipercayai, diakui, diandalkan, ditakuti dan dihormati dalam hidup dan sesembahan kita.

Ini adalah suatu dakwaan yang kelakar. Cuba fikirkan, sepanjang sejarah betapa banyak manusia dahulukala yang merasai 'kedahsyatan kuasa' dari fenomena alam semesta seperti letusan gunung berapi, ombak laut yang besar, arus sungai yang deras hinggalah kepada misteri hutan belantara. Manusia primitif ini melakukan pelbagai upacara penyembahan untuk 'mententeramkan' penjaga-penjaga alam tadi. Cuba tanya diri kita, adakah sekadar perasan manusia itu menjadi hujah untuk menentukan Tuhan yang sebenar?

Sepanjang sejarah juga manusia dari pelbagai peradaban melakukan hubungan silang dimensi dengan makhluk ghaib. Mereka merasai 'kedahsyatan kuasa' dan 'kemuliaan' makhluk ghaib yang mereka sembah. Namun adakah semua itu sudah cukup menjadikan makhluk-makhluk ghaib tadi sebagai Tuhan?   

Makhluk tetap makhkuk. Beberapa diktator dalam sejarah dunia juga disembah, namun ini tidaklah menjadikannya Tuhan. Meskipun Firaun mengaku dirinya Tuhan, pengakuannya itu kosong tidak membawa erti. Sedangkan yang mengaku dengan lidah sendiri pun tidak dapat dijadikan hujah, apatah lagi sekadar disembah!

Lantas, apakah ciri Tuhan itu sekadar disembah?

Sebenarnya, terdapat banyak ciri-ciri Tuhan yang haq didalam Alquran dan Sunnah. Allah menggambarkan hak penciptaanNya, hak kepemilikanNya, hak pentadbiranNya, hak utntuk disembah dan hak nama-nama serta sifatNya yang maha mulia dalam banyak ayat Alquran. Terlalu banyak jika saya hendak senaraikan disini satu persatu namun cukuplah saya memetik satu ayat sahaja untuk kita jadikan kayu ukur untuk mengetahui apakah ciri didalam ayat tersebut dimiliki oleh Yesus. Ayat tersebut ialah ayat 13-14 Surah Al-Faathir.

“Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalaupun mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu sebagaimana yang diberikan oleh Dzat yang Maha mengetahui.” (QS. Faathir: 13-14).

Daripada ayat diatas, kita mendapat faedah, bahawa ciri Tuhan yang sebenar bukanlah setakat ia disembah, tetapi ia juga harus :

1 - mempunyai leluasa/wewenangan atas pemilikan dalam alam ini
2 - mampu mendengar permintaan kita (bukan pekak)
3 - dan jika mereka mendengar, haruslah ada kemampuan untuk memperkenankan permintaan kita,
4 - kemudian, perlu ada jaminan bahawa mereka tidak akan berlepas diri dari tindakan kita mempertuhankan mereka di hari kiamat kelak.

Mari kita analisis ayat diatas dengan ciri-ciri Yesus yang ada didalam Bible :

1 - Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.

Yesus berkata didalam Alkitab : “Jika aku memuliakan diriku sendiri, maka kemuliaanku itu sedikitpun tidak ada artinya. Allah-kulah yang memuliakanku.” (Yohanes, 8:54)

Jelas disini Yesus mengakui beliau tidak memiliki apa-apa hatta kemuliaannya pun tidak bererti dan merupakan anugerah Tuhan.

2 - Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu;

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?"* Artinya: /Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku? (Matius 27:46)

Ini adalah seruan Yesus saat dia disalib, jika dia saja menyeru Allah disaat kesulitan itu, maka apakah kita mengharapkan dia mendengar seruan kita?


3 - mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu.

Matius 18:19: Dan lagi Aku berkata kepadamu: Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga.

Didalam ayat ini Yesus menjelaskan bahawa yang mengabulkan permintaan adalah Tuhan Allah di syurga, bukan baginda.

4 - Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu

Yesus berkata : Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. (Yohanes 17:3)

Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!. (Matius, 4:10)

Berdasarkan pengakuan Yesus didalam Alkitab ini, adakah anda tidak takut sekiranya Yesus berlepas diri dari anda ketika ditanya oleh Allah di hari kiamat kelak?




1 - Apakah Al-Kitab mengatakan Yesus disembah? - Gotquestions Bahasa Melayu
2 - Kapan Yesus pertama disembah? - SarapanPagi Bibilka Ministry
3 - Adakah Yesus pernah berkata "Sembahlah Aku"? - isayesus.blogspot
4 - Biblehub.com/greek
5 - Simon Petrus - Wikipedia Bahasa Melayu
6 - Kamus Dewan Online
7 -  Orang Melayu Dahulu Sudah Menganut Agama Tauhid & Bukan Animisme! - Ahmad Iqram Mohamad Noor (Penyelidik di Multiracial Reverted Muslim)
8 - Mengapa sembah hyang? - Suparjo.blogspot.
9 - Tauhid: Tidak Ada yang Pantas Menjadi Sekutu Allah - Muslim.or.id
10 - Sabdaweb Alkitab Terjemahan Baru

Tuesday, November 17, 2020

Apakah Allah dan Yesus itu menyatu?

 

APAKAH ALLAH DAN YESUS ITU MENYATU?


"Aku dan Bapa adalah satu." (Yohanes 10:30)


Ayat ini merupakan antara ayat yang paling popular digunakan oleh penganut Kristian untuk menegaskan ketuhanan Yesus dan konsep tritunggal. 

Saya ambil penjelasannya dari laman Sarapan Pagi Biblika, dimana setelah beliau menjelaskan beberapa maksud untuk perkataan 'satu' menurut kaedah bahasa Yunani, lalu beliau menyimpulkan :

"Yohanes 10:30 dari segi kaidah bahasa Yunani, menyatakan bahwa Yesus dan Bapa memiliki satu Dzat, satu Hakekat yaitu Allah. Konteks kata satu εν - HEN untuk ayat diatas menunjukkan pernyataan Yesus adalah Allah, yang "satu" sama hakekat dengan Bapa yang dipertegas dengan pernyataan "εν εσμεν - hen esmen". Kata Yunani εσμεν - ESMEN dalam Yohanes 10:30 adalah "to be" dalam modus indikatif, pernyataan fakta."

"Ayat diatas lebih lanjut dipertegas dalam ayat-ayat :"Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa" (Yohanes 14:9), dan "Akulah jalan dan kebenaran, dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa kalau tidak melalui Aku." (Yohanes 14:6)."

Persoalan yang saya ingin ajukan ialah, kenapa mencari maksud 'satu' hanya menurut aspek tatabahasa semata-mata, mengapa tidak mahu meneroka maksud sesuatu perkataan berdasarkan petunjuk-petunjuk lain dalam Al-Kitab?

Sebelum itu mari kita lihat turutan ayatnya secara lengkap.

10:30 - Aku dan Bapa adalah satu."

10:31 - Sekali lagi orang-orang Yahudi mengambil batu untuk melempari Yesus.

10:32 - Kata Yesus kepada mereka: "Banyak pekerjaan baik yang berasal dari Bapa-Ku yang Kuperlihatkan kepadamu; pekerjaan manakah di antaranya yang menyebabkan kamu mau melempari Aku?"

10:33 - Jawab orang-orang Yahudi itu: "Bukan karena suatu pekerjaan baik maka kami mau melempari Engkau, melainkan karena Engkau menghujat Allah dan karena Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Allah."

10:34 - Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah?

10:35 - Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--,

10:36 - masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah?

10:37 - Jikalau Aku tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan Bapa-Ku, janganlah percaya kepada-Ku,

10:38 - tetapi jikalau Aku melakukannya dan kamu tidak mau percaya kepada-Ku, percayalah akan pekerjaan-pekerjaan itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti, bahwa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa."

10:39 - Sekali lagi mereka mencoba menangkap Dia, tetapi Ia luput dari tangan mereka.

Untuk itu, saya mengajak pembaca untuk mengkritisi dan meneliti turutan ayat diatas satu persatu. Kita bermula dengan Yohanes 10:30.

Yohanes 10:30 - 'Aku dan Bapa adalah satu'.

Benarkah ini menunjukkan dengan jelas bahawa Yesus sehakikat dengan Allah sebagaimana dakwaan mereka?

Bagi menjawab syubhat ini, mari kita lihat bagaimana ayat ‘Yesus dan Tuhan adalah satu’ digunapakai dalam ayat yang lain. Ini bukan satu lompatan atau pengalihan topik, tetapi mencari penjelasan dari ayat lain tentang apakah maksud sebenar perkataan Yesus itu.

Dalil pertama : Yohanes 17:11 : "Dan Aku tidak ada lagi di dalam dunia, tetapi mereka masih ada di dalam dunia, dan Aku datang kepada-Mu. Ya Bapa yang kudus, peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita."

Dalil kedua : Yohanes 17:21 : "supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku. "

Dalil ketiga : Yohanes 17:22 : "Dan Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu."

Dalil keempat :Yohanes 17:23 : "Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam Aku supaya mereka sempurna menjadi satu, agar dunia tahu, bahwa Engkau yang telah mengutus Aku dan bahwa Engkau mengasihi mereka, sama seperti Engkau mengasihi Aku."

Penjelasan : Ini adalah bukti kukuh Yesus menyamakan kesatuan antara baginda dan Tuhan dengan kesatuan orang yang mengikutinya. Maka kesatuan yang dimaksud adalah kesatuan dari sudut matlamat dan tujuan, iaitu kesatuan dibawah ajaran Yesus dan naungan perintah Tuhan.

Perhatikan pada Yohanes 17:22 bahawa kemuliaan yang diperoleh oleh anak-anak murid Yesus itulah yang menjadikan mereka 'menyatu' dengan Tuhan. Oleh itu jika Yesus 'menyatu' dengan Tuhan kerana kemuliaan yang diperolehinya, begitu juga anak-anak muridnya menyatu dengan Tuhan dalam maksud dan hakikat yang sama, bukan berlainan. Dengan erti kata lain, ayat ini telah meletakkan satu syarat kepada penyatuan dengan Tuhan, dimana syarat itu telah pun diterima oleh Yesus, dan dia memberikan kemuliaan itu kepada anak-anak muridnya.

Menjawab syubhat antara hakikat dan metafora

Golongan Kristian percaya bahawa ayat Yohanes 17:11 dan 17:22 adalah kiasan yang disandarkan kepada realiti/hakikat, dimana mereka menyamakan kesatuan anak-anak murid Yesus itu sepertimana hakikat kesatuan dirinya dengan Tuhan secara hakikat.

Penjelasan : Jika ayat Yohanes 17:11 dan 17:22 dianggap kiasan yang disandarkan kepada realiti/hakikat, mari kita perhatikan pula dengan cermat ayat pada Yohanes 17:21 :

Yohanes 17:21 : "supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku."

Perhatikan bahawa ayat 'agar mereka juga didalam kita' sangat jelas dikaitkan dengan ayat sepertimana Yesus didalam Bapanya. Ini bererti perkataan 'didalam' yang digunakan oleh Yesus pada keseluruhan ayat itu adalah metafora, dan bukan hakikat, kerana metafora dan hakikat tidak boleh disebut bersekali dalam satu ayat. Motif sesuatu ayat itu dilihat pada konteksnya.

Andaikan bahawa mereka tetap menganggap ia satu kiasan yang disandarkan pada satu kesatuan hakiki, mari kita lihat dua lagi ayat :

Yohanes 14:20 : "Pada waktu itulah kamu akan tahu, bahwa Aku di dalam Bapa-Ku dan kamu di dalam Aku dan Aku di dalam kamu."

Yohanes 17:23 : "Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam Aku supaya mereka sempurna menjadi satu, agar dunia tahu, bahwa Engkau yang telah mengutus Aku dan bahwa Engkau mengasihi mereka, sama seperti Engkau mengasihi Aku."

Dua ayat ini jelas menyebut kesatuan antara Tuhan dan Yesus dikaitkan terus dengan kesatuan Yesus dan muridnya. Bagaimana kita mahu mengaitkan kiasan atau metafora dengan maksud hakiki sedangkan pertaliannya berkait antara satu sama lain tanpa dibezakan oleh apa-apa pemisah ayat?

Mari kita teroka pula perenggan kedua.

10:31 - Sekali lagi orang-orang Yahudi mengambil batu untuk melempari Yesus.

10:32 - Kata Yesus kepada mereka: "Banyak pekerjaan baik yang berasal dari Bapa-Ku yang Kuperlihatkan kepadamu; pekerjaan manakah di antaranya yang menyebabkan kamu mau melempari Aku?"

10:33 - Jawab orang-orang Yahudi itu: "Bukan karena suatu pekerjaan baik maka kami mau melempari Engkau, melainkan karena Engkau menghujat Allah dan karena Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Allah."

10:34 - Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah?

10:35 - Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--,

Kebanyakan orang kristian mengabaikan rangkap penting ini terutama mesej yang terkandung didalam ayat Yohanes 10:34. Lebih menjelekkan, mereka menterjemahkan perkataan 'Allah' dengan huruf besar dalam ayat Yohanes 10:33 (iaitu tuduhan orang yahudi kepada Yesus) manakala sebaliknya menggunakan huruf kecil untuk perkataan 'allah' pada Yohanes 10:34 (penegasan Yesus tentang apa yang telah termaktub dalam kitab suci mereka). Ini merupakan sikap tidak amanah terhadap penafsiran Al-Kitab.

Apakah benar orang yahudi menuduh Yesus mengaku sebagai Allah sepertimana yang terkandung dalam ayat Yohanes 10:33? Jawapannya ada pada ayat berikutnya.

10:34 - Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah?

10:35 - Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--,

Siapakah 'allah' yang dimaksudkan dalam kedua ayat ini? jawapannya ialah perkataan 'elohim' (ibrani : אֱלֹהִ֑ים) atau sering diterjemah kedalam bahasa melayu sebagai 'allah'.

Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan, 'El' adalah kata umum untuk tuhan, yang kadang-kadang juga digunakan untuk merujuk kepada tuhan-tuhan yang batil. 'elohim' bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang haq dan ilah yang palsu tetapi juga merujuk kepada nabi, malaikat, para raja, hakim-hakim dan juga messiah. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang menzahirkan kekuasaan dan kehebatan, maka ia disebut elohim. Namun dalam pemahaman linguistik bangsa Israel, hal ini bukanlah merujuk kepada Tuhan yang haq dan esa, yang menjadi Tuhan bangsa Israel zaman berzaman. Genesis 1:1 adalah contoh bagaimana perkataan elohim merujuk kepada Tuhan yang Esa :

"Pada mulanya Allah (elohim/אֱלֹהִ֑ים) menciptakan langit dan bumi." (Genesis 1:1)

Namun disana, ada juga penggunaan perkataan 'elohim' untuk merujuk kepada Nabi. Contohnya penggunaan 'elohim' untuk merujuk kepada Nabi Musa a.s didalam Exodus 7:1 :

Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Lihat, Aku mengangkat engkau sebagai allah (elohim / אֱלֹהִ֑ים) bagi Firaun, dan Harun, abangmu, akan menjadi nabimu.

Didalam Perjanjian Lama, para hakim juga dirujuk dengan gelaran 'elohim'.

Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah (elohim/ אֱלֹהִ֑ים), dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian. --

Mari kita lihat pula bagaimana 'elohim' digunakan untuk merujuk kepada malaikat didalam Judges 13:21 dan 22 :

Sejak itu Malaikat TUHAN tidak lagi menampakkan diri kepada Manoah dan isterinya. Maka tahulah Manoah, bahwa Dia itu Malaikat TUHAN.

Berkatalah Manoah kepada isterinya: "Kita pasti mati, sebab kita telah melihat allah (elohim/ אֱלֹהִ֑ים)."

Anda dapat lihat bahawa bukan manusia saja digelar sebagai 'elohim'/ allah didalam Al-Kitab tetapi juga malaikat. Daripada pendedahan ayat diatas maka anda akan dapat memahami apakah maksud didalam Yohanes 10:34 dan 35 ini.

10:34 - Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? (elohim/ אֱלֹהִ֑ים )

10:35 - Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--,

Saya pernah sentuh masalah istilah 'elohim' ini dalam dua artikel saya yang lepas iaitu Benarkah perkataan 'Elohim' mengisyaratkan wujudnya berbilang Tuhan? serta Maksud 'Anak Allah" Didalam Bible

Mari kita lihat pula rangkap ketiga.

10:36 - masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah?

10:37 - Jikalau Aku tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan Bapa-Ku, janganlah percaya kepada-Ku,

Apakah ini menunjukkan beliau sehakikat dengan Tuhan Bapa hanya kerana ayat ini? Jawapannya tidak. Hal ini kerana istilah 'anak Allah' juga dikenakan kepada Nabi Daud, para hakim, kepada bangsa Israel hingga kepada mereka yang mengikuti Yesus dengan taat  (*). Berikut adalah beberapa contoh istilah 'anak Allah' yang ada dalam Al-Kitab.  

Aku mau menceritakan tentang ketetapan TUHAN; Ia berkata kepadaku: "Anak-Ku engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini. (Mazmur 2:7) - ini merupakan ayat yang ditujukan kepada Nabi Daud a.s.

Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian.(Mazmur 82:6) - ini pula ayat yang ditujukan kepada para hakim yang ada dalam Perjanjian Lama.

"Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah" (Matius 5:9) - ini adalah contoh bagaimana pengikut yang taat akan digelar 'anak-anak Allah'. Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang istilah 'anak Allah', boleh rujuk artikel saya berjudul Maksud 'Anak Allah" Didalam Bible .

Mari kita kita lihat pula rangkap terakhir,

10:38 - tetapi jikalau Aku melakukannya dan kamu tidak mau percaya kepada-Ku, percayalah akan pekerjaan-pekerjaan itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti, bahwa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa."

10:39 - Sekali lagi mereka mencoba menangkap Dia, tetapi Ia luput dari tangan mereka.

Jika kita melihat secara literal, mesej ayat itu seakan membawa maksud secara hakikat. Tetapi, sepertimana juga ayat 'Aku dan Bapa adalah satu', ayat ini juga sangat bergantung kepada petunjuk-petunjuk lain didalam Al-Kitab.

Disini juga penulis akan menyentuh berkenaan ayat Yohanes 14:9 memandangkan ia juga dipetik oleh laman Sarapan Pagi Biblika dalam hujahannya. Ayat tersebut ialah,

"Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa" (Yohanes 14:9),

Sebelum itu, mari kita melihat terlebih dahulu turutan ayat itu secara keseluruhan. Hal ini kerana terdapat frasa ayat yang sama digunakan seperti Yohanes 10:38 dan ini dapat memberi isyarat atau petunjuk yang lebih jelas kerana ia mempunyai persamaan struktur ayat antara satu sama lain. 

Yohanes 14:8 : Kata Filipus kepada-Nya: "Tuhan, tunjukkanlah Bapa itu kepada kami, itu sudah cukup bagi kami."

Yohanes 14:9 : Kata Yesus kepadanya: "Telah sekian lama Aku bersama-sama kamu, Filipus, namun engkau tidak mengenal Aku? Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa; bagaimana engkau berkata: Tunjukkanlah Bapa itu kepada kami.

Yohanes 14:10 : Tidak percayakah engkau, bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku? Apa yang Aku katakan kepadamu, tidak Aku katakan dari diri-Ku sendiri, tetapi Bapa, yang diam di dalam Aku, Dialah yang melakukan pekerjaan-Nya.


Penjelasan : Kesatuan yang dimaksud adalah dalam matlamat dan tujuan, bukan fizikal. 

Kesamaran ayat pertama akan dijawab bersama dengan kesamaran ayat kedua. Ini kerana terdapat kaitan antara dua ayat tersebut. Bagi menjawab kesamaran ini, kita dapat perhatikan bahawa pertanyaan Yesus pada Filipus sepertimana tercatat dalam Yohanes 14:10 berkenaan permintaan Filipus untuk melihat Bapa. Pertanyaan itu adalah respon dari ketidakyakinan Filipus terhadap Yesus, sehingga memungkinkan beliau meminta untuk melihat Bapa.

Sesuatu yang perlu diperhatikan ialah, dalam keadaan tertentu, ayat dalam perbualan yang sama tidak boleh mengandungi dua konteks sekaligus. Kita tidak boleh berbicara dalam konteks hakiki namun dalam masa yang sama kita juga berbicara dalam konteks metafora/kiasan. Ia mesti hanya mempunyai satu maksud sahaja, samada dalam maksud hakiki atau maksud metafora.

Oleh kerana ayat pada Yohanes 14:10 berkaitan dengan Yohanes 14:09, maka penafsiran pada Yohanes 14:09 berkait rapat dengan Yohanes 14:10. Adakah sesiapa yang ingin menafikan bahawa Yohanes 14:09 tidak berkaitan dengan Yohanes 14:10? Tentu tidak bukan?

Perhatikan bahawa didalam Yohanes 14:10 bahwa terdapat dua aspek utama yang perlu diperhatikan iaitu :

1 - Tidak percayakah engkau, bahawa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku?
2 - tetapi Bapa, yang diam di dalam Aku, Dialah yang melakukan pekerjaan-Nya.

Penjelasan : Kesemua dari perbualan diatas adalah berkenaan perkara yang bersifat metafora / kiasan dan bukan hakiki.

Buktinya :  Ayat pertama : Ayat “aku didalam Bapa dan Bapa didalam aku” adalah penekanan Yesus selepas baginda mempertikaikan permintaan Filipus untuk menunjukkan Bapa kepadanya. Maka disini, kita harus memahami apa makna ‘didalam’. Untuk mengetahui konteks ayat ini, kita perlu melihat ayat berikutnya didalam Yohanes pada bab yang sama :

Yohanes 14:20 : Pada waktu itulah kamu akan tahu, bahwa Aku di dalam Bapa-Ku dan kamu di dalam Aku dan Aku di dalam kamu.

Ayat pada Yohanes 14:20 inilah yang menjelaskan rahsia maksud 'didalam' yang digunakan Yesus. Ia ibarat menafsirkan keseluruhan perbualan yang berlaku dalam Yohanes bab 14 ini. Ayat ini ibarat 'checkmate' yang meruntuhkan fahaman Triniti. Seperti yang kita tegaskan bahawa, tidak mungkin kita menghimpunkan antara makna realiti dan metafora sekaligus.

Hal yang sama juga boleh kita dapati pada Yohanes 17:21 :

Yohanes 17:21 : supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.

Ayat ‘Bapa didalam Aku dan Aku didalam Bapa’ pada dua ayat ini telah menterjemahkan maksud sebenar perkataan Yesus pada Filipus ketika mempersoalkan permintaan Filipus untuk melihat Bapa. Maka disini kita dapat melihat maksud ‘didalam’ sebenarnya adalah ‘bersama’ dalam satu tujuan dan matlamat. Penafsiran ini juga terpakai pada ayat Yohanes 10:38 di rangkap terakhir yang sedang kita bicarakan ini.

Justeru, berdasarkan kesimpulan ini, ayat “Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa; bermaksud siapa yang telah melihat Yesus, bererti secara tidak lansung ia melihat sendiri bukti kewujudan Bapa, ini kerana Yesus adalah utusan Allah, dan baginda merupakan tanda dan hujahNya yang nyata di atas dunia. Jawapan ini sekaligus menidakkan permintaan Filipus untuk melihat Tuhan Bapa, kerana Yesus itu sendiri adalah bukti jelas kewujudan Tuhan Bapa. Ini diperkuatkan dengan hujah dari Yohanes 5:37, "Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat,"

Juga dinyatakan di Yohanes 1:18 :

Yohanes 1:18 : Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.

Sebagai contoh, ada orang yang tidak percaya dengan kewujudan lagenda Hang Tuah dan menganggapnya sekadar dongeng. Namun apabila ada seseorang di zaman moden ini yang mampu mempamerkan bukti warisan artifak dan manuskrip silsilah keturunannya berdasarkan fakta sejarah, maka dia berjaya membuktikan bahawa dirinya keturunan Hang Tuah. Oleh itu kita katakan bahawa dia adalah cerminan dari kewujudan legenda Hang Tuah. Dengan kata lain, siapa yang melihatnya, bererti telah melihat Hang Tuah.  

Ayat kedua : Didalam ayat kedua, “diam didalam aku” bermaksud ajaran dan firman Allah telah bersebati didalam dirinya. Ia tidak bermaksud Allah berada dalam dirinya. Buktinya, lihat pada ayat yang lain dalam Yohanes di bab yang sama (14:23) : Jawab Yesus: "Jika seorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia.

Disini disebut jelas bahawa Yesus dan Allah akan datang dan mendiami sesiapa yang menuruti firmanNya. Jika ia difahami secara literal, adakah ini bererti Allah akan berada didalam tubuh seseorang? Dan apakah pantas, seseorang yang telah didatangi oleh Yesus dan Tuhan bererti dia telah menjadi Tuhan? 



(*) Nota : Argumen ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang ada didalam Alkitab Perjanjian Lama dan Baru. Adapun yang benar, berdasarkan Al-Quran dan sunnah, penggunaan istilah 'anak Allah' adalah sesuatu yang diada-adakan dan ini banyak dinafikan didalam Alquran. Maha suci Allah dari semua penisbatan tersebut. Lihat surah Al-Ikhlas ayat 3 dan 4, Surah Maryam ayat 35, ayat 88-92 dan banyak lagi. Adapun sanggahan khusus berkenaan ini, InsyaAllah akan saya tulis dalam artikel akan datang. 




Rujukan :

1) Aku dan Bapa adalah satu - Sarapan Pagi Biblika
2) Alkitab Terjemahan Baru