Tuesday, May 26, 2020

'Echad' vs 'Yachid'



ECHAD VS YACHID



Diantara dakwaan para penganut Kristian tentang kewujudan konsep tritunggal dalam Alkitab Perjanjian Lama adalah berdasarkan penggunaan perkataan 'echad', yang diyakini membawa maksud 'kesatuan berbilang peribadi' (tritungal) dalam wujud Tuhan. 

'Echad' adalah perkataan dalam bahasa Ibrani yang membawa maksud 'satu'. Ia mirip seperti perkataan 'ahad' dalam bahasa arab yang juga bermaksud 'satu'. Dalam penggunaannya dalam Perjanjian Lama, ia terkadang membawa maksud tunggal dan terkadang membawa maksud kesatuan dari beberapa unsur. Umpamanya, didalam Deutoronomy 6:4 disebutkan : 

- "Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! (Echad)

דשְׁמַ֖ע יִשְׂרָאֵ֑ל יְהֹוָ֥ה אֱלֹהֵ֖ינוּ יְהֹוָ֥ה | אֶחָֽד:

- She-ma yisrael, adonai eloheinu, adonai echad

Dalam hal ini, para penganut Kristian melihat penggunaan perkataan echad juga digunakan dalam ayat yang lain, namun merujuk kepada maksud kesatuan atau kesepaduan dari beberapa entiti (unified oneness). Contohnya didalam Genesis 2:24 disebutkan, 

Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging (echad). 

Didalam Perjanjian Baru, Yesus juga memetik ayat yang sama didalam Matius 19:4 - 5:

Matius 19:4 - Jawab Yesus: "Tidakkah kamu baca, bahwa Ia yang menciptakan manusia sejak semula menjadikan mereka laki-laki dan perempuan?

Matius 19:5 - Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging (echad).

Contoh lain, 

Numbers 13:23 - Ketika mereka sampai ke lembah Eskol, dipotong merekalah di sana suatu cabang dengan setandan (echad) buah anggurnya, lalu berdualah mereka menggandarnya; juga mereka membawa beberapa buah delima dan buah ara.

Jika dilihat pada terjemahan Inggeris (NKJV), ia berbunyi : 
Then they came to the Valley of Eshcol, and there cut down a branch with one cluster (echad) of grapes; they carried it between two of them on a pole. [They] also [brought] some of the pomegranates and figs.

Atas dasar inilah, mereka percaya bahawa 'echad' membawa maksud berbilangnya objek atau entiti dalam kesatuan (compound unity) - yang akhirnya - membawa kesimpulan konsep tritunggal dalam ayat Deutoronomy 6:4. Namun sejauhmana kebenaran dakwaan ini? 

Sebenarnya, 'echad' dalam bahasa Ibrani mempunyai maksud 'satu' sepertimana ia berfungi dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa inggeris, 'one' boleh digunakan dalam pelbagai maksud, ia boleh jadi satu dalam erti kata ketunggalan sesuatu objek atau entiti ataupun kepelbagaian objek atau entiti. Mari kita lihat penggunaannya didalam Tanakh : 

Deuteronomy 17:6 : Atas keterangan dua atau tiga orang saksi haruslah mati dibunuh orang yang dihukum mati; atas keterangan satu (echad) orang saksi saja janganlah ia dihukum mati.

Contohnya lain dalam Ecclesiastes 4:9–12 disebutkan : 

4:9 - Berdua lebih baik dari pada seorang diri (echad), karena mereka menerima upah yang baik dalam jerih payah mereka.

4:10 - Karena kalau mereka jatuh, yang seorang (echad) mengangkat temannya, tetapi wai orang yang jatuh, yang tidak mempunyai orang lain untuk mengangkatnya!

4:11 - Juga kalau orang tidur berdua, mereka menjadi panas, tetapi bagaimana seorang (echad) saja dapat menjadi panas?

4:12 - Dan bilamana seorang (echad) dapat dialahkan, dua orang akan dapat bertahan. Tali tiga lembar tak mudah diputuskan.

Kita dapat lihat bahawa 'echad' juga digunakan untuk merujuk kepada ketunggalan sesuatu objek atau entiti. Dalam hal ni, kalaulah saya hendak membandingkan ia dengan bahasa melayu, saya boleh katakan 'echad' umpama perkataan 'satu' dalam bahasa melayu. Maka dalam hal ini boleh saja saya menyebut "Disana ada satu (echad) kumpulan nasyid yang terdiri dari 4 anggota" atau "Saya akan berikan awak satu (echad) tandan pisang petang nanti". Hal ini tidak bererti 'satu' sentiasa membawa maksud kepelbagaian dalam kesatuan (unified oneness), kerana saya juga boleh menggunakannya dalam sebutan lain umpamanya, "disana hanya ada satu (echad) buah kereta sahaja yang akan bertolak" atau "tolong berikan saya satu (echad) botol racun serangga!". Maka kesimpulannya ialah, apa yang akan menentukan maksudnya ialah konteks ayat.

Maka dakwaan 'echad' membawa makna kesatuan dari pelbagai unsur semata adalah dakwaan yang tidak berasas.   


Yachid 

Namun di sana terdapat juga para missionaris Kristian yang setuju bahawa perkataan 'echad' tidak sentiasa membawa maksud kesatuan yang mempunyai kepelbagaian unsur malah mereka menyedari 'echad' juga terkadang mempunyai maksud ketunggalan dalam aspek numerik, namun argumen mereka disini ialah bahawa 'yachid' yang sentiasa membawa maksud tunggal dari aspek numerik tidak pernah digunakan dalam merujuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Menurut mereka, perkataan 'yachid' yang bermaksud 'hanya' atau 'sendirian'- yakni sentiasa membawa maksud ketunggalan mutlak dari aspek numerik (absolute solitary oneness) dan tidak pernah digunakan dalam apa jua bentuk kepelbagaian dalam bentuk kesatuan unsur (compound unity) sepertimana penggunaan 'echad' yang terkadang merujuk ketunggalan yang mutlak dan terkadang merujuk kepelbagaian unsur dalam satu kesatuan. Mereka mendakwa, perkataan 'yachid' tidak pernah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Perjanjian Lama, maka sudah tentu ia menimbulkan misteri yang besar dalam perihal ketuhanan. 

Maka dalam hal ini, mereka menganggap tindakan sebahagian orang yahudi terkemudian yang menggunakan istilah 'yachid' untuk menggantikan perkataan 'echad' dalam membicarakan masalah teologi sebagai tindakan yang tidak alkitabiah (unbiblical). Umpamanya, pendita Yahudi dan ahli falsafah terkenal abad ke-12, Rabbi Moshe Ben Maimon atau biasa digelar dengan Maimonides, telah menggunakan istilah 'yachid' bagi menggantikan perkataan 'echad' dalam 13 prinsip iman Yahudi yang dikarangnya. Sekalipun beliau menggunakan perkataan 'echad' ketika menyebut ayat Deuteronomy 6:4, namun dalam rukun kedua dari 13 prinsip imannya, beliau menggunakan perkataan 'yachid'. 

Rukun ke-2 : “Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa Tuhan itu Esa (yachid). Tidak ada kesatuan apapun yang sepertiNya. Dia sendirilah Tuhan kita, Dia yang telah ada, yang ada, dan yang akan datang”.

Hal ini juga berlaku dalam buku doa orang yahudi yang moden, dimana perkataan 'yachid' digunakan untuk menggantikan perkataan 'echad'. Namun, benarkah ia tidak alkitabiah? 

Sebenarnya, permasalahannya sangat sederhana. Mengikut kaedah bahasa Ibrani, kedua-dua terma boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan. Apabila Rabbi Moshe Ben Maimon menggunakan istilah 'yachid', beliau tidak menafikan makna 'echad' atau sebarang percubaan untuk menafikan 'tuhan berbilang peribadi' seperti yang difahami oleh penganut kristian. Namun penggunaan 'yachid' digunakan dalam konteksnya yang tersendiri. 

Sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya, 'yachid' bermaksud 'hanya' (only) atau sendirian (alone). Maka dalam hal ini, istilah 'yachid' asalnya untuk merujuk kepada keadaan Tuhan ketika sebelum penciptaan alam maya dan segala makhluknya. Nyatalah pada waktu itu Dia bersendirian dalam wujudNya (yachid). Namun ketika alam telah diciptakan, dan sebahagian manusia menyamakan sebahagian dari makhluk-makhluk ciptaan ini sebagai tuhan, maka ketika inilah perkataan 'echad' digunapakai. Dalam hal ini, penciptaan  tidak menyebabkan perubahan kepada Tuhan. Dia tetap sama sebelum atau selepas penciptaan. Perkataan 'yachid' menjelaskan kedudukan Tuhan  yang tiada kaitan dengan sebarang objek ciptaanNya. 

Atas sebab inilah, perkataan 'yachid' tidak digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Taurat. Hal ini kerana pada seawal permulaan Taurat sahaja, ayat pertama dimulai dengan penciptaan alam semesta. 

Genesis 1:1 - "Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi."

Jadi dimanakah ruang untuk perkataan 'yachid' digunapakai! 

Maka apabila Rabbi Moshe Ben Maimon menggunakan istilah 'yachid', beliau sebenarnya menekankan keadaan Tuhan sepertimana Dia sebelum penciptaan alam semesta. Hal ini tergambar dalam Malachi 3:6 - "Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah,"

Tambahan pula, telah jelas bagi kita dalam beberapa contoh diatas bahawa perkataan 'echad' juga membawa makna tunggal/singular. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut maksud 'echad' - boleh rujuk disini

Jika benar mereka mahu meneroka maksud sebenar 'echad' dalam Deutoronomy 6:4 sepertimana yang dipetik oleh Yesus dalam Markus 12:29, maka mengapa mereka tidak memberi perhatian kepada ayat Markus 32 dan 34 kerana jawapannya jelas ada disitu, tidak perlu bersilat dengan perkataan 'yachid' atau 'echad'. 

Markus 12:29 - Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa (echad).

Markus 12:32 - Lalu kata ahli Taurat itu kepada Yesus: "Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu, bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia.

Markus 12:34 - Yesus melihat, bagaimana bijaksananya jawab orang itu, dan Ia berkata kepadanya: "Engkau tidak jauh dari Kerajaan Allah!" Dan seorangpun tidak berani lagi menanyakan sesuatu kepada Yesus.

Apakah dengan ayat ini, anda perlu lagi mencari-cari makna 'echad'?? Fikirkanlah wahai trinitarian!


Rujukan : 

1 - Trinity: Oneness in unity not in number: Yachid vs. Echad - Bible.ca 
2 - God as One vs. The Trinity - Jewsforjudaism.org
3 - Rabbi Tovia Singer Destroys Church Claim that 'Echad' and 'Elohim' Prove the Doctrine of the Trinity - EFDawah Youtube
4 - Yachid vs echad - Judaism.stackexchange.com

Sunday, May 10, 2020

Siapakah 'Kita' yang dimaksudkan dalam Genesis 1:26?



SIAPAKAH 'KITA' YANG DIMAKSUDKAN DALAM GENESIS 1:26



Latar ayat

Di dalam Alkitab (Bible), ayat Genesis 1:26 adalah diantara ayat yang kerap dijadikan hujah bagi golongan Kristian untuk menunjukkan bahawa ini adalah bukti konsep tritunggal telah wujud di dalam teks Perjanjian Lama. 

Genesis 1:26: Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."

Menurut Alkitab Perjanjian Lama (Tanakh), Genesis 1:26 adalah berkenaan kisah penciptaan manusia pada bab awal Kitab Taurat. Selepas Allah menjadikan pelbagai ciptaan alam, maka pada hari keenam Allah berkenaan untuk menciptakan manusia. Untuk itulah, Allah berfirman "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."

Selain daripada ayat Genesis 1:26, terdapat beberapa ayat lagi yang menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan Genesis 1:26, iaitu Genesis 3:22 dan Genesis 11:7. 

Genesis 3:22 : Berfirmanlah TUHAN Allah: "Sesungguhnya manusia itu telah menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya."

Genesis 11:7 : Baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing."

Genesis 3:22 adalah lanjutan tentang peristiwa Hawa yang telah memakan buah larangan. Selepas kejadian itu, Allah telah menjadikan permusuhan antara keturunan manusia dan iblis. Kemudian Allah menjadikan tabie manusia dalam menjalani kehidupan, wanita akan menanggung kesakitan mengandung, berkuasanya lelaki atas wanita, susah payah manusia dalam mencari rezeki untuk kehidupan sehinggalah akhirnya manusia kembali kepada tanah. Atas tabie inilah, Allah berfirman, Berfirmanlah TUHAN Allah: "Sesungguhnya manusia itu telah menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya."

Genesis 11:7 pula adalah berkenaan kisah yang berlaku di tanah Sinear, yang melibatkan suatu kaum keturunan Sem, yakni anak dari Nabi Nuh a.s. Mereka bercita-cita mendirikan suatu kota disitu yang menaranya sampai ke puncak langit, dengan harapan untuk mencari nama dan agar mereka tidak berselerak ke seluruh bumi. Namun Allah turun dari langit dan mengacau bilaukan bahasa mereka sehingga mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain, sehingga akhirnya mereka berselerakan ke seluruh bumi. Disebabkan peristiwa itulah, kota itu disebut nama dengan nama kota Babel, kerana di situlah Tuhan mengacaubalaukan bahasa seluruh bumi dan dari situlah mereka diserakkan Allah ke seluruh bumi.


Apakah penafsiran-penafsiran yang wujud untuk Genesis 1:26 ini? 

Adalah suatu yang agak menarik apabila masing-masing pihak mempunyai tafsiran tersendiri terhadap ketiga-tiga ayat diatas berdasarkan teologi yang dipegang oleh mereka. Untuk itu, penulis akan menganalisa satu persatu semua pendapat yang ada. 

Sayugia diingatkan kepada para pembaca semua bahawa apa yang penulis tampilkan disini adalah sekadar tafsiran dari pihak autoriti agama dan aliran teologi masing-masing. Apabila penulis menganalisa, maka penulis sekadar menampilkan fakta dan penulis lansung tidak mempunyai kecenderungan untuk membenarkan mana-mana tafsiran pun. Adapun hujahan dan bantahan yang penulis utarakan, hanya sekadar penilaian ke atas teks dan tidak lebih dari itu. Hal ini kerana bagi penulis kebenaran hanya ada pada Alquran dan sunnah, adapun hal-hal ghaibiyat yang terdapat dalam kitab-kitab agama samawi terdahulu kita tidak tahu yang mana satukah masih yang asli atau tidak, maka sikap kita sebagai muslim ialah tawaqquf (berhenti dan berdiam diri) - yakni tidak membenarkan mahupun menafikan. Namun prinsip kita yang utama ialah apa-apa yang selari dengan Alquran dan sunnah kita benarkan dan mana-mana yang bertentangan dengan Alquran dan sunnah kita nafikan. 

Berbalik kepada persoalan tadi, bagi para kristian trinitarian, berdasarkan dari penggunaan istilah kata ganti diri 'Kita' inilah, maka ia merupakan suatu indikasi yang jelas tentang keyakinan tritunggal mereka. Alasannya, jika Tuhan melakukannya bersendirian, sudah pasti kata ganti diri 'Aku'akan digunapakai. Ayat seterusnya pula kononnya mengisyaratkan akan kesatuan tritunggal kerana Allah berbicara dalam frasa tunggal. 

Genesis 1:27: Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

Bagi mereka, kejamakan Allah diungkapkan melalui kata ganti “Kita” dan ungkapan “gambar dan rupa Kita” (Genesis 1:26). Ketunggalan-Nya pula dinyatakan melalui “gambar-Nya” maupun “gambar Allah” (Genesis 1:27). Frasa “berfirmanlah Allah” di awal ayat 26 juga berbentuk tunggal, begitu juga kata kerja 'bara' (menciptakan) turut bersifat tunggal. 

Walaubagaimanapun, Penganut Yahudi mempunyai penafsiran yang berbeza terhadap ayat Genesis 1:26. Tradisi Rabbinik percaya Allah berfirman kepada malaikat disekelilingNya, atau apa yang boleh disifatkan sebagai penghuni Syurgawi, atau Sidang Ilahi. Parafrasa Targum Yonatan menulis, "Dan Allah berkata kepada malaikat malaikat yang melayani yang sudah diciptakan-Nya pada hari kedua dari penciptaan alam semesta, 'Mari Kita jadikan manusia'".

Menurut tradisi rabbinik, saat Nabi Musa alaihissalam menulis kitab Taurat dan tiba pada ayat ini "Baiklah Kita menjadikan manusia..." yang dalam bentuk jamak serta menyiratkan adanya kejamakan dalam peribadi Allah, Nabi Musa berkata, "Wahai Raja Semesta Alam! Mengapa Engkau memberikan ayat yang menyiratkan adanya kejamakan Allah?" Allah menyahut, "Tulislah! Siapa saja yang ingin sesat, biarlah ia sesat. Sesungguhnya, hendaklah mereka mempelajari dari Pencipta-Nya yang menciptakan segala sesuatu, bahwa tatkala Dia akan menjadikan manusia, Dia pun mengadakan musyawarah dengan para malaikat-Nya."

Penjelasan ini pula saya petik dari Rabbi Rashi, dikutip dari Chabad.org (berdasarkan link dari Sarapan Pagi Biblika) : 

Frasa "Marilah kita menjadikan manusia": - Walaupun mereka [para malaikat] tidak menolong-Nya dalam penciptaan-Nya, dan ada ruang bagi para bidaah untuk menimbulkan kerancuan (untuk salah menafsirkan jamak sebagai dasar bidah mereka), Kitab Suci tidak ragu-ragu untuk mengajar dengan tepat tingkah laku dan sifat kerendahan hati, bahawa orang yang hebat harus berunding dan mendapat izin dari yang lebih kecil. Seandainya tertulis: "Aku akan menjadikan manusia," kita tidak akan mengetahui bahawa Dia berbicara dengan pengadilan-Nya, sebaliknya kepada-diriNya semata. Dan sanggahan terhadap bidaah ditulis di sampingnya [i. e., dalam ayat berikut:] "Dan Tuhan menciptakan (וַיִּבְרָא - VAYIV'RA)," dan itu tidak mengatakan, "dan mereka menciptakan וַיִּבְרְאוּ - VAYIV'RU." - [dari Jeneral Rabbah 8: 9].


Pendapat dari cendekiawan dan intelektual Kristian

Sebilangan besar ahli teologi trinitarian telah lama menolak anggapan bahawa Genesis 1:26 menyiratkan sejumlah entiti dalam ketuhanan. Sebaliknya, para sarjana Kristian sangat setuju bahawa kata ganti jamak dalam ayat ini adalah rujukan kepada malaikat-malaikat pelayan Tuhan yang diciptakan sebelumnya, dimana Yang Mahakuasa berbicara dalam bentuk jamak kemegahan (plural majestic), berunding dengan pengadilan syurgawi-Nya, sepertimana pandangan Yahudi Rabbinik. Untuk itu, mari kita lihat pandangan sebilangan sarjana Alkitab trinitarian terkemuka mengenai perkara ini.
Sebagai contoh, pengarang Kristian evangelis Gordon J. Wenham, yang tidak pun memusuhi akidah tritunggal dan mengarang ulasan sebanyak dua jilid mengenai Kitab Genesis, memberi komentar pada ayat ini dengan berkata,

"Orang-orang Kristian secara tradisional melihat [Genesis 1:26] sebagai mengadaptasi [mencerminkan] tritunggal. Namun sekarang diakui secara universal bahawa ini bukan maksud jamak/kepelbagaian entiti menurut pengarang asalnya". (Gordon J. Wenham, Word Biblical Commentary on Genesis, Word Books, 1987, p. 27.)

New International Version (NIV) adalah sebuah kitab revisi Bible yang tidak mesra kepada doktrin agama Yahudi. Namun, NIV Study Bible juga menegaskan dalam ulasannya tentang Genesis 1:26,

"Kami (Us) ... Kami (Our)... Kami (Our). Tuhan berfirman sebagai Raja Pencipta, memaklumkan pekerjaan diraja-Nya (crowning work) kepada para anggota istana syurgawi-Nya (lihat 3:22; 11: 7; Isaiah 6: 8; I Raja-raja 22: 19-23; Ayub 15: 8; Yeremia 23: 18) .(NIV Study Bible, Grand Rapids: Zondervan, 1985, p. 7.) 

Charles Caldwell Ryrie, seorang profesor Dispensationalist of Biblical Studies di Philadelphia College of Bible dan pengarang tafsir Bible yang banyak dibaca, The Ryrie Study Bible, menulis dalam penjelasan pendek dan tepat mengenai Kejadian 1:26,

"Kami (Us)... Kami (Our). Kata majmuk".(Charles Caldwell Ryrie, The Ryrie Study Bible (Dallas Theological Seminary), Chicago: Moody Press, 1978, p. 9.)

The Liberty Annotated Study Bible, ulasan Alkitab yang diterbitkan oleh Pendeta Jerry Falwell's Liberty University yang fundamentalis, juga menyatakan ayat ini,

"Kata ganti jamak 'Kami' (Us) kemungkinan besar jamak majmuk dari sudut tatabahasa Ibrani dan sintaksis." (Jerry Falwell (Executive Editor), Liberty Annotated Study Bible, Lynchburg: Liberty University, 1988, p. 8.)

Komen 10 jilid yang lengkap oleh Keil dan Delitzsch dianggap oleh banyak orang sebagai eksposisi paling berpengaruh pada "Perjanjian Lama" di kalangan evangelis. Namun dalam ulasan Keil dan Delitzsch mengenai Kejadian 1:26, kita dapati,

"Kata jamak 'Kami' dianggap oleh para bapa dan para teolog terdahulu hampir sebulat suara sebagai petunjuk tentang Tritiniti; pengulas moden, sebaliknya, menganggapnya sebagai pluralis majestis… Oleh itu, tidak ada penjelasan lain yang tersisa, daripada menganggapnya sebagai pluralis majestis… (Keil & Delitzsch, Commentary on the Old Testament, Peabody: Hendric., 1989, Vol. I, p. 62.)

Oleh sebab itulah, dilaman Sarapan Pagi Biblika, yang walaupun merupakan antara laman yang penulis senaraikan sebagai musuh 'favorit' dalam isu-isu kristianiti, namun dalam hal ini mereka jujur menyatakan pendirian mereka selari dengan tokoh-tokoh cendekiawan trinitarian diatas. Berikut adalah pernyataan mereka selepas dibentangkan secara terperinci pendalilan ayat Genesis 1:26, rujukan lengkap boleh dibaca disini : Kata "Kita" dalam Kejadian 1:26, Apakah merujuk pada Ketritunggalan?

Bagaimana dengan doktrin TRINITAS? :

"Telah kita pelajari dengan jelas, kita sama-sama telah meneliti pemakaian kata "Kita" oleh Allah di dalam Perjanjian Lama, berarti Allah berkata kepada malaikat yang ada di sekitarnya, bahwa para malaikat itu terlibat di dalamnya dalam suatu SIDANG ILAHI. Saat Dia berfirman kepada manusia, Allah tidak pernah menggunakan kata dalam bentuk plural yang menyiratkan "Kita/ Kami".

Maka, dengan kajian ayat secara tekstual dan juga adanya referensi-referensi yang dikutip diatas, saya pribadi, memilih pada penafsiran kata "Kita" yang tidak merujuk kepada "TRINITAS", bukan berarti penafsiran ini menentang pada doktrin Trinitas. Kejadian 1:26 secara tekstual tidak mengarah kepada "dalil Trinitas".

Bagi kalangan Trinitarian, kita tak perlu khawatir dengan penjabaran Kejadian 1:26 yang memang tidak mengarah kepada "Trinitas", dan tidak usah menganggap kajian tersebut "kontra Trinitas", bagaimanapun Allah kita adalah ALLAH yang SANGAT MAHA DALAM KEPRIBADIANNYA dan SANGAT PRIBADI DALAM KEMAHAANNYA.

Hakekat Allah itu diluar pemikiran manusia, kita hanya bisa menjabarkannya sebatas kapasitas tempurung otak kita. Allah itu ber-otoritas, Ketika Allah memutuskan Ia menjelma ke bumi sebagai manusia, bukan berarti ada bagian dari diriNya yang berkurang atau bahkan hilang."


Bantahan dari penganut trinitarian 

Meskipun demikian penjelasan diatas tentu saja mendapat bantahan. Mereka beralasan, Jika “Kita” bererti Allah dan para malaikat, maka “menurut gambar dan rupa Kita” juga bererti “menurut gambar dan rupa Allah beserta para malaikat”. Persoalannya, di ayat 27 hanya disebutkan “menurut gambar-Nya (tunggal)” atau “menurut gambar Allah” - diciptakanNya manusia". Tidak ada malaikat di sana. Di samping itu mereka berhujah, Alkitab tidak pernah mengajarkan bahwa para malaikat terlibat dalam penciptaan. Mereka hanyalah penonton yang bersukacita melihat karya ciptaan Allah. Hal ini sudah tentulah membuktikan Allah berbicara kepada peribadi lain dalam tritunggal. 

Namun pendapat ini penulis, ini suatu argumen yang dapat dipertikai kerana berdasarkan teks, jika Allah berbicara kepada peribadi yang ada dalam tritunggal, sudah tentu ianya melibatkan tiga oknum - iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jika ayat "rupa dan gambar Kita" melibatkan tiga oknum, persoalannya, apakah rupa roh kudus itu juga adalah seperti manusia? Setakat pengkajian yang penulis lakukan, belum pernah dalam mana-mana manuskrip Alkitab dinyatakan bahawa roh kudus itu menjelma menjadi manusia atau mempunyai bentuk seperti manusia. Oleh itu pada pandangan penulis, ia suatu argumen yang lemah. 

Dakwaan bahawa konsep tritunggal tersirat didalam ungkapan kata ganti “Kita” dan ungkapan “gambar dan rupa Kita” (Genesis 1:26), manakala ketunggalan-Nya pula dinyatakan melalui “gambar-Nya” maupun “gambar Allah” (Genesis 1:27) juga adalah suatu yang boleh dipersoalkan, kerana jika diandaikan bahawa konsep kejamakan Allah diungkapkan melalui kata ganti “Kita” dan ungkapan “gambar dan rupa Kita” (Genesis 1:26), manakala ketunggalan-Nya pula dinyatakan melalui “gambar-Nya” maupun “gambar Allah” (Genesis 1:27), maka apakah mereka menganut faham modalisme yang dihukum sesat oleh bapa awal gereja? (Saya pernah menulis tentang faham modalisme monarkianisme : Klik sini). Bukankah mereka sendiri menolak bahawa Allah itu satu peribadi yang muncul dalam tiga rupa bentuk? Jika ayat ini mengisyaratkan tritunggal, kata kerja 'mencipta' sepatutnya dalam bentuk plural, dan bukannya singular. Maka nyata hujah ini juga tertolak.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa perbualan dalam Genesis 1:26 melibatkan Allah Bapa dan PuteraNya (Yesus). Ini banyak didapati menerusi kenyataan Bapa-bapa gereja sebelum abad ke-4 seperti yang saya petik dilaman Katolisitas.org :  

St. Barnabas (74):

“Sebab Kitab Suci berbicara tentang kita, ketika Ia [Allah] berkata kepada Putera-Nya, “Baiklah kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita” (Lih. St. Barnabas, Epistle of Barnabas, Ch. VI). Di abad ke-1 ini, St. Barnabas telah mengajarkan bahwa kita manusia, diciptakan menurut gambar dan rupa Allah; sebagaimana yang dikatakan oleh Allah kepada Putera-Nya.

Origen (w 254):

“Adalah kepada Dia [Kristus] Allah berkata mengenai penciptaan manusia, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita.” (Origen, Against Celsus, Book V, Ch. XXXVII)

Novatian (w 258):

“Sebab siapa yang tidak mengenali bahwa Pribadi Sang Putera adalah Pribadi yang kedua setelah Bapa, ketika ia membaca apa yang dikatakan oleh Bapa kepada Sang Putera, “Baiklah Kita membuat manusia menurut gambar dan rupa Kita;” dan setelah ini, maka hubungannya adalah, “Dan Allah menciptakan manusia, dan Allah menciptakannya menurut gambar-Nya?” (Novatian, A Treatise Concerning the Trinity, Ch XXVI.)

Namun pada pandangan penulis hal ini juga tidak masuk akal - atas alasan yang sama dengan sebelumnya - kerana perkataan 'mencipta' yang dinyatakan adalah berbentuk tunggal, bukankah mereka mendakwa Yesus juga mencipta alam semesta (Klik sini )? Jika begitu, sepatutnya kata kerja adalah plural, dan bukan tunggal. 

Jika kita memerhati dengan teliti, kata Elohim, iaitu kata benda plural/ jamak yang mengacu kepada sebutan Allah, dituliskan sebanyak sekitar 2500 kali, yang diikuti dengan kata kerja maupun kata sifat yang sifatnya singular/ tunggal. Adapun ayat-ayat yang menyatakan Yesus terlibat dalam karya penciptaan alam, hanyalah ada pada Perjanjian Baru karangan Paulus dan Yohanes. Jika tulisan Yohanes dan Paulus di inspirasikan dari wahyu, sepatutnya dakwaan Paulus san Yohanes mestilah selaras dengan Perjanjian Lama. 


Kesimpulan 

Disini penulis sekali lagi menegaskan prinsip dan sikap penulis dalam masalah ini, bahawa tolak ukur kebenaran hanyalah Alquran dan As-sunnah. Dan apa-apa yang tidak dinyatakan oleh Alquran dan sunnah kita diamkan dan apa yang dinafikan atau disahihkan oleh Alquran maka kita nyatakan. Maka dalam hal ini, apakah Allah ketika mencipta Nabi Adam alaihis salam berbicara dengan malaikat dalam dialog sedemikian rupa, adalah suatu hal tidak dinyatakan oleh Alquran dan Sunnah, maka sikap kita dalam hal ini ialah mendahulukan petunjuk yang jelas dalam Al-Quran dan Hadits. 

Didalam Al-Quran ada dinyatakan penciptaan Adam Alaihis salam, Allah berfirman : 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surat Al Baqarah: 30)

Didalam ayat yang lain, Allah berfirman : "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Surah al-Hijr, ayat 28)

Sekalipun kita tidak dapat menyelaraskan antara dua peristiwa ini kerana ia datang dalam dialog yang berbeza, namun keesaan Allah yang kita imani dinyatakan jelas dalam Alquran dan Sunnah. Maka dalam hal ini, kita mungkin tidak dapat mentaqrir kesahihan ayat Genesis 1:26 dalam perihal penciptaan, namun kita masih dapat bersetuju dengan kesimpulan akhir dari pembahasan ini bahawa, Allah itu Esa adanya dan Dia tidak memerlukan sebarang sekutu dalam urusan penciptaanNya.  


Rujukan ; 

1 - Apakah Konsep Tritunggal Disiratkan Dalam Kejadian 1:26-27? - Reformed Exodus Community - rec.or.id
2 - Did Someone Find the Doctrine of the Trinity In the First Chapter of the Bible? To Whom Was God Speaking When He Said, “Let Us Make Man in Our Image?
3 - Mengapa Musa menggunakan kata “Kita” (Kej 1:26) - Katolisitas.org
4 - Kata "Kita" dalam Kejadian 1:26, Apakah merujuk pada Ketritunggalan? - SarapanPagi.org

Thursday, April 30, 2020

Benarkah perkataan 'Elohim' mengisyaratkan wujudnya berbilang Tuhan?



BENARKAH PERKATAAN 'ELOHIM' MENGISYARATKAN WUJUDNYA BERBILANG TUHAN?





בְּרֵאשִׁ֖ית בָּרָ֣א אֱלֹהִ֑ים אֵ֥ת הַשָּׁמַ֖יִם וְאֵ֥ת הָאָֽרֶץ

"Pada mulanya Allah (Elohim) menciptakan langit dan bumi." (Genesis 1:1)


Elohim adalah kata jamak dari Eloah, salah satu perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada Tuhan bangsa Israel dalam Perjanjian Lama (Tanakh). Kata Elohim berasal daripada perkataan 'El' - dimana kata akarnya mempunyai maksud 'perkasa, kekuatan dan kuasa'. Sebutan tunggalnya adalah Eloah. 

'El' juga adalah kata umum untuk tuhan, yang kadang-kadang juga digunakan untuk merujuk kepada tuhan-tuhan palsu. Namun apabila ia digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang sebenar, ia disandingkan dengan kata tambahan yang akan memberi penekanan makna yang tertentu, umpamanya - El-Echad (Tuhan yang satu), El-Elyon (Yang Maha Tinggi), El-Olam (Yang Maha Kekal), El-Tsaddik (Yang Maha Adil), El-Gibbor (Yang Maha Perkasa), El-Shaddai (Yang Maha Mencukupi) dan sebagainya lagi. Penambahan kata 'im' (El-lo-him) menjadikan ia berbentuk jamak (plural). Kata 'El' muncul lebih dari 200 kali didalam Kitab Tanakh dan 'Elohim' lebih dari 2500 kali.

Ini bermakna, Elohim jika diterjemahkan secara literal kedalam bahasa inggeris - ia akan menjadi (gods) - manakala Eloah dengan (god).

Persoalan yang timbul, mengapakah perkataan ini bersifat jamak (plural)? Bukankah orang Yahudi percaya kepada satu Tuhan yang Esa dan menolak kepada kepercayaan politeisme (berbilang Tuhan)?

Atas konotasi pluraliti inilah, maka sebahagian penganut kristian mendakwa ini adalah bukti  bahawa wujudnya berbilang peribadi dalam esensi tuhan - atau dikenali oleh mereka dengan tritunggal - di dalam Perjanjian Lama. Dalam laman Gotquestions.org dinyatakan :

"Untuk ayat-ayat dari Perjanjian Lama, pemahaman atas bahasa Ibrani sangatlah menolong. Dalam Kejadian 1:1, kata “Elohim” merupakan bentuk jamak. Dalam Kejadian 1:26; 3:22; 11:7 dan Yesaya 6:8, kata jamak “kita” yang digunakan.

Dalam bahasa Inggris hanya ada dua bentuk kata, tunggal dan jamak. Dalam bahasa Ibrani ada tiga macam bentuk kata: tunggal, dual dan jamak. Dalam bahasa Ibrani, bentuk dual digunakan untuk hal-hal yang berpasangan, seperti mata, telinga dan tangan.

Kata “Elohim” dan kata ganti “kita” dalam bentuk jamak- yang jelas berarti lebih dari dua – dan merujuk pada tiga atau lebih dari tiga (Bapa, Putera, dan Roh Kudus)".


Benarkah 'Elohim' bermakna wujudnya berbilang Tuhan? 

Sebelum kita menentukan maksud sesuatu perkataan, kita mestilah melihat terlebih dahulu kaedah penggunaannya di dalam bahasa yang dimaksudkan. Untuk itu, kita harus melihat bagaimana sesuatu perkataan itu digunapakai didalam manuskrip asal supaya ia dapat memberi gambaran jelas kepada kita maksud sesuatu perkataan dengan tepat.

Jika perkataan 'Elohim' sentiasa membawa maksud plural / jamak sepertimana dakwaan para misionaris, bagaimana mereka mahu menjelaskan situasi ayat di bawah :

וַיֹּ֤אמֶר יְהֹוָה֙ אֶל־משֶׁ֔ה רְאֵ֛ה נְתַתִּ֥יךָ אֱלֹהִ֖ים לְפַרְעֹ֑ה וְאַֽהֲרֹ֥ן אָחִ֖יךָ יִֽהְיֶ֥ה נְבִיאֶֽךָ

Exodus 7:1 : Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Lihat, Aku mengangkat engkau sebagai allah (Elohim) bagi Firaun, dan Harun, abangmu, akan menjadi nabimu.

Ayat ini adalah berkenaan perintah Allah kepada Nabi Musa alaihis salam untuk berhadapan dengan firaun. Adakah para missionaris kristian akan mengatakan bahawa wujudnya berbilang peribadi dalam diri Nabi Musa alaihissalam? Ataukah Nabi Musa alaihissalam adalah satu dari tiga peribadi tritunggal? 

Sebenarnya bukanlah satu rahsia lagi dalam dunia kesarjanaan kristian, bahawa elohim mempunyai banyak maksud bergantung kepada penggunaannya. Hanya saja, para pendakyah kristian yang tidak jujur akan menerangkan maksud elohim dalam pengertian yang condong kepada doktrin tritunggal mereka. 

Bagi yang menekuni bidang kristologi akan mendapati bahawa elohim bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang haq dan ilah yang palsu tetapi juga merujuk kepada nabi, malaikat, para raja, hakim-hakim dan juga messiah. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang menzahirkan kekuasaan dan kehebatan, maka ia disebut elohim. Namun dalam pemahaman linguistik bangsa Israel, hal ini bukanlah merujuk kepada Tuhan yang haq dan esa, yang menjadi Tuhan bangsa Israel zaman berzaman. 

Sekalipun penggunaan elohim untuk merujuk kepada entiti-entiti lain terdapat didalam bentuk jamak, (umpamanya para hakim seperti yang terdapat dalam Psalms 82:6), namun ada beberapa contoh penggunaan perkataan elohim bagi merujuk kepada entiti tertentu tetapi dalam bentuk tunggal - umpamanya sejenis makhluk yang bergumul dengan Yakub dalam Genesis 32:28, penampakan malaikat dalam Judges 13:22 dan pernyataan seorang wanita kepada Raja Saul ketika penampakan Nabi Samuel.

Apa yang unik dalam bahasa Ibrani ialah apabila perkataan elohim digunakan untuk merujuk kepada ilah-ilah palsu dikalangan manusia, ia terkadang bersifat jamak (plural) dan terkadang bersifat tunggal, namun sebaliknya apabila ia digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang haq, ia bersifat tunggal. 

Oleh sebab itulah, dalam ayat 1 Genesis yang penulis bentangkan diatas, perkataan 'bara' בָּרָה(yakni mencipta) adalah kata kerja bersifat tunggal, sekalipun perkataan elohim seakan memberi pengertian jamak / plural. 

Penambahan kata akhiran 'im' dalam bahasa ibrani tidak semestinya melambangkan maksud plural. Sebagai contoh, perkataan חַיִים (chay-im) yang bermaksud 'kehidupan'. Perhatikan bahawa perkataan ini juga mempunyai akhiran jamak 'im' : 

Genesis 27:46: Kemudian Ribka berkata kepada Ishak: "Aku telah jemu hidup karena perempuan-perempuan Het itu; jikalau Yakub juga mengambil seorang isteri dari antara perempuan negeri ini, semacam perempuan Het itu, apa gunanya aku hidup (chay-im) lagi?"

Job 10:12 : Hidup (cha-yim) dan kasih setia Kau karuniakan kepadaku, dan pemeliharaan-Mu menjaga nyawaku.

Hakikat bahawa 'Elohim' tidak sentiasa membawa maksud plural adalah sesuatu yang diakui secara meluas oleh para ahli teolog kristian, sebagai contoh, New International Version Study Bible (NIV), ketika memberi komentar kepada ayat 1 dalam Genesis berkata : 

"Tuhan menciptakan. Kata nama Ibrani Elohim adalah jamak tetapi kata kerja itu bersifat tunggal, suatu penggunaan biasa dalam Perjanjian Lama ketika merujuk kepada Tuhan yang benar. Penggunaan jamak ini menunjukkan intensifikasi daripada bilangan dan telah disebut jamak keagungan, atau potensi.

(New International Version Study Bible, Grand Rapids: Zondervan, 1985, hlm. 6.)

Satu lagi perkara yang perlu juga diperhatikan, Eloah (tunggal / singular) juga digunakan untuk merujuk kepada Allah yang esa. Perhatikan bagaimana elohim dan eloah boleh bertukar-tukar penggunaannya didalam Isaiah 44 hanya dalam selang beberapa ayat sahaja : 

אֲנִ֚י רִאשׁוֹן֙ וַֽאֲנִ֣י אַֽחֲר֔וֹן וּמִבַּלְעָדַ֖י אֵ֥ין אֱלֹהִֽים:

Isaiah 44:6 :  "Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah (Elohim) selain dari pada-Ku.

Namun dalam ayat seterusnya (ayat 8) pula perkataan 'Eloah' diguna pakai :

אַל־תִּפְחֲדוּ֙ וְאַל־תִּרְה֔וּ הֲלֹ֥א מֵאָ֛ז הִשְׁמַעְתִּ֥יךָ וְהִגַּ֖דְתִּי וְאַתֶּ֣ם עֵדָ֑י הֲיֵ֚שׁ אֱל֙וֹהַּ֙ מִבַּלְעָדַ֔י וְאֵ֥ין צ֖וּר בַּל־יָדָֽעְתִּי:

Isaiah 44:8 : Janganlah gentar dan janganlah takut, sebab memang dari dahulu telah Kukabarkan dan Kuberitahukan hal itu kepadamu. Kamulah saksi-saksi-Ku! Adakah Allah (Eloah) selain dari pada-Ku?

Berdasarkan ayat ini, apakah para missionaris akan mengatakan Allah telah berubah dari tritunggal menjadi tunggal?


Maksud sebenar Elohim dalam penggunaannya kepada Allah yang haq

Setelah kita meneroka maksud sebenar perkataan Elohim dan bagaimana penggunaannya didalam Alkitab Perjanjian Lama, adalah penting untuk kita meneroka seterusnya mengapa Kitab Taurat menggunakan plural intensif ini kepada nama Tuhan yang sebenar? Mengapa nama ini begitu dominan dalam naratif penciptaan pada permulaan bab Genesis? 

Sebenarnya, terdapat prinsip pokok mengenai nama-nama Tuhan seperti yang tertera didalam Taurat, dimana semua itu memperlihatkan keluasan dan ketinggian kuasa Allah. Nama Elohim, yang tidak terkecuali dari peraturan ini, yang berasal dari kata akar bahasa Ibrani 'el', yang bererti "keperkasaan" atau "kekuatan." Kata akar ini muncul dalam pelbagai bentuk pada manuskrip ibrani. 

Sebagai contoh, kita dapati kata ini digunakan dalam kata-kata pembuka yang terkenal untuk Mazmur (Psalms) 29, הָבוּ ליהוה בְּנֵי אֵלִים (havu la’donai b’nai eylim). Apa maksud tersirat dari perkataan ini? 

Psalms 29: 1 : Mazmur Daud. Kepada TUHAN, hai penghuni sorgawi, kepada TUHAN sajalah kemuliaan dan kekuatan!

Dengan merenung petikan ini, kita akan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang nama Elohim. Pemikiran pagan yang kuno dan primitif memahami hakikat dan sumber kekuasaan itu melalui entiti dewa-dewa atau tuhan yang terpisah dan tersendiri. Hal ini menyebabkan mereka menyembah banyak tuhan atau 'semangat' yang mereka percaya mengawal kekuatan-kekuatan ini. Oleh sebab itulah wujud pelbagai upacara bagi menghormati kepelbagaian dewa dan tuhan sebagai sumber kekuatan yang mengatur urusan alam ini. 

Walaubagaimanapun, Taurat menyampaikan mesej yang sangat berbeza bagi umat manusia. Semua kekuatan yang menopang kehidupan di alam semesta, semua kekuatan yang dapat dilihat oleh manusia, berasal dari Yang Maha Esa, Satu Pencipta alam semesta - Tuhan semesta alam adalah nama-Nya. Dialah pusat segala kekuatan dan keperkasaan. Mesej agung ini terkandung dalam nama Tuhan, Elohim. Bagi orang Israel, semua kekuatan dunia muncul dari Tuhannya Abraham, Ishak, dan Yakub. 

Oleh sebab inilah Taurat menggunakan kata 'Elohim' hampir secara eksklusif sebagai nama Tuhan di dua bab pertama di dalam Genesis (Kejadian). Dalam petikan pembukaan Kitab Genesis ini, Allah Yang Mahakuasa adalah sumber semua kekuasaan dan kekuatan yang menggerakkan dan mentadbir alam semesta.

Oleh kerana itulah, bangsa Israel tidak mengenali adanya Tuhan yang mempunyai pelbagai peribadi dalam wujudNya. Tidak ada fakta yang dapat dirumus dengan lebih tegas apabila semua kesusasteraan suci Yahudi - baik yang dikanunkan mahupun dari tradisi rabbinik - bahawa Tuhan itu Esa seadanya.



Rujukan : 

1 - Elohim - Brittanica.com
2 - What Is Elohim? Biblical Meaning of God's Name - Christianity.com
3 - Apa ajaran Alkitab mengenai Tritunggal? - Gotquestions.org
4 - The Hebrew Names Of God - Hebrew4christians.com
5 - Did Someone Find the Doctrine of the Trinity In the Name of God? Why is God’s Name “Elohim” Plural? - Outreachjudaism.org
6 - ONENESS OF GOD - The Meaning of 'Elohim - Jewsforjudaism
7 - The Complete Tanakh (Tanach) - Hebrew Bible - Chabad.org
8 - Sabdaweb - Alkitab Terjemahan Baru




Thursday, April 23, 2020

Konsep Ketuhanan dalam agama Judaism




KONSEP KETUHANAN DALAM AGAMA JUDAISM





Bagi kebanyakan kita yang tidak menekuni bidang perbandingan agama mungkin tidak begitu mengetahui tentang perbezaan teologi antara agama Kristian dan agama Yahudi (Judaism). Ini kerana agama Yahudi bukanlah suatu agama yang tersebar di serata pelusuk dunia seperti mana agama Kristian. Ia hanya dianut oleh bangsa Yahudi di mana populasi taburan bangsa Yahudi di serata dunia amatlah kecil. Ini menyebabkan tidak ramai yang mengetahui dengan jelas apakah doktrin agama Yahudi.


Apakah hubungan di antara kedua agama ini? 

Kekristianan pada dasarnya adalah berakar-umbi dari kepercayaan agama Yahudi. Mereka percaya kepada Tuhan yang sama, peranan para nabi dan rasul yang sama, kepercayaan kepada malaikat, dan sebagainya, namun disana mereka memiliki beberapa perbezaan antaranya ialah dari sudut kefahaman terhadap konsep ketuhanan dan juga kefahaman tentang keselamatan manusia disisi Tuhan (salvation).


Sejarah agama Judaism bermula kira-kia 4000 tahun lalu. Berdasarkan tradisi yahudi, ia bermula ketika Allah menzahirkan diriNya kepada Abraham (Ibrahim a.s), yang kemudiannya menjadi pengasas kepada Judaism. Kaum Yahudi percaya bahawa Allah telah melakukan perjanjian dengan Nabi Ibrahim Alaihissalam dimana dia dan keturunannya telah dipilih untuk menjadi bangsa yang hebat.

Anak Abraham, Isaac (Ishak a.s) dan Jacob (Yaakub a.s) juga merupakan antara figur penting dalam sejarah Yahudi. Yaakub telah mengambil nama Israel dan keturunannya dikenali dengan nama Israel. Torah atau juga dikenali sebagai Pentateuch - merupakan diantara teks suci Judaism yang disampaikan kepada Nabi Musa a.s ketika digunung Sinai.

Betapa perkaitan erat antara tradisi Yahudi dalam Kristian, apabila Tanakh atau kitab suci Yahudi dimasukkan kedalam Alkitab (Bible) Kristian dan membentuk bahagian pertama dalam Alkitab Kristian, yang mereka namakannya sebagai Perjanjian Lama (Old Tastement).

Dari perspektif Islam, ketiga-tiga agama ini datang daripada seruan para Rasul yang menyeru kepada satu mesej, yakni menyembah Allah yang esa dan meninggalkan peribadatan selain dariNya.


Apa penganut agama Yahudi (Judaism) percaya tentang ketuhanan?

Penganut Judaism percaya bahawa ada satu Tuhan pencipta dan penguasa alam semesta. Konsep ketuhanan Judaisme adalah monotheisme. Hal ini tergambar pada perintah pertama dari 10 perintah Allah (The Ten Commandment) yang tercatat dalam Torah - "Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku" (Exodus 20:3).

Tuhan bagi orang yahudi tidak mempunyai sekutu, penolong atau pembantu mahupun pesaing. Dalam kepercayaan Yahudi, Tuhan adalah kekuatan yang tidak dapat dilihat di sebalik semua yang berlaku dan mengetahui segalanya, masa lalu dan masa depan. Orang yahudi memahami Tuhan sebagai satu kekuatan ghaib yang bersifat non-material. 

Penegasan konsep keesaan Tuhan dalam Judaism dizahirkan dalam Shema Israel, yakni sejenis ibadah kaum Yahudi yang dibaca pada dua kali sehari, siang dan malam, dan juga ketika tidur. Shema Israel yang terdiri dari 3 rangkap, bersumber dari Torah yang menyatakan keesaan Allah dan ketunggalanNya. Shema merupakan perintah terpenting bagi orang yahudi.




Rabbi Moshe ben Maimon 

13 Prinsip Maimonides

Konsep teologi yahudi yang paling jelas boleh dilihat pada 13 prinsip iman yahudi yang disusun oleh Rabbi Maimon bin Moshe. Beliau telah menulis 13 prinsip iman yahudi yang meliputi perihal ketuhanan, hak penyembahan, kebenaran sabda para nabi, nubuatan Musa a.s, keabsahan Torah, balasan perbuatan baik dan buruk serta kebangkitan selepas mati.

Rabbi Moshe bin Maimon atau singkatannya RAMBAM, merupakan seorang doktor, pernah berkhidmat sebagai doktor keluarga bangsawan Mesir, dan akhirnya berkhidmat sebagai doktor peribadi Sultan Salahuddin yg menguasai Mesir dan Syria.

RAMBAM juga seorang cendekiawan Torah utama abad itu, dan dia pernah memberikan penjelasan (commentary) dari Misnah yang diredaksikan 1000 tahun sebelum kelahirannya, oleh Rabbi Yehuda Ha Nasi.

Diantara prinsip Maimoneds berkenaan ketuhanan ialah :

1. "Saya percaya dengan iman yang sempurna, bahwa Tuhan adalah pencipta dan penguasa alam semesta. Dia sendirilah yang telah mencipta, mencipta dan terus mencipta”.

2. “Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa Tuhan itu Esa. Tidak ada kesatuan apapun yang sepertiNya. Dia sendirilah Tuhan kita, Dia yang telah ada, yang ada, dan yang akan datang”.

3. Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa TUHAN tidak memiliki tubuh. Konsep tubuh fizik manusia tidak berlaku terhadap NYA. Tidak ada satupun yang menyerupai DIA.

4. Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa TUHAN adalah yang awal dan yang akhir.

5. Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa doa hanya boleh dipanjatkan kepada TUHAN, tidak kepada manusia lain ataupun kepada benda.

6. (Prinsip ke-10) Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa TUHAN mengetahui semua perbuatan dan fikiran manusia. Sehingga dituliskan dalam Mazmur 33:15 “Dia yang membentuk setiap hati, Dia mengerti apa yang dilakukan setiap orang”.

Konsep yang digariskan oleh Rabbi Moshe bin Maimon ini banyak diguna pakai dan diterima secara meluas oleh orthodoks Yahudi pada masa sekarang. 


Apa pula kepercayaan kristian terhadap konsep ketuhanan?

Jika anda membandingkan konsep ketuhanan kristian dengan konsep yang digariskan oleh Rabbi Moshe Ben Maimon, maka anda dapati beberapa perbezaan yang sangat mendasar : 

1) Penciptaan Alam : 

Judaism : . “Saya percaya dengan iman yang sempurna, bahwa Tuhan adalah pencipta dan penguasa alam semesta. Dia sendirilah yang telah mencipta, mencipta dan terus mencipta”. 

Kristian : Allah Bapa bukan pencipta mutlak alam semesta. Yesus adalah sekutu dalam penciptaan. Segala ciptaan alam semesta dizahirkan melalui Yesus. 


2) Keesaan Allah : 

Judaism : “Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa Tuhan itu Esa. Tidak ada kesatuan apapun yang sepertiNya. Dia sendirilah Tuhan kita, Dia yang telah ada, yang ada, dan yang akan datang”.

Kristian : Allah terdiri dari tiga peribadi. Allah Bapa, Anak (Putera) dan Roh Kudus. Ketiganya mempunyai hakikat, intipati dan kudrat yang sama. Ketiga-tiganya telah wujud sedia ada, dan kekal selamanya. 


3) Allah tidak memiliki tubuh fizik : 

Judaism : "Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa TUHAN tidak memiliki tubuh. Konsep tubuh fizik manusia tidak berlaku terhadap NYA. Tidak ada satupun yang menyerupai DIA."

Kristian : Tuhan boleh menjelma kedalam bentuk manusia. Tuhan Anak selaku 'Putera Allah' telah berinkarnasi dengan mengambil rupa manusia demi untuk menebus dosa manusia. 

4) Menujukan peribadatan dan doa : 

Judaism : "Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa doa hanya boleh dipanjatkan kepada TUHAN, tidak kepada manusia lain ataupun kepada benda."

Kristian : Penganut Kristian umumnya berdoa kepada Allah Bapa disamping Yesus. Bagi penganut katolik mereka juga berdoa pada Bunda Maria dan orang-orang suci (saints).


5) Kemampuan Tuhan : 

Judaism : "Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa TUHAN mengetahui semua perbuatan dan fikiran manusia."

Kristian : Penganut kristian percaya kepada hipostatic union, yakni Yesus memiliki dua kudrat, iaitu kudrat Tuhan dan manusia sekaligus. Oleh sebab itu mereka percaya kenapa Yesus tidak dapat menjelaskan bilakah hari kiamat kerana Yesus mempunyai pengetahuan yang terbatas atas sifat kemanusiaannya. (“Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anak pun tidak, hanya Bapa saja.” - Markus 13:32). 

Oleh sebab itu kita dapati jika tuhan mereka tidak mengetahui akan hari kiamat, maka apakah dia juga akan mengetahui semua perbuatan dan fikiran manusia?


Himbauan penulis

Kita dapat lihat perbezaan yang sangat mendasar antara kedua agama ini. Ada beberapa fakta yang penulis boleh lihat disini:

1) Dari sudut garisan sejarah atau 'timeline', ternyata agama yahudi terlebih dahulu wujud sebelum kemunculan kristian. Orang Yahudi mempunyai interpretasi dan tradisi tersendiri untuk menterjemahkan Tanakh. Kebanyakan manuskrip Tanakh pula adalah di dalam bahasa Ibrani selain bahasa Aramaik. Mereka lebih mengetahui bahasa mereka berbanding umat Kristian yang menggunakan manuskrip 'Septuagint' (sejenis manuskrip Perjanjian Lama yang diterjemah kedalam bahasa Yunani - yang dimana manuskrip ini dimasukkan kedalam Bible Kristian). 

2) Agama Kristian mempunyai jumlah penganut yang besar didunia kerana sifat dakwah mereka, berbanding agama yahudi yang bersifat ikatan bangsa. Dalam erti kata lain, mereka bukan agama dakwah. Atas sebab ini, penulis merasakan dunia seakan tidak diberitahu akan wujudnya perbezaan ini dan dunia tidak diberi peluang untuk menilai kedua ajaran agama ini dengan seimbang dan adil.

3) Hakikatnya, sebahagian besar penganut Kristian -sepanjang sejarah diseluruh dunia - hanya mendengar interpretasi Alkitab Perjanjian Lama (Tanakh) dari pendita dan paderi kristian. Penulis tidak dapat membayangkan bagaimana sekiranya agama Yahudi bertukar menjadi agama dakwah, tentu dunia akan menyaksikan satu konflik yang hebat berkenaan interpretasi terhadap Perjanjian Lama (Tanakh).

4) Apabila kita membincangkan tentang perbezaan agama dari sudut akademik, kita mesti menerima hakikat bahawa apabila berlaku kontradiksi, hanya ada SATU kebenaran untuk dipilih. Kita mesti bersedia untuk menerima bahawa - Kalau saya salah, maka anda berada di pihak yang benar atau, kalau saya benar maka anda berada di pihak yang SALAH! 

Renung-renungkanlah!  



Rujukan :
1 - Judaism : Founder, Belief & Facts - HISTORY
2 - Basic Jewish Beliefs - Chabad.org
3 - Passages on the Unity of God - OutreachJudaism.org
4 - Shema - Jewfaq.org
5 - 13 Prinsip Iman Yahudi – RAMBAM - TorahuntukIndonesia.wordpress
6 - Yesus Pencipta - SarapanPagi.org
7 - Trinitas - Satu Tuhan dalam tiga peribadi - Katolisitas.org
8 - The Incarnation of Jesus Christ - Biblehelpsinc.org
9 - Apa itu kesatuan hipostatik? Bagaimana mungkin Yesus adalah Allah dan manusia pada saat bersamaan? - Gotquestions.org

Saturday, April 18, 2020

Bantahan sederhana keatas triniti



BANTAHAN SEDERHANA KE ATAS TRINITI



Dalam artikel sebelum ini dibawah tajuk Triniti suatu ilusi saya telah menghuraikan sedikit sebanyak tentang konsep triniti. Anda dapat lihat dengan jelas bahawasanya mereka tidak memahami triniti itu dengan pengertian satu peribadi Tuhan yang wujud dalam tiga rupa bentuk, tapi tiap-tiap peribadi itu merupakan Tuhan yang wujud dalam hakikat, intipati dan kudrat tersendiri. Apa yang dinafikan ialah hakikat bukan peribadi (person). 

Bagaimanakah saya mengemukakan bantahan terhadap konsep triniti?

Jawapannya sangat sederhana. 

Kita perlu faham bahawa triniti ialah kewujudan tuhan dalam tiga peribadi. Sebelum konsep triniti dibentuk, maka ketuhanan Yesus dan roh kudus perlu diakui dan ditetapkan. Kemudian terdapat beberapa petunjuk yang memperlihatkan ketiga entiti ketuhanan ini berada dalam satu jajaran atau kesatuan.

Maka dengan itu kita dapati bahawa kaedah untuk meruntuhkan konsep triniti ialah dengan: 

1 - Membawa beberapa dalil yang menunjukkan bahawa dua atau salah satu dari entiti yang berada dalam triniti bukanlah Tuhan.

2 - Mengkritisi mana-mana petunjuk didalam Alkitab yang memberi gambaran bahawa ketiga entiti ini di dalam satu jajaran atau kesatuan.

3 - Mengkritisi mana-mana petunjuk di dalam al-kitab yang memberi gambaran bahawa Yesus dan Roh kudus mempunyai ciri-ciri ketuhanan. Kita tidak perlu menafikan kedua entiti sekaligus. Kita cuma perlukan satu entiti sahaja untuk dinafikan maka dengan itu tidak wujudlah konsep triniti, kerana yang tinggal hanyalah 'duality' (walaupun hakikatnya yang tinggal hanyalah satu).

Saya akan cuba membahaskan poin-poin yang telah saya senaraikan secara berperingkat. Untuk artikel ini saya akan cuba membahaskan berkenaan poin yang pertama dahulu. Poin kedua dan ketiga akan saya bahas dalam artikel akan datang. 


Membawa beberapa dalil yang menunjukkan bahawa salah satu dari entiti yang berada dalam triniti bukanlah Tuhan.

Oleh kerana konsep triniti sangat menekankan perbezaan peribadi dalam wujud ketuhanan, maka di sini saya akan memaparkan beberapa dalil yang menunjukkan ada beberapa perakuan ketuhanan didalam Alkitab yang berbentuk 'single'/tunggal. 

Deutoromy 32:39: Lihatlah sekarang, bahwa Aku, Akulah Dia. Tidak ada Allah kecuali Aku. Akulah yang mematikan dan yang menghidupkan, Aku telah meremukkan, tetapi Akulah yang menyembuhkan, dan seorangpun tidak ada yang dapat melepaskan dari tangan-Ku.

Isaiah 44:6: Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: "Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku.

Isaiah 45:5-6: Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain; kecuali Aku tidak ada Allah. Aku telah mempersenjatai engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku, supaya orang tahu dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, bahwa tidak ada yang lain di luar Aku. Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain,

Berdasarkan dari beberapa petikan ayat di atas, anda dapat perhatikan bahawa entiti yang berbicara dalam ayat diatas adalah tunggal. Ia jelas mengarah kepada SATU peribadi sahaja. Dengan menyedari hakikat bahawa doktrin triniti tidak mempercayai konsep Tuhan yang memakai pelbagai watak dan 'rupa bentuk' seperti yang dianut oleh kepercayaan modalisme maka dengan ini konsep triniti telah ditolak mentah-mentah dalam ayat ini. Soalan cepumas saya kepada penganut triniti, Siapakah yang berbicara di dalam ayat ini? 

Apakah hanya Allah yang berbicara dalam bentuk tunggal didalam Al-kitab? Jawapannya tidak, mari kita lihat pula bagaimana Allah diseru dalam Perjanjian Lama : 

2 Chronicles 14:11: Kemudian Asa berseru kepada TUHAN, Allahnya: "Ya TUHAN, selain dari pada Engkau, tidak ada yang dapat menolong yang lemah terhadap yang kuat. Tolonglah kami ya TUHAN, Allah kami, karena kepada-Mulah kami bersandar dan dengan nama-Mu kami maju melawan pasukan yang besar jumlahnya ini. Ya TUHAN, Engkau Allah kami, jangan biarkan seorang manusia mempunyai kekuatan untuk melawan Engkau!"

Mari kita lihat pula bagaimana murid-murid Yesus menyeru Allah : 

Acts 4:24 : 4:24 : Ketika teman-teman mereka mendengar hal itu, berserulah mereka bersama-sama kepada Allah, katanya: "Ya Tuhan, Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya.

Anda dapat lihat komunikasi yang berlaku dalam kesemua ayat diatas hanya melibatkan SATU peribadi, bukan dua atau tiga.

Berikut pula adalah pernyataan Yesus, sosok yang dianggap peribadi kedua dalam tritunggal, sepertimana yang tercatat dalam Perjanjian Baru:

John 17:3 : Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

Ayat ini boleh dikatakan antara merupakan ayat 'killer' kepada penganut trinitarian kerana pengakuan Yesus jelas menunjukkan pengiktirafannya kepada Allah selaku Tuhan yang sebenar-benarnya. Pengakuan 'keramat' ini sekaligus mengeluarkan dirinya sendiri dari jajaran 'tuhan tiga serangkai' yang dimomokkan oleh penganut trinitarian. Adakah sesuatu yang lebih jelas dari ayat ini?

Ayat ini bukan sahaja menjadi pukulan kepada penganut trinitarian, tetapi juga kepada penganut faham modalisme monarkianisme, yang percaya bahawa Tuhan mewujudkan diriNya dalam tiga rupa bentuk. Ini kerana satu entiti daripada 'jelmaanNya' tidak mengakui dirinya sebagai Tuhan. Dengan pengakuan Yesus ini ternyatalah bahawa apa yang dianggap sebagai jelmaan tuhan sebenarnya bukanlah jelmaan Tuhan.

Seiring dengan perakuan eksistensi Allah yang mutlak, Nabi Isa a.s juga memperakui hak ubudiyah (uluhiyah) Allah s.w.t semata sepertimana yang tercatat didalam dialognya dengan Iblis ketika diuji di padang gurun : 

Matius 4:8-10 : 

8 : Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya,

9 : dan berkata kepada-Nya: "Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku."

10 : Maka berkatalah Yesus kepadanya: "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!"

Jika Yesus mempunyai hak ketuhanan, mengapakah beliau tidak menegaskannya dihadapan Iblis? Mengapa hak peribadatan ditujukan hanya kepada Allah semata? Sudah tentu Allah adalah Tuhan yang haq, yang memiliki hak rubbubiyah dan hak uluhiyah.

Ketahuilah, bahawa yang didakwa Tuhan, tetapi tidak memiliki hak peribadatan, bukanlah Tuhan.   

Disisi yang lain, tuhan tidak serendah itu untuk diuji oleh ciptaanNya, sehingga ditawarkan pula segala isi dunia dan kemegahannya. Bukankah Tuhan Maha Kaya dan tidak berhajat kepada ciptaanNya? Lebih menghinakan, Tuhan diminta sujud kepada ciptaanNya, layakkah ini digelar sebagai Tuhan? 

Perhatikan pula dialog Yesus dengan ahli taurat dalam Markus 12:28 - 34 :

28 : Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: "Hukum manakah yang paling utama?"

29: Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

30 : Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.

31 : Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini."

32 : Lalu kata ahli Taurat itu kepada Yesus: "Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu, bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia.

33 : Memang mengasihi Dia dengan segenap hati dan dengan segenap pengertian dan dengan segenap kekuatan, dan juga mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri adalah jauh lebih utama dari pada semua korban bakaran dan korban sembelihan."

34 : Yesus melihat, bagaimana bijaksananya jawab orang itu, dan Ia berkata kepadanya: "Engkau tidak jauh dari Kerajaan Allah!" Dan seorangpun tidak berani lagi menanyakan sesuatu kepada Yesus.

Kunci kepada ayat ini terletak pada ayat 29, 32 dan 34. Mengapa? 

Ayat 29 - Pengakuan Yesus akan keesaan Tuhan. 

Jika Tuhan itu wujud dalam tiga serangkai sudah pasti penegasannya akan berbunyi "Dengarlah hai orang Israel : Tuhan Allah kita, wujud dalam tiga adaNya", atau mungkin berbunyi, "Dengarlah hai orang Israel, akulah jelmaan Tuhan!, satu dari yang tiga!". 

Nabi Isa a.s patut menggunakan peluang ini untuk menjelaskan dakwahnya kepada khalayak. Apatah lagi persoalan penting seperti ketuhanan bukanlah sesuatu yang boleh ditangguhkan, kerana sifatnya yang fundamental.

Ayat 32 - Pengakuan ahli taurat akan kebenaran jawapan Nabi Isa a.s. 

Pengakuan ahli taurat akan kebenaran jawapan Nabi Isa a.s didasarkan atas kefahaman masyarakat yahudi terhadap keesaan Tuhan. Hal ini menunjukkan tiada perbezaan antara kepercayaan masyarakat yahudi yang berpegang kepada monoteisme dengan ajaran Yesus. Maka pengakuan ahli taurat itu bukan sekadar penetapan (istbat) tetapi juga diiringi dengan penafian (nafyu). Sudah tentu penafian ini mengeluarkan Yesus dari perakuan ketuhanan itu. 

Ayat 34 -  Perakuan akan kebijaksanaan jawapan ahli taurat dan pengakuan Yesus akan kebenaran jawapan ahli taurat tersebut. 

Didalam ayat ini, jawapan ahli taurat itu digambarkan sebagai jawapan yang bijaksana. Bayangkan jika ada yang menjawab selain dari jawapan ahli taurat tersebut, sudah tentu jawapan tersebut bukanlah jawapan yang bijaksana! 

Dalam ayat ini juga, Yesus mengakui bahawa dengan jawapan tersebut, seseorang sudah tidak jauh dari kerajaan Allah. Berdasarkan testimoni dari Yesus sendiri, logiknya, seorang yang menjawab dengan jawapan selain dari ahli taurat itu tentulah semakin jauh dari kerajaan Allah, bukan semakin dekat! hadamkanlah ini wahai trinitarian! 

Rujukan : 
1 - Sabdaweb - Alkitab Terjemahan Baru




Thursday, April 16, 2020

Triniti Suatu Ilusi


TRINITI SUATU ILUSI



Triniti atau tritunggal merupakan konsep kepercayaan tentang tuhan dalam agama Kristian. Boleh dikatakan, sebahagian besar orang kristian percaya kepada konsep tritunggal, sekalipun ada juga pihak yang menisbahkan diri mereka sebagai Kristian namun menolak konsep ketuhanan ini. Bagi sebahagian besar penganut Kristian konsep ini adalah asas keselamatan dalam agama mereka, selain percaya kepada kematian Yesus untuk menebus dosa mereka. 


Mengaku monoteisme

Apa yang menarik ialah penganut Kristian juga mendakwa konsep ketuhanan mereka adalah monoteisme. Benarkah mereka berpegang pada monoteisme? Bagaimana triniti atau tritunggal ini didakwa sebagai konsep monoteisme? 

Berikut adalah petikan yang saya ambil dari laman Katolisitas.org, sebuah laman yang membincangkan ajaran-ajaran Katolik : 

"Banyak orang yang mempertanyakan ajaran tentang Trinitas, bahkan banyak orang yang bukan Kristen mengatakan bahwa orang Kristen percaya akan tiga Tuhan. Tentu saja hal ini tidak benar, sebab iman Kristiani mengajarkan Allah yang Esa."

Ini pula adalah petikan yang saya ambil dari laman Gotquestions.org : 

"Orang-orang Kristen memiliki kepercayaan yang sama dengan orang Muslim yang percaya kepada Allah yang Esa. Alkitab, yang dipuji oleh Qur’an dalam Sura 4:136, Allah memerintahkan, “Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku.” (Keluaran 20:3)

Apakah Yesus/Isa menjunjung tinggi monotheisme? Ketika diminta menyebutkan perintah terbesar, Yesus menjawab, "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.” (Markus 12:29-30)". 

Tentu sahaja kenyataan ini akan membuatkan anda bingung, kerana bagaimana mungkin tanggapan kita selama ini terhadap mereka bahawa orang-orang Kristian menyembah tiga Tuhan atau dengan kata lain politeisme, namun akhirnya dinafikan oleh mereka. Tentu ini sangat menghairankan!


Apa itu triniti? 

Triniti atau tritunggal bolehlah didefinisikan sebagai kewujudan satu tuhan dalam tiga peribadi. Allah Bapa, Yesus dan Roh kudus wujud dalam satu intipati (essence), hakikat, kudrat atau 'nature'. Maka dari hakikat-hakikat unsur inilah konsep kemahaesaan tritunggal didirikan. Oleh sebab itu dikatakan konsep tritunggal bukan tentang bilangan (berapa?) tetapi lebih kepada persoalan bagaimana (how?) tentang sesuatu hakikat ketuhanan itu.

Untuk memberi pengertian yang lebih autoriti disini saya sertakan pengertian tritunggal dari laman Katolisitas.org :

Definisi Trinitas adalah satu Allah dalam tiga pribadi.

Katekismus Gereja Katolik (KGK, 253) mengatakan “Tritunggal adalah satu. Kita tidak mengakui tiga Allah, tetapi satu Allah dalam tiga Pribadi: “Tritunggal yang sehakikat” (Konsili Konstantinopel II 553: DS 421). Pribadi-pribadi ilahi tidak membagi-bagi ke-Allah-an yang satu itu di antara mereka, tetapi masing-masing dari mereka adalah Allah sepenuhnya dan seluruhnya: “Bapa adalah yang sama seperti Putera, Putera yang sama seperti Bapa. Bapa dan Putera adalah yang sama seperti Roh Kudus, yaitu satu Allah menurut kodrat” (Sinode Toledo XI 675: DS 530). “Tiap-tiap dari ketiga Pribadi itu merupakan kenyataan itu, yakni substansi, hakikat, atau kodrat ilahi” (K. Lateran IV 1215: DS 804).”

Perkataan Satu Allah dalam tiga pribadi atau Tritunggal yang sehakikat dapat dijabarkan sebagai berikut. Hakikat (essence) dari Allah adalah satu, namun pribadi (person) di dalam Allah adalah tiga. Hakekat adalah mengacu kepada pertanyaan “what is it” sedangkan pribadi mengacu kepada pertanyaan “who is it“.

Untuk lebih memahami kita boleh melihat pula dogma menurut Katekismus gereja Katolik :

1. Tritunggal adalah Allah yang satu. ((Lihat KGK 253)) Pribadi ini tidak membagi-bagi ke-Allahan seolah masing-masing menjadi sepertiga, namun mereka adalah ‘sepenuhnya dan seluruhnya’. Bapa adalah yang sama seperti Putera, Putera yang sama seperti Bapa; dan Bapa dan Putera adalah yang sama seperti Roh Kudus, yaitu satu Allah dengan kodrat yang sama. Karena kesatuan ini, maka Bapa seluruhnya ada di dalam Putera, seluruhnya ada dalam Roh Kudus; Putera seluruhnya ada di dalam Bapa, dan seluruhnya ada dalam Roh Kudus; Roh Kudus ada seluruhnya di dalam Bapa, dan seluruhnya di dalam Putera.

2. Ketiga Pribadi ini berbeda secara real satu sama lain, yaitu di dalam hal hubungan asalnya: yaitu Allah Bapa yang ‘melahirkan’, Allah Putera yang dilahirkan, Roh Kudus yang dihembuskan. ((Lihat KGK 254))

3. Ketiga Pribadi ini berhubungan satu dengan yang lainnya. Perbedaan dalam hal asal tersebut tidak membagi kesatuan ilahi, namun malah menunjukkan hubungan timbal balik antara Pribadi Allah tersebut. Bapa dihubungkan dengan Putera, Putera dengan Bapa, dan Roh Kudus dihubungkan dengan keduanya. Hakekat mereka adalah satu, yaitu Allah. ((Lihat KGK 255))

Berikut saya lampirkan pula pengertian tritunggal dari laman Gotquestion.org, sebuah laman Protestan :

"Trinitarianisme itu adalah doktrin yang menyatakan bahwa Allah itu Tritunggal, bahwa Dia menyatakan diri-Nya dalam tiga Pribadi yang setara dan sama kekalnya".

Didalam artikel yang lain dinyatakan,

"Alkitab mengajarkan bahwa Allah itu satu secara hakekat, tapi tiga Pribadi: Bapa, Putra dan Roh Kudus. Setiap Pribadi adalah Allah yang sempurna.

Allah bukan tiga; tiga Pribadi, tapi satu Allah.

Ini bukan kontradiksi matematika. Walaupun manusia tidak dapat sepenuhnya memahami paradoks mengenai kesatuan Allah dalam tiga pribadi, orang Kristen percaya bahwa penyataan ini adalah benar adanya.

Orang Kristen bukan percaya kepada tiga Allah. Allah yang Esa itu menyatakan diri dalam tiga Pribadi."


Soalan cepumas

Saya ingin bertanya kepada pembaca semua, berdasarkan dari beberapa takrifan dan definisi yang telah saya kemukakan diatas, apakah yang terlintas di benak fikiran anda tentang konsep tritunggal?

A) Tuhan yang Esa telah menampakkan dirinya dalam wujud 3 peribadi. Ia menjelma atau memanifestasikan dirinya dalam satu kesatuan dengan apa yang disebut Allah Bapa, Anak (Yesus) dan Roh kudus.

B) Tuhan terdiri dari tiga entiti yang terpisah. Allah Bapa, Anak (Yesus) dan Roh Kudus adalah tiga peribadi yang berbeza dan tersendiri. Mereka memiliki hakikat, intipati dan kudrat yang sama. Bapa bukanlah Anak, Anak bukanlah Roh kudus, dan Roh Kudus bukanlah Bapa. 

Cuba teka? dah dapat jawapan?


Modalisme / Monarkianisme adalah ajaran 'bid'at/sesat'

Jika jawapan anda ialah A, maaf, anda sebenarnya salah!

Dengan jawapan yang sedemikian, anda pasti akan di cap sesat oleh gereja.

Saya yakin 100 peratus ramai yang akan menjawab dengan jawapan A bagi mereka yang belum terdedah atau telah ditanamkan doktrin tritunggal. Hal ini tidaklah menghairankan kerana sememangnya definisi diatas banyak mengacu pemikiran kita kepada gambaran tersebut.

Sebenarnya jawapan A adalah termasuk dalam ajaran yang salah berkenaan tritunggal. Ia adalah suatu bentuk ajaran yang ditolak oleh gereja.

Jawapan yang sebenar adalah B. 

Berikut adalah penjelasan dari beberapa laman katolik : 

1) - Modalisme: Modalisme digunakan untuk menyebut paham yang mengajarkan bahwa Bapa, Putera, dan Roh Kudus itu hanyalah tiga nama atau tiga cara berbicara mengenai Allah yang sama dalam situasi atau fungsi yang berbeda. Kalau Ia itu Pencipta, maka disebut Bapa, kalau penebus disebut Putera, dan kalau Ia berkarya di dunia dan di dalam hati manusia disebut Roh Kudus.(Santo-Laurensius.org)

2) - Modalisme adalah ajaran yang menyangkali perbedaan Pribadi-Pribadi yang ada di dalam keesaan Allah, dan menyatakan bahwa Bapa, Anak dan Roh Kudus hanyalah merupakan tiga cara Allah di dalam mengkspresikan diri-Nya.(Imankatolik.or.id)

Ini pula adalah penjelasan yang saya ambil dari laman Gotquestions.org (Protestan) tentang Modalisme / monarkianisme : 

"Monarkianisme modalistis mengajar bahwa kesatuan Allah tidak sejalan dengan perbedaan ketiga Pribadi dalam Allah Tritunggal. Menurut modalisme, Allah telah mewujudkan Diri sebagai Bapa (secara utama dalam Perjanjian Lama), sebagai sang Putra (secara utama dalam pembuahan Yesus sampai kepada kenaikan-Nya), dan sebagai Roh Kudus (secara utama setelah kenaikan Yesus ke surga). 

Monarkianisme modalistis berasal dari ajaran sesat Noetus dari Smirna pada tahun 190. Noetus menjuluki dirinya sebagai Musa dan menjuluki saudaranya Harun, dan ia mengajar bahwa, jika Yesus adalah Allah, maka seharusnya Ia adalah sosok yang sama dengan Bapa. Hippolytus dari Roma menentang ajaran murtad ini dalam karyanya "Contra Noetum." Suatu bentuk awal monarkianisme modalistis juga diajarkan oleh seorang imam dari Asia Minor bernama Praxeas, yang berkeliling Roma dan Kartago pada tahun 206. Tertullian menentang ajaran Praxeas dalam tulisannya "Adversus Praxean" pada tahun 213. Monarkianisme modalistis dan ajaran sesat di seputarnya juga ditentang oleh Origen, Dionysius dari Iskandariyah, dan pada Konsili Nicea pada tahun 325". (Gotquestions.org)

Dalam zaman moden ini, ajaran modalisme diwarisi oleh denominasi Pentakosta Keesaan (Oneness Pentacostalism). Mereka hanyalah minoriti jika dibanding dengan aliran dan denominasi Kristian yang lain. Didalam teologi mereka, tidak ada perbezaan antara peribadi dalam Allah tritunggal. Sebagai analogi, ia ibarat orang yang sama tetapi memakai topeng yang berlainan. Kalau nak senang faham macam wayang kulitlah, tok dalang memainkan semua watak yang ada dalam persembahan itu. Na'uzubillah!

Jadi kalau begitu, tritunggal itu apa?

Cuba baca dan perhatikan balik semua takrifan dan definisi yang telah saya berikan sebelum ini. Masih keliru? Biar saya jelaskan sekali lagi....

 “Tiap-tiap dari ketiga Pribadi itu merupakan kenyataan itu, yakni substansi, hakikat, atau kodrat ilahi” (K. Lateran IV 1215: DS 804).”

“Bapa adalah yang sama seperti Putera, Putera yang sama seperti Bapa. Bapa dan Putera adalah yang sama seperti Roh Kudus, yaitu satu Allah menurut kodrat” (Sinode Toledo XI 675: DS 530).

Hakikat (essence) dari Allah adalah satu, namun pribadi (person) di dalam Allah adalah tiga. Hakekat adalah mengacu kepada pertanyaan “what is it” sedangkan pribadi mengacu kepada pertanyaan “who is it“.


Ini adalah gambarajah tentang konsep tritunggal

Berdasarkan daripada beberapa petikan di atas, dapat disimpulkan bahawa doktrin tritunggal meletakkan bahawa keesaan yang dimaksudkan oleh mereka itu didasarkan atas substansi atau hakikat. Inilah 'keesaan' menurut maksud atau dari kacamata doktrin tritunggal. Bahawa ada 'satu' Tuhan, tetapi mempunyai tiga peribadi. Ketiga-tiganya mempunyai 'nature', hakikat dan kudrat yang sama. Yang 'satu' itu ialah perkongsian atau persamaan dari sudut sifat keilahian atau 'divine nature' ketiga-tiga peribadi ini. 

Untuk lebih mudah difahami, jika ada tiga ekor harimau belang yang kita nobatkan sebagai 'Raja Rimba', maka ini adalah konsep yang benar - menurut doktrin tritunggal - kerana ketiga ekor harimau belang tadi mempunyai keupayaan, ketangkasan dan keberanian yang sama. Apatah lagi mereka ini sekawanan yang sering bersama-sama ketika berburu, menjaga rimba dari musuh dan menentang penceroboh yang menggugat mereka, hingga digelar - 'The Triple King' (walaupun realitinya harimau belang bukan hidup berkumpulan). 

Jadi yang salah apabila kita mengambil harimau -harimau lain seperti harimau akar, harimau bintang atau harimau jaguar untuk turut kita nobatkan sebagai 'Raja Rimba' bersama dengan tiga ekor harimau belang tadi. 

Maka politeisme menurut doktrin tritunggal ialah kewujudan tuhan selain dari tiga peribadi ini, atau dengan perkataan lain politeisme disisi mereka merujuk kepada tuhan-tuhan dalam kepercayaan agama lain. 

Berdasarkan dari penjelasan ini anda akan dapati bahawa keesaan yang dimaksudkan bukanlah seperti konsep keesaan yang kita fahami dalam aqidah Islam. Islam memahami keesaan bukan sahaja berdasarkan daripada hakikat atau kudrat, tapi juga dari sudut 'person' atau peribadi. Kita bermunajat, menujukan ibadah, memanjatkan doa dan bermonolog dengan SATU entiti dan peribadi. Bukan dua atau tiga. Bukankah penafian 'selain dari Dia' jelas menunjukkan satu peribadi dan entiti? 

Hakikatnya, monoteisme yang mereka percaya bukanlah monoteisme dalam erti kata sebenar, tetapi hanyalah monoteisme ilusi. Ia hanyalah suatu bentuk politeisme yang disalut dengan istilah monoteisme dan dikhayalkan oleh pengikutnya. 

Mereka dalam erti kata yang sebenar, memang menyembah tiga tuhan tetapi masih menegakkan benang yang basah dan berkeras mengatakan mereka menyembah satu tuhan!!


Rujukan : 
1 - Triniti, Wikipedia 
2 - Mengapa harus ada tiga peribadi didalam Trinitas, bukan 2 atau 4? - Katolisitas.org
3 - Trinitas : Satu Tuhan dalam tiga peribadi - Katolisitas.org
4 - Apa itu Trinitarianisme? Apakah itu alkitabiah? - Gotquestions.org
5 - Apakah orang Kristian percaya kepada tiga Allah? - Gotquestions.org
6 - Ajaran sesat / bid'ah tentang tritunggal - Santo-Laurensius.org
7 - Memahami Allah tritunggal - Imankatolik.org