Saturday, November 14, 2020

Maksud 'Anak Allah" Didalam Bible


MAKSUD 'ANAK ALLAH' DALAM BIBLE



Didalam perbahasan bidang kristologi, saya boleh katakan istilah 'Anak Allah' merupakan istilah yang paling popular dikenali dikalangan muslim berbanding istilah lain yang juga digunakan untuk merujuk kepada Yesus seperti 'Anak Manusia', 'Anak Domba Allah', 'Anak Daud', 'Juruselamat' dan sebagainya.


Persoalannya, apakah pemahaman masyarakat muslim terhadap istilah ini sepertimana pemahaman yang dianut masyarakat Kristian? Ini persoalan yang penulis akan bentangkan dalam tajuk kali ini.

Jika disebut 'Anak Allah', apakah biasanya bayangan yang wujud dalam pemikiran masyarakat muslim? Sudah tentu sebahagian besarnya akan memahami status ketuhanan Yesus itu disebabkan Maryam a.s melahirkannya dalam keadaan perawan. Berdasarkan peristiwa tersebut, sudah tentulah Yesus digelar 'Anak Allah' kerana ia dilahirkan dalam keadaan tanpa bapa. Namun, sejauhmana sangkaan ini?


Apa maksud 'Anak Allah' dalam pandangan Kristian?

Sebenarnya, penganut Kristian tidak mempunyai sangkaan sepertimana masyarakat muslim bahawa Yesus mempunyai hubungan biologis dengan Tuhan melalui keturunan. Ungkapan 'Anak Allah' bagi mereka bukanlah dapat disamakan dengan hubungan seorang bapa dengan seorang anak lelaki. Tuhan tidak bernikah dan mendapat seorang anak melalui pernikahan itu.

Istilah 'Anak Allah' ini boleh kita katakan sebagai istilah kiasan/figuratif. Sebagai contoh, Yohanes 17:12 di mana Yudas disebut dalam terjemahan kitab Injil bahasa Inggeris sebagai “son of perdition” (anak kebinasaan). Maksud ini berkait rapat dengan “kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia”. Sebagai manusia, Yudas bukan anak kepada “kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia” – tetapi perkara-perkara tersebut merupakan gambaran kepada peribadi dan kehidupan Yudas. Yudas merupakan penjelmaan kepada “kebinasaan”. Dalam aspek yang sama Yesus disebut sebagai Anak Allah.

Hal yang sama tidak jauh berbeza dengan istilah anak watan, anak sungai, anak kapal, anak kunci dan sebagainya. 


Jadi, dimana letak duduknya 'Anak Allah' dalam pandangan Kristian?

Anak Allah ialah Allah. Yesus Kristus adalah Allah, sekaligus sebagai manusia. Yesus ialah Anak Allah dalam ertikata Dia merupakan Allah yang telah menjadi manusia. Didalam Yohanes 1:14 disebutkan,

Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran.

Yesus ialah Anak Allah dalam ertikata mukjizat kandungan ibunya telah dimungkinkan oleh Roh Kudus.

Mereka percaya, di dalam Alkitab, Isa a.s sebagai Anak Allah ertinya sama dengan Firman Allah atau Kalimat Allah. Keberadaan-Nya sebagai Anak Allah sama sekali tidaklah dibatasi oleh kelahiranNya di Bethlehem dan kematianNya di Bukit Golgota. Anak Allah itu sudah ada sebelum alam semesta diciptakan, Anak Allah itu kekal di dalam ke-Esaan Allah Yang Maha Esa dan Maha Kuasa.

Isa Al-Masih disebut Anak Allah kerana Ia Kalimat Allah dan dengan sempurna menjelaskan kehendak dan sifat Allah kepada manusia. Sebagai Anak dan Kalimat Allah, Isa menyatakan kasih dan kesucian dan keselamatan dari Allah kepada manusia.

Istilah "Anak Allah" bagi Yesus Kristus itu tidak bererti bahwa Yesus "kurang daripada Allah." Penyebutan "Anak Allah" sebab Dia adalah Allah yang inkarnasi ke bumi, dan makna "Anak" disitu adalah suatu persamaan hakikat, bahwa Dia dan Bapa sama hakikatnya, yaitu Allah. 

Dan ketika Yesus Kristus dirujuk sebagai "Anak Allah" adalah sebagai sarana untuk menjadikan orang beriman menjadi "anak-anak Allah".


Dimanakah asasnya 'Anak Allah' itu ialah Allah?

Hal ini memerlukan kita untuk menelusuri apakah hujah dan asas yang digunapakai oleh mereka untuk mengatakan bahawa istilah 'Anak Allah' itu adalah Allah.

Untuk itu saya akan menyenaraikan beberapa dalil dan argumen yang mereka gunakan untuk menyatakan istilah 'Anak Allah' itu ialah Allah kemudian saya akan menyenaraikan beberapa sanggahan saya keatas dakwaan mereka itu.

Hujah pertama : Gelaran 'Anak Allah' bererti memiliki sifat yang sama dengan Tuhan Allah, maka ia merupakan suatu kekufuran bagi kaum yahudi dan layak dijatuhkan hukuman mati.

Dalilnya : "Sewaktu menghadap para pemimpin Yahudi, Iman Besar bertanya kepada Yesus, "Demi nama Allah yang hidup, beritahu kami! Adakah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah, iaitu Anak Allah?" (Matius 26:63) Yesus menjawab, "Demikianlah katamu. Tetapi Aku berkata kepada kamu semua: Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa serta datang di atas awan." (Matius 26:64). Para pemimpin Yahudi kemudian membuat tuduhan bahawa Yesus telah mengkufuri Allah (Matius 26:65-66). Kemudian di hadapan Pilatus, para pemimpin Yahudi berkeras berkata, "Menurut hukum kami dia harus dihukum mati kerana dia mengaku diri-Nya sebagai Anak Allah." (Yohanes 19:7)

Argumen mereka : Mengapakah pengakuan sebagai “Anak Allah” dianggap mengkufuri Allah dan layak dijatuhkan hukuman mati? Para pemimpin Yahudi cukup mengerti maksud yang diperkatakan oleh Yesus dengan ungkapan “Anak Allah”. Istilah “Anak Allah” bererti memiliki sifat yang sama dengan Tuhan Allah. Tuntutan memiliki sifat yang sama dengan Tuhan Allah ialah pengkufuran bagi orang Yahudi, oleh yang demikian mereka menuntut agar Yesus dijatuhkan hukuman mati. Anak Allah bererti memiliki sifat/'nature'/hakikat yang sama seperti Allah. Anak Allah sama dengan Allah. Mengakui diriNya memiliki sifat/'nature'/hakikat yang sama seperti Allah - ertinya mengakui diriNya adalah Allah.

Sanggahan : Pertama sekali, kita perlu mengesahkan apakah benar orang yahudi menghukum mati Yesus dalam peristiwa diatas disebabkan istilah 'Anak Allah' itu membawa pengertian bahawa penyandangnya memiliki sifat atau sebarang persamaan dengan Tuhan?

Untuk itu, kita perlu menelusuri apakah maksud 'Anak Allah' dalam perspektif kepercayaan Yahudi kerana hal ini juga termaktub dalam Kitab suci mereka sementelah mereka juga akrab dengan sebutan ini.

Sebenarnya pemahaman kaum yahudi terhadap istilah 'Anak Allah' atau 'Son of God' agak sedikit berbeza dengan pemahaman kaum Kristian. Jika kita lihat didalam Perjanjian Lama atau Tanakh, istilah 'Anak Tuhan' merupakan suatu cara untuk menunjukkan hubungan istimewa antara manusia dan Tuhan. Umpamanya, didalam Exodus, bangsa Israel digelar 'Anak sulung'. Dalam Psalms (Mazmur), Nabi Daud a.s juga digelar Anak Tuhan. Malah, istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada malaikat, hakim dan penguasa.

Walaubagaimanapun, istilah itu sama sekali tidak membawa idea keturunan secara fizikal, atau membawa persamaan secara zahir dengan Tuhan. Ia tidak lebih hanya sebagai satu ungkapan frasa untuk mengekspresikan sesuatu yang mewakili bayangan dari ciri-ciri ketuhanan, dari satu aspek.

Dalam tradisi Yahudi, istilah Anak Tuhan menggambarkan hubungan istimewa bangsa Israel dengan Tuhan. Mereka percaya mereka adalah bangsa terpilih, yang pertama diberkati dan dikasihi Tuhan. Umpamanya dalam Tanakh disebutkan :

"Ini adalah firman Tuhan, Israel adalah anak sulungku." (Keluaran 4:22)

"Kamu adalah anak-anak TUHAN, Allahmu ... (Ulangan 14:1)

Rabbi Maller ketika mengulas berkenaan ayat diatas menyatakan, "Adakah ini bermaksud bahawa orang Yahudi, baik sebagai individu atau sebagai umat, adalah bersifat Ilahi? Sudah tentu tidak. Tidak ada seorang Rabbi dari yang paling Ortodoks hingga yang paling reformasi yang pernah mengambil ayat-ayat Taurat ini secara harfiah. Bagaimana dengan Yesus? Bukankah dia menyebut dirinya Anak Tuhan? Tidak! Menurut Injil, Yesus sering menyebut dirinya sebagai Anak Manusia. Hanya orang lain yang memanggilnya anak Tuhan dan kebanyakan dari mereka memaksudkannya sama seperti yang dimaksudkan oleh Taurat iaitu orang suci atau umat suci. Istilah anak/anak Tuhan tidak boleh diambil secara harfiah. Ia adalah kiasan. Ia mesti ditafsirkan.

Hal yang sama pernah diulas Rabbi Tovia Singer ketika mengulas berkenaan persoalan mengapa Alquran menyelar kaum yahudi atas gelaran 'Anak Allah' ke atas Uzair. Beliau menjelaskan bahawa tidak ada didalam pemahaman Yahudi istilah 'Anak Allah' bererti sesuatu yang bersifat ilahi (devine). Adapun celaan Allah didalam surah At-Taubah ayat 30 berdasarkan tafsiran dari sebahagian ahli tafsir ditujukan kepada sebuah aliran radikal yahudi di Yaman yang ekstrem dimana kedudukan Uzair sebagai 'Anak Allah' disisi mereka sepertimana kedudukan Isa Al-Masih dikalangan Nasrani.   

Berdasarkan penjelasan dari Rabbi Maller dan Rabbi Tovia ini, kita dapat lihat umat yahudi secara tradisinya tidak pernah melihat istilah "Anak Tuhan' itu sebagai istilah yang membawa pengertian secara hakiki. Hal ini tentu saja menolak apa jua bentuk yang membawa persamaan secara hakikat dengan Tuhan.

Dengan ini kita dapat lihat dakwaan golongan Kristian bahawa orang yahudi menghukum mati Yesus kerana mereka memahami istilah 'Anak Allah' itu memiliki sifat yang sama dengan Tuhan adalah salah dan batil. Maka dengan itu hujah pertama mereka telah tertolak.

Hujah kedua : Gelar 'Anak Allah' pada Yesus adalah tunggal manakala 'anak-anak Allah' adalah jamak bagi umat manusia

Mereka berhujah, "Kita dapat mulai dengan pemahaman sederhana, iaitu membezakan istilah "jamak" dan "tunggal" dalam penggelaran "anak-anak Allah" (plural) dan "Anak Allah" (singular, yang dikenakan kepada Yesus Kristus)". Umpamanya, dalam Lukas 1:32 dan Lukas 1:35 disebutkan :

"Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengurniakan kepada-Nya takhta Daud, bapa leluhur-Nya,"

Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah.

Alkitab memberi terang tentang perbezaan antara Yesus Kristus sebagai "Anak Allah" (tunggal) dan orang beriman sebagai "anak-anak Allah." Yesus Kristus adalah "Anak Allah yang Tunggal, Anak-Nya sendiri," sedang orang beriman diangkat menjadi anak Allah. Hal ini menunjukkan, bahwa ada perbezaan yang besar di antara hubungan Tuhan Allah sebagai Bapa dengan Yesus dan hubungan Tuhan Allah sebagai Bapa dengan orang beriman.

Dalam Perjanjian Baru, bentuk jamak "anak-anak Allah" ditujukan kepada manusia dengan persyaratan tertentu iaitu manusia yang diangkat oleh Allah menjadi anak kerana percaya kepada Yesus Kristus. Didalam Matius 5:9 disebutkan,

"Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah"

Penggunaan ‘anak-anak-Nya’ di sini merujuk kepada Allah sebagai Bapa Syurgawi ciptaan-Nya, jadi umat manusia sejagat adalah anak-Nya walaupun mereka mengakui kenyataan tersebut atau tidak.

Namun gelar "Anak Allah" dalam bentuk tunggal ditujukan kepada Yesus Kristus merujuk kepada kesamaan hakikat dengan Allah. Umpamanya dalam Yohanes 1:14 disebutkan,

"Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran."

Gelar "Anak Allah" bagi Yesus Kristus adalah "gelar keilahian," dan penempatannya berbeza dengan gelar "anak-anak Allah" yang dikenakan kepada manusia/ suatu kelompok umat.

Mereka menambah, "Tidak pernah ada seorang nabi yang disebut sebagai "Anak Allah", bahkan tidak ada gelar "Anak Allah" dalam bentuk tunggal buat manusia. Ungkapan "anak-anak Allah" dalam bentuk jamak ditujukan pertama kali kepada keturunan Set (Kejadian 6:2); kedua kepada malaikat-malaikat (Ayub 1:6); ketiga, kepada bangsa Israel; dan keempat, kepada raja-raja Israel zaman dahulu. Maka, gelar Anak Allah dalam bentuk tunggal hanya dimiliki oleh Yesus Kristus.

Sanggahan : Benarkah ada perbezaan antara gelaran 'Anak Allah' untuk Yesus dan "anak-anak Allah' untuk sekelompok umat manusia? sejauhmana kebenaran dakwaan ini? mari kita analisis.

Dalam isu ini, hendaklah kita membezakan antara isi kandungan teks dengan doktrin yang diterapkan terhadap teks. Jika kita memahami isu ini, kita dengan mudah dapat mematahkan hujah kedua ini. 

Dalam sanggahan yang kedua ini saya akan memberi satu contoh bagaimana satu istilah didalam Bible yang digunapakai untuk merujuk kepada Tuhan namun ia juga digunapakai untuk merujuk kepada makhluk. Istilah tersebut ialah 'elohim'.

Saya pernah menulis berkenaan 'elohim' dalam artikel saya 'Benarkah perkataan 'Elohim' mengisyaratkan wujudnya berbilang Tuhan?, anda boleh rujuk artikel itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan 'elohim'.

Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan, 'El' adalah kata umum untuk tuhan, yang kadang-kadang juga digunakan untuk merujuk kepada tuhan-tuhan yang batil. Elohim bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang haq dan ilah yang palsu tetapi juga merujuk kepada nabi, malaikat, para raja, hakim-hakim dan juga messiah. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang menzahirkan kekuasaan dan kehebatan, maka ia disebut elohim. Namun dalam pemahaman linguistik bangsa Israel, hal ini bukanlah merujuk kepada Tuhan yang haq dan esa, yang menjadi Tuhan bangsa Israel zaman berzaman. Genesis 1:1 adalah contoh bagaimana perkataan elohim merujuk kepada Tuhan yang Esa :

"Pada mulanya Allah (elohim) menciptakan langit dan bumi." (Genesis 1:1)

Namun disana, ada juga penggunaan perkataan 'elohim' untuk merujuk kepada Nabi. Contohnya penggunaan 'elohim' untuk merujuk kepada Nabi Musa a.s didalam Exodus 7:1 :

Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Lihat, Aku mengangkat engkau sebagai allah (Elohim) bagi Firaun, dan Harun, abangmu, akan menjadi nabimu.

Contoh lain ialah bagaimana para hakim dirujuk sebagai 'elohim' didalam Psalms 82:6 :

Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah (elohim), dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian. --

Mari kita lihat pula bagaimana 'elohim' digunakan untuk merujuk kepada malaikat didalam Judges 13:21 dan 22 :

Sejak itu Malaikat TUHAN tidak lagi menampakkan diri kepada Manoah dan isterinya. Maka tahulah Manoah, bahwa Dia itu Malaikat TUHAN.

Berkatalah Manoah kepada isterinya: "Kita pasti mati, sebab kita telah melihat allah (elohim)."

Jika anda melihat kepada beberapa contoh ayat diatas, apakah yang membezakan antara kesemua ayat-ayat diatas? tentunya yang akan menentukan ialah konteks. Namun persoalannya siapa yang menentukan konteks ayat ini? tentu saja ini sangat bergantung kepada doktrin yang dibina oleh pendita agama masing-masing.

Mengapa tidak ada seorang pun dari kalangan penganut yahudi yang melihat Nabi Musa mempunyai persamaan hakikat dengan Tuhan sekalipun ia digelar 'elohim'? Andaikata dalam doktrin kepercayaan yahudi menetapkan para Nabi mereka atau para hakim itu mempunyai esensi atau sifat keilahian tentu hal ini boleh-boleh saja kerana mesej yang terkandung didalam teks mereka seakan menyokong dan memberi pengertian ke arah itu! Namun hal itu tidak terjadi!

Mari kita nilai pula beberapa ayat sebelum ini yang menyebut tentang 'Anak Allah'.

1) Setelah dibaptiskan, Yesus keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan Dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian kedengaran suara dari syurga, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.” – (Matius 3:16-17)

2) Aku mau menceritakan tentang ketetapan TUHAN; Ia berkata kepadaku: "Anak-Ku engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini. (Psalms 2:7)

Mengapa 'Anak-Ku' dalam ayat pertama yang merujuk kepada Yesus bersifat Ilahi manakala 'Anak-Ku' pada ayat kedua yang merujuk kepada Nabi Daud tidak bersifat Ilahi? Jawapannya ialah - doktrin.

1) "Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengurniakan kepada-Nya takhta Daud, bapa leluhur-Nya," (Lukas 1:32)

2) Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian.(Psalms 82:6)

Mengapa 'Anak Allah Yang Mahatinggi' dalam ayat pertama yang merujuk kepada Yesus bersifat Ilahi manakala 'anak-anak Yang Mahatinggi' pada ayat kedua yang merujuk kepada para hakim tidak bersifat Ilahi? Sudah tentu jawapannya ialah - doktrin.

1) Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah. (Lukas 1:35)

2) "Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah" (Matius 5:9)

Mengapa 'Anak Allah' dalam ayat pertama yang merujuk kepada Yesus bersifat Ilahi manakala 'anak-anak Allah' pada ayat kedua yang merujuk kepada pengikut yang membawa damai tidak bersifat Ilahi? Sekali lagi jawapannya ialah - doktrin.

1) Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya. (Yohanes 1:18)

2) "Ini adalah firman Tuhan, Israel adalah anak sulungku." (Keluaran 4:22)

Mengapa 'Anak Tunggal Allah' dalam ayat pertama yang merujuk kepada Yesus bersifat Ilahi manakala 'anak sulungKu' pada ayat kedua yang merujuk kepada bangsa Israel tidak bersifat Ilahi? Apa beza anak tunggal dan anak sulung? Bukankah kedua-duanya tetap anak? Sekali lagi dan sekali lagi, jawapannya ialah - doktrin.

Saya percaya sekiranya seseorang yang - tanpa mempunyai sebarang asas dalam kepercayaan agama Kristian jika dibiarkan membaca kesemua ayat diatas tanpa sebarang penjelasan terlebih dahulu, nescaya dia tidak dapat membezakan maksud kesemua ayat tersebut kerana tidak ada petunjuk jelas yang membezakan antara kesemua jenis 'anak' yang ada. Apakah yang membezakan antara Anak-Ku yang Kukasihi dengan Anak-Ku engkau!, atau antara Anak Allah Yang Mahatinggi dengan anak-anak Yang Mahatinggi? atau 'Anak Allah' dengan 'anak-anak Allah'? Yang pasti dia tentu akan mengatakan, "saya lihat kesemua mereka adalah 'anak Allah' belaka!

Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan doktrin dalam menerapkan maksud sesuatu teks. Justeru dalam hal ini, seseorang sepatutnya bukan merujuk kepada doktrin untuk memahami sesuatu teks, sebaliknya menilai sendiri sesuatu teks itu dengan pandangan yang lebih subjektif, luas dan seimbang.

Akhirnya kita dapat membuat kesimpulan, apakah ia 'Anak Allah', 'anak-anak Allah' atau 'Anak Tunggal', sebenarnya tidak ada satu indikasi jelas yang dapat memberi perbezaan antara kesemua ayat-ayat tadi melainkan ia hanya ditokok tambah dengan doktrin yang direka-reka.




Rujukan :

1) Apakah maksud Yesus ialah Anak Allah? - Gotquestions Bahasa Melayu.
2) Yesus, Anak Allah - Sarapan Pagi Biblika.
3) Yesus Kristus adalah Anak Allah - Pesankasihdarisyurga.blogspot
4) Siapakah 'Anak Allah' di dalam Alkitab? - Sabdaharian.com
5) Apakah Yang Dimaksud Dengan “Anak Allah”? - Isadanislam.org
6) Son of God - wikipedia
7) Sons of God - Rabbi Maller.com
8) Why does the Quran condemn the jews for revering Ezra as the Son of God? Rabbi Tovia Singer reponds - Youtube

Thursday, November 5, 2020

Tuhan atau Tuan?


TUHAN ATAU TUAN?


"Kamu menyebut Aku Guru dan TUHAN, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan TUHAN." (John 13:13)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Saya tertarik dengan satu video di Youtube dimana seorang peserta Kristian di forum Dr Zakir Naik* bertanyakan tentang status dakwaan Yesus yang mengaku sebagai Tuhan dalam ayat diatas semasa beliau berforum di Indonesia. Hal ini mungkin bertitik tolak dari cabaran Dr Zakir Naik dalam forumnya yang meminta supaya mana-mana individu dapat mendatangkan satu ayat bukti dari Bible dimana Yesus mengaku sebagai 'Akulah Tuhan' dan 'sembahlah Aku'. Sebenarnya cabaran itu bukan sahaja popular dengan Dr Zakir Naik, malah guru beliau Syeikh Ahmad Deedat juga pernah memberi cabaran yang sama kepada para penentangnya. 

Peserta yang merupakan rakyat Indonesia itu tentu saja menyangka bahawa beliau telah pun memberi 'jawapan' kepada cabaran Dr Zakir Naik itu. Namun, hal itu bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh Dr Zakir Naik, malah sebaliknya membuatnya sedikit keliru. Hal ini kerana peserta itu memahami ayat itu menurut pengertian Bahasa Indonesia manakala Dr Zakir Naik memahaminya dalam bahasa Inggeris. 

Amat menarik apabila disuatu video yang lain*, (saya tidak pasti Dr Zakir Naik berforum dimana, namun kelihatannya seperti di Malaysia), seorang peserta bertudung labuh turut bertanyakan soalan yang sama, iaitu dakwaan ketuhanan Yesus dalam ayat John 13:13. Persoalannya, kenapa para peserta forum DZN dinusantara memahami ayat ini sebagai pengakuan Yesus terhadap ketuhanannya? 

Jawapannya terletak pada terjemahan 'Tuhan' yang disandarkan pada Yesus.

Jika anda membaca Alkitab Terjemahan Baru (yang dikelola Lembaga Alkitab Indonesia), anda akan temui dimana-mana sahaja Yesus akan dipanggil 'Tuhan' baik oleh Paulus, murid-muridnya (The Apostles) atau masyarakat. Hatta dalam merujuk dirinya sendiri, Yesus juga menggunakan kata 'Tuhan' seperti ayat diatas. Sebagai contoh, 

Luke 2:11 : Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, TUHAN, di kota Daud.

Philippians 1:2 : Kasih karunia dan damai sejahtera dari Allah, Bapa kita, dan dari TUHAN Yesus Kristus menyertai kamu.

Philippians 2:11 : Dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah TUHAN," bagi kemuliaan Allah, Bapa!

Jika inilah yang anda temui, sudah pasti cabaran Dr Zakir Naik dan Syeikh Ahmad Deedat yang berbunyi "datangkan kepada saya satu ayat dimana Yesus menyebut, 'Akulah Tuhan' dan 'sembahlah Aku' amat mudah dipatahkan, namun hakikatnya tidaklah begitu. 


Meneroka terjemahan 'Lord' kepada 'Tuhan'

Jika anda membaca Bible dalam bahasa Inggeris, anda akan dapati bahawa Yesus banyak dirujuk dengan gelaran 'Lord'. Hal ini berbeza kerana dalam Alkitab versi bahasa Indonesia, dimana Yesus banyak dirujuk dengan gelaran 'Tuhan'. Jika anda melihat tiga ayat contoh yang telah saya berikan diatas, maka versi Inggerisnya berbunyi, 

Luke 2:11: "For there is born to you this day in the city of David a Savior, who is Christ the LORD. 

Philippians 1:2 : Grace to you and peace from God our Father and the LORD Jesus Christ.

Philippians 2:11 : and [that] every tongue should confess that Jesus Christ [is] LORD, to the glory of God the Father.

Oleh itu mari kita nilai sejauhmana penerjemahan 'Lord' kepada Tuhan ini tepat dari sudut bahasa dan aspek teologi. 

Perkataan 'Lord' dalam Bible sebenarnya adalah terjemahan dari perkataan Κύριος (Kyrios) didalam teks asal Bible yang berbahasa Yunani. Jika anda meneliti kamus berbahasa Yunani maka anda dapati penggunaan 'Kyrios' bermaksud :  

Strong's #2962: kurios ( (pronounced koo'-ree-os)

- from kuros (supremacy); supreme in authority, i.e. (as noun) controller; by implication, Master (as a respectful title):-- God, Lord, master, Sir.

Jika diterjemah kedalam Bahasa Melayu : 

- dari kurios (ketuanan); berkuasa tertinggi, iaitu (sebagai kata nama) pengawal; secara tersirat, Tuan (sebagai gelaran yang dihormati): - Tuhan, Tuan, tuan, Tuan.

Dalam Thayer's Greek Lexicon pula dinyatakan:

κύριος,n  \{koo'-ree-os}

1) he to whom a person or thing belongs, about which he has  power of deciding; master, lord  1a) the possessor and disposer of a thing  1a1) the owner; one who has control of the person, the master  1a2) in the state: the sovereign, prince, chief, the Roman emperor  1b) is a title of honour expressive of respect and reverence,  with which servants greet their master  1c) this title is given to: God, the Messiah (For Synonyms see entry 5830).

Jika diterjemah kedalam Bahasa Melayu : 

κύριος, n \ {koo'-ree-os} 

1) dia yang kepadanya seseorang atau benda itu, yang mana dia mempunyai kuasa untuk memutuskan; tuan, tuan 1a) pemilik dan pelupus sesuatu 1a1) pemilik; seorang yang mempunyai kawalan orang itu, tuan 1a2) di negeri ini: penguasa, putera, ketua, maharaja Romawi 1b) adalah gelar penghormatan yang menyatakan (penghormatan dan penghormatan, dengan hamba-hamba yang menyapa tuan mereka 1c) diberikan kepada: Tuhan, Mesiah ( untuk Sinonim lihat senarai 5830).

Mari kita lihat pula maksud 'Lord' dalam Bahasa Inggeris mengikut Kamus Oxford Leaner's Dictionary : 

1 - a man of high rank in the nobility (= people of high social class), or somebody who has been given the title ‘lord’ as an honour

2 - Lord : the title used by a lord

3 - Lord : a title used for some high official positions in the UK

4 - My Lord : a title of respect used when speaking to a judge, bishop or some male members of the nobility (= people of high social class)

5 - ​a powerful man in medieval Europe, who owned a lot of land and property

6 -  ​(usually the Lord) : [singular] a title used to refer to God or Christ

7 - ​Our Lord [singular] :  a title used to refer to Christ

8 - ​the Lords(also House of Lords) : [singular + singular or plural verb] (in the UK) the part of Parliament whose members are not elected by the people of the country

9 - ​the Lords(also House of Lords) : [singular] the building where members of the House of Lords meet

Jika saya terjemahkan kedalam Bahasa Melayu : 

1 - seorang lelaki yang berpangkat tinggi dalam golongan bangsawan (= orang dari kelas sosial tinggi), atau seseorang yang telah diberi gelaran 'tuan' sebagai penghormatan

2 - Tuan: gelaran yang digunakan oleh tuan

3 - Lord: gelaran yang digunakan untuk beberapa jawatan rasmi tinggi di UK

4 - Tuanku: gelaran penghormatan yang digunakan ketika berbicara dengan hakim, uskup atau beberapa anggota lelaki bangsawan (= orang dari kelas sosial tinggi)

5 - orang berpengaruh di Eropah pada abad pertengahan, yang memiliki banyak tanah dan harta benda

6 - (biasanya Tuhan): [tunggal] gelaran yang digunakan untuk merujuk kepada Tuhan atau Kristus

7 - Tuan kita [tunggal]: gelaran yang digunakan untuk merujuk kepada Kristus

8 - Lords (juga House of Lords): [singular + kata kerja tunggal atau jamak] (di UK) bahagian Parlimen yang anggotanya tidak dipilih oleh rakyat negara itu

9 - Lords (juga House of Lords): [tunggal] bangunan di mana ahli-ahli House of Lords bertemu

Kita dapat lihat terdapat persamaan fungsi dalam penggunaan perkataaan κύριος,n (Kyrios) dan 'Lord' dalam bahasa Inggeris. Tidak dinafikan terjemahan perkataan κύριος,n (Kyrios) dalam bahasa Yunani atau Lord dalam bahasa Inggeris memberi banyak maksud. Namun pengertian yang terbanyak dan teratas merujuk kepada tuan, pemilik, penguasa, putera, orang yang berpengaruh, ketua atau gelaran penghormatan (seperti hamba menyapa tuan) meskipun tidak dinafikan ia juga digunapakai untuk merujuk kepada Tuhan/Mesiah/Yesus. 

Dalam usaha mencari padanan bagi kyrios, wajarlah kita melihat sama ada terdapat kata dalam bahasa Malaysia yang mendukung konsep yang ingin disampaikan dalam bahasa sumber. Untuk itu, mari kita lihat adakah perkataan 'Tuan' mendukung terjemahan untuk perkatan Kyrios. Diantara maksud 'Tuan' dalam Kamus Dewan ialah : 

1 - orang tempat menghambakan diri

2 - orang laki-laki (yg dihormati)

3 - punya pemilik (kedai, perusahaan, dll)

3 - kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun

4 - panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati

5 - orang bangsawan, ningrat

6 - menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap)

7 - mempertuan, mempertuankan menganggap (mengakui) tuan

Dengan melihat maksud 'Tuan' didalam Kamus Dewan, nyatalah terjemahan Kyrios atau 'Lord' kedalam Bahasa Malaysia ialah 'Tuan' dan bukannya Tuhan. Hal ini kerana melihat pada kesamaan dari sudut penggunaan dan maksud perkataan. 


Kesongsangan terjemahan 'Lord' bagi Yesus kepada 'Tuhan'

Mungkin penganut Kristian dinusantara mendakwa, terjemahan 'Lord' kepada Tuhan adalah tepat. Ini kerana perkataan 'Lord' juga terkadang digunakan untuk merujuk Allah, umpamanya dalam Perjanjian Lama, Deutoronomy 2:15 menyebut : 

NKJV : For indeed the hand of the LORD was against them, to destroy them from the midst of the camp until they were consumed.

Alkitab Terjemahan Baru : dan tangan TUHAN juga melawan mereka untuk menghamburkan mereka dari perkemahan, sampai mereka habis binasa.

Atau dalam Isaiah 2:2 disebutkan, 

NKJV : Now it shall come to pass in the latter days [That] the mountain of the LORD'S house Shall be established on the top of the mountains, And shall be exalted above the hills; And all nations shall flow to it.

Alkitab Terjemahan Baru : Akan terjadi pada hari-hari yang terakhir: gunung tempat rumah TUHAN akan berdiri tegak di hulu gunung-gunung dan menjulang tinggi di atas bukit-bukit; segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana,

Lord disini merujuk kepada Allah, bukan Yesus. Jadi bagi mereka, apa salahnya Yesus disebut Tuhan sementelah pula memang itulah keyakinan mereka! 

Meskipun perkataan 'Lord' digunakan untuk Allah dalam Perjanjian Lama, namun itu bukanlah hujah perkataan 'Lord' untuk Yesus itu bermaksud Tuhan. Untuk menentukan maksudnya yang sebenar, kita perlu melihat pada konteks ayat. Disini saya bawakan satu contoh bukti ketempangan penerjemahan 'Lord' untuk Yesus dengan terjemahan 'Tuhan'. 

1 Corinthians 8:4-6 : Tentang hal makan daging persembahan berhala kita tahu: "tidak ada berhala di dunia dan tidak ada Allah lain dari pada Allah yang esa." Sebab sungguhpun ada apa yang disebut "allah", baik di sorga, maupun di bumi--dan memang benar ada banyak "allah" dan banyak "tuhan" yang demikian -- namun bagi kita hanya ada SATU ALLAH saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan SATU TUHAN saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.

Ayat diatas saya petik dari Alkitab Terjemahan Baru, anda dapat lihat kontradiksi berlaku kerana pada ayat 6 disebutkan bahawa hanya ada satu Allah sahaja - iaitu Bapa - yang sudah tentu membawa maksud hanya ada satu Tuhan sahaja - , namun pada ayat seterusnya dikatakan pula bahawa hanya ada satu Tuhan sahaja, yakni Yesus. Apakah ada perbezaan antara Allah dan Tuhan? Apakah Allah dan Tuhan itu berlainan? Berapakah Tuhan yang ada? Bukankah mengatakan Allah itu satu (yakni Bapa) sudah cukup menafikan tuhan-tuhan lain, dan bukankah pula dengan mengiktiraf Yesus sebagai Tuhan bererti mengecualikan tuhan-tuhan lain selain Yesus? Siapa yang sebenar-benarnya Tuhan ini? Bapa atau Yesus? Tentu ini memeningkan bukan? 

Oleh sebab itu apabila anda melihat Bible dalam bahasa Inggeris, ayat 1 Corinthians 8:6 itu akan berbunyi, 

NKJV : yet for us [there is] one God, the Father, of whom [are] all things, and we for Him; and one Lord Jesus Christ, through whom [are] all things, and through whom we [live].

Dalam versi bahasa Inggeris, anda dapat lihat perkataan yang digunakan untuk merujuk Tuhan Bapa ialah 'God' atau terjemahan melayunya Allah manakala perkataan 'Lord' untuk Yesus. Apabila God dan Lord berada dalam sebaris ayat yang sama, sudah tentu maksud dari bahasanya akan berubah mengikut konteks ayat, kerana tidak mungkin dua makna yang bertentangan akan digunakan dalam satu ayat yang sama. Maka disini, anda dapat mengetahui apakah maksud 'Lord' dalam ayat ini yang digunakan untuk merujuk kepada Yesus. 

Oleh sebab itulah, jika anda membaca Alkitab Terjemahan Baru kelolaan Lembaga Alkitab Indonesia, maka anda temui banyak dialog-dialog yang tidak sesuai dengan nilai tradisi hubungan antara manusia dan Tuhan. Umpamanya, dalam Matthew 8:24 - 25 disebutkan : 

"Sekonyong-konyong mengamuklah angin ribut di danau itu, sehingga perahu itu ditimbus gelombang, tetapi Yesus tidur. Maka datanglah murid-murid-Nya membangunkan Dia, katanya: "TUHAN, tolonglah, kita binasa."

Dalam ayat ini kita dapat lihat bagaimana 'tuhan' yang sedang tidur dikejutkan oleh pengikutnya. 

Mathhew 17:4 : Kata Petrus kepada Yesus: "TUHAN, betapa bahagianya kami berada di tempat ini. Jika Engkau mau, biarlah kudirikan di sini tiga kemah, satu untuk Engkau, satu untuk Musa dan satu untuk Elia."

Bolehkah seorang manusia menyapa dan mempelawa 'tuhan' untuk mendirikan khemah layaknya seorang manusia menawarkan tempat itu kepada manusia lain? 

John 4:7 - Maka datanglah seorang perempuan Samaria hendak menimba air. Kata Yesus kepadanya: "Berilah Aku minum."

John 4:11 - Kata perempuan itu kepada-Nya: "TUHAN, Engkau tidak punya timba dan sumur ini amat dalam; dari manakah Engkau memperoleh air hidup itu?

Bentuk komunikasi antara sesama manusia dapat dilihat dengan jelas. Ini bukannya cara manusia berdialog dengan Tuhan yang maha agung. Mari kita lihat contoh lainnya, 

Luke 24:1 - tetapi pagi-pagi benar pada hari pertama minggu itu mereka pergi ke kubur membawa rempah-rempah yang telah disediakan mereka.

Luke 24:2 - Mereka mendapati batu sudah terguling dari kubur itu,

Luke 24:3 - dan setelah masuk mereka tidak menemukan mayat TUHAN Yesus.

Berdasarkan petikan ini, 'tuhan' telah menjadi mayat. Logikkah Tuhan yang bersifat maha perkasa boleh bertukar menjadi mayat? Dimanakah keagungan Tuhan? 

1 Corinthians 11:26 - Sebab setiap kali kamu makan roti ini dan minum cawan ini, kamu memberitakan kematian TUHAN sampai Ia datang.

Didalam ayat ini dinyatakan Tuhan telah mengalami kematian. Amat rendah dan tercela sekali apabila kematian disandarkan kepada Tuhan. Bagaimana mungkin sebutan Tuhan yang dikhususkan bagi Sang Pencipta yang agung, dapat mengalami kematian dan menjadi mayat? Kita masih terngiang ungkapan kontroversial dan sarkastis failasuf Friedrich Nietzhe “God is Dead”.

Jika beginilah gambaran tuhan dalam Bible, maka ia tidak ada bezanya kepercayaan ini dengan agama Hindu atau dewa-dewa dalam kepercayaan pagan kuno yang menganggap Tuhan dapat mati dan bangkit kembali. 

Dalam sejarah dan tradisi Islam, komunikasi antara manusia dengan Tuhan biasanya diungkapkan dalam bentuk ungkapan yang penuh penghormatan, ketundukan dan pengagungan. Lihat sahaja bagaimana Allah subhanahu wa taala mengajarkan bagaimana hambaNya ingin berdialog denganNya. 

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami,  wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Mumtahanah: 5)


رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu untuk memohon kepadaMu sesuatu yang aku tidak memiliki ilmu tentangnya. Dan sekiranya Engkau tidak mengampuniku dan menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi". (Surah Hud: 47)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh." (Surah An-Naml: 19)

Lihatlah bagaimana bezanya dialog manusia dengan Tuhannya didalam kitab Bible dibandingkan dengan Alquran. Alquran memaparkan kelembutan dan kesopanan seorang hamba dihadapan Tuhannya, sesuai kedudukan seorang hamba dihadapan Tuhannya yang maha agung lagi maha terpuji. 

Maka dengan itu, sayugialah panggilan atau terjemahan 'Tuhan' yang disandarkan kepada Yesus disemak dan dinilai semula. Hal ini sudah tentu akan membawa kita semakin dekat dengan kebenaran. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 "Kamu menyebut Aku Guru dan JUNJUNGAN, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan JUNJUNGAN." (John 13:13 - Alkitab versi KSI tahun 2000).



Rujukan : 

Video Youtube * = AYAT DIMANA YESUS MENGAKU TUHAN di BIBEL INDONESIA - https://youtu.be/ayg0g0wBOUQ

1) Penggunaan 'Tuan' Yesus - Injil.cc

2) The Defenders of Dakwah - JalanIbrahim.wordpress.com

3) BibleTools.org 

4) Sabdaweb.org

5) HARUSKAH GELAR KURIOS (ADON) BAGI YESUS DITERJEMAHKAN TUHAN? - Pijarpemikiran@blogspot.com

6) UstazIdrisSulaiman.wordpress




Thursday, August 20, 2020

1 JOHN 5-7 ADALAH PALSU?




1 JOHN 5-7 ADALAH PALSU?





1 John 5:7 adalah palsu? 

Tahukah anda bahawa didalam 31,000 ribu lebih ayat dalam Al-kitab (Bible) namun agama Kristian hanya mempunyai satu ayat sahaja yang secara jelas menyatakan konsep tritunggal? Dan tahukah anda, bahawa ayat yang satu itu pun adalah ayat kontroversi yang dipertikaikan kesahihannya?

Ya, itulah sebenarnya kedudukan konsep tritunggal dalam agama kristian. Meskipun ia merupakan doktrin yang penting dalam ajaran gereja, namun ia bukanlah merupakan suatu doktrin yang disokong sepenuhnya oleh Al-Kitab. Doktrin tritunggal sebenarnya disusun dari beberapa taburan ayat yang tidak pun secara jelas mendukung rupa bentuk doktrin tersebut.

Diantara ayat yang paling popular dan paling jelas menyatakan konsep tritunggal ialah 1 John 5:7. Ayat ini adalah merupakan pernyataan paling terang dan jelas tentang konsep tritunggal berbanding ribuan ayat lain yang masih samar-samar maksudnya. Ayat tersebut berbunyi :

1 John 5:7 : "Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu."

Ayat ini dengan jelas mendukung konsep tritunggal kerana ketiga entiti ketuhanan dinyatakan dalam satu kesatuan. Menurut teolog kenamaan dari Belanda, Dr G.C Van Niftrik, ayat itu adalah satu-satunya landasan ajaran tritunggal dalam Alkitab. Dalam bukunya yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dia berkomentar:

“Alasan yang menimbulkan dogma Trinitas mungkin terdapat dalam I Yohanes 5:7: Sebab ada tiga yang memberi kesaksian di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu (Dr G.C Van Niftrik, Dogmatik masa kini, BPK Gunung Mulia, Jakarta 2002, hal 549).

Sekalipun ia dengan jelas menyatakan konsep tritunggal dan merupakan hujah yang paling kuat bagi golongan trinitatian, namun amat malang sekali ayat ini diselubungi kontroversi kerana ayat ini akhirnya dibuang dalam banyak Al-Kitab yang telah direvisi (disemak semula) dan para sarjana kristian mengakui ia adalah ayat sisipan yang diada-adakan zaman terkemudian dan bukan ayat yang ada dalam salinan injil yang tertua. Apakah yang terjadi disebalik semua ini?

Mengapa ini terjadi? 

Ayat yang terdapat pada ayat 1 John 5:7 dan 1 John 5:8 sebenarnya telah menjadi bahan perdebatan panjang dalam studi Alkitab Kristian, terutama bahagian Perjanjian Baru, kerana dipertikaikan keasliannya. Perdebatan ini menyangkut diskusi mengenai integriti dokumen kuno Perjanjian Baru serta ketelitian para jurutulis dalam melestarikan teks Alkitab dalam salinan-salinan dari abad ke abad. Dalam bidang studi Alkitab, ayat ini dikenali dengan istilah Comma Johanneum - yang bermaksud 'dipotong dari'. Selain itu ia juga turut dikenali dengan istilah "Johannine Comma", "Heavenly Witnesses", "Saksi-saksi syurgawi", "1 Yoh 5:7", "1 John 5:7" atau "1 John v:7".

Sebenarnya, naskah atau versi Alkitab yang wujud pada hari ini adalah terjemahan daripada manuskrip-manuskrip kuno Alkitab pada masa silam. Manuskrip-manuskrip ini merupakan rujukan utama untuk kerja penyalinan dan penyuntingan Alkitab. Dalam sejarah pembukuan Alkitab, ada dua kerja-kerja penterjemahan yang boleh dikatakan terkemuka iaitu Textus Receptus oleh Desiderius Erasmus pada abad ke-16 dan Novum Testamentum Graece yang merupakan hasil kerja Eberhard Nestle pada abad ke-19. Hasil kerja mereka ini membentuk 'textual base' yang akan menjadi teks basis bagi percetakan dan penghasilan Alkitab diseluruh dunia. Textus Receptus banyak bergantung kepada manuskrip Latin Vulgate yang usianya sekitar abad ke-4 manakala Novum Testamentum Graece pula banyak merujuk kepada teks-teks Alexandria yang lebih tua iaitu yakni sebelum abad ke-4. Antaranya teks Alexandria yang paling tertua didunia ialah Codex Sinaiticus yang usianya sekitar 330-360 masehi. Ia ditemui pada 1844 di Gunung Sinai, Mesir.

Antara Alkitab yang menggunakan tekstual basis dari Textus Receptus ialah King James Version, Quaker Bible, New King James Version, Modern English Version dan sebagainya lagi. Manakala Alkitab yang menggunakan teks basis dari Novum Testamentum Graece ialah American Standard Version, New International Version, Revised Standard Version dan sebagainya.

Didalam versi Alkitab yang menggunakan Novum Testamentum Graece sebagai teks basis, apabila didapati tulisan dari naskah Alkitab (sebagai contoh dari Textus Receptus) tidak ditemukan pada manuskrip yang lebih tua, edisi yang menggunakan Novum Testamentum Graece ini akan membuang ayat tersebut atau mengekalkannya dengan diberi catatan nota kaki ( ayat biasanya diletakkan dalam kurungan untuk menunjukkan bahawa ayat ini tidak wujud dalam manuskrip yang lebih tua).

Dalam kes ini, jika kita perhatikan ayat 1 John 5:7 yang terdapat dalam Alkitab King James Version (KJV) yang menggunakan 'textual base' dari Textus Receptus, ia berbunyi : 

1 John 5:7 : “For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one.”

Dalam terjemahan Bahasa Melayunya berbunyi : "Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu".

Namun dalam Alkitab Versi NIV (New International Version) dan NASV (New American Standard Version) yang menggunakan teks basis dari Novum Testamentum Graece, ayat ketujuh sebenarnya hanya menyebut 'kerana ada tiga yang memberi kesaksian' manakala ayat ke lapan berbunyi, "iaitu Roh, Air dan Darah, dan ketiganya sepakat".

(NIV) 1 John 5:7-8: For there are three that testify: 8 the Spirit, the water and the blood; and the three are in agreement.

(NASV) 1 John 5:7-8 : For there are three that testify: 8 the Spirit and the water and the blood; and the three are in agreement.

Jika terjemahan melayunya, ia berbunyi : "Dan ada tiga yang memberi kesaksian di bumi): Roh dan air dan darah dan ketiganya adalah satu." (Versi TB).

Anda dapat lihat, berdasarkan teks basis Novum Testamentum Graece, ayat asalnya hanya menyebut ada tiga yang memberi kesaksian, tetapi tidak menyebut 'Bapa, Firman dan Roh Kudus' serta ayat "dan ketiganya adalah satu". Namun dalam teks basis Textus Receptus, ia telah ditambah dengan ayat ini. Ini membawa kesimpulan, ayat tersebut tidak ada dalam manuskrip yang lebih tua dibanding dengan manuskrip Textus Receptus yang muncul pada abad ke-15.

Perbezaan dua ayat dalam versi yang berlainan ini amatlah serius dan memberi kesan kepada doktrin agama kristian. Hal ini kerana ia merupakan satu-satunya ayat yang dengan jelas mengindikasikan doktrin tritunggal. Jika ayat ini pun telah dipertikaikan kesahihannya, apa lagi ayat-ayat lain yang kemungkinan juga berlaku penyusupan oleh penyalin terkemudian. 

Walaubagaimanapun oleh kerana badan-badan yang menerbitkan naskah-naskah Alkitab kristian ini tidak diseragamkan dan diletakkan dibawah satu autoriti sesuai dengan kebebasan beragama dibarat, maka penerbit-penerbit Alkitab pada masa ini mempunyai hak menerbitkan teks Alkitab yang mereka yakini. Sehingga kini, dianggarkan terdapat 150 versi Alkitab yang beredar diserata dunia. Ada versi yang masih mengekalkan ayat ini dan ada versi yang telah membuang ayat ini.  

Dakwaan validiti yang tidak masuk akal

Meskipun pada sarjana Kristian telah mempertikaikan kewujudan ayat ini, namun tetap saja mereka mempertahankan validiti ayat ini didalam Alkitab. Umpamanya, Terjemahan NIV (The New International Version Study Bible), mengkomentari (memberikan catatan kaki) bahwa 1 John 5:7 tidak ditemukan dalam manuskrip-manuskrip Yunani ataupun dalam terjemahan-terjemahan P.B. sebelum abad ke-16.

Dr. A.T. Robertson, salah seorang sarjana biblikal yang kritis, didalam komentarinya, '"Word Pictures in New Testament" juga meragukan eksistensi ayat ini dan menjelaskan bahwa ayat tersebut hanya ada dalam terjemahan bahasa Latin Vulgate, yang kemudian diambil oleh Erasmus untuk melengkapi Textus Receptus (TR). Dan menurut Robertson teks tersebut tidak ditemukan dalam manuskrip-manuskrip Yunani. Dalam edisi pertama teks Erasmus ayat tersebut tidak ada hingga akhirnya ditambahkan dari Vulgate.

Namun golongan Kristian mendakwa, teks tersebut memang wujud dalam manuskrip lama, umpamanya blog SarapanPagi.org mendakwa bahawa teks tersebut ditemukan dalam lapan manuskrip Yunani yang sangat penting dan empat diantaranya tertanggal sebelum abad ke-16, yaitu, Greek Minuscules. 61 (XVI), 88(XII), 221(X), 918 (XVI). Selain itu dakwa mereka, banyak terjemahan-terjemahan Latin yang sangat mendukung kewujudan 1 John 5:7b-8a ini. Kurang lebih ada 8,000 manuskrip Latin dan sebagian besar berisi 1 John 5:7b-8a.

Yang terpenting adalah versi Old Latin yang dipergunakan oleh bapa-bapa gereja seperti Tertulianus (A.D. 155-220) dan Cyprian (A.D. 200-258 ), yang lebih tua dari codex Aleph & B yang dipakai dasar Critical Text (abad IV) berisi 1 John 5:7b-8a. Kerana terjemahan-terjemahan Latin berdasarkan pada teks Yunani, maka kesimpulannya ialah dalam manuskrip-manuskrip Yunani kuno teks itu pasti ada.

Alasan lain yang dijadikan dasar ialah bahwa terjemahan Alkitab Latin Vulgate oleh Jerome (340-420 A.D.), yang berisikan Johannine Comma diterjemahkan dari teks Yunani yang baik. Namun apa yang penulis tidak dapat menerima ialah apabila dakwaan Jerome didalam "Prologe to the Canonical Epistles" , Jerome menulis :"Para penerjemah yang tidak bertanggung jawab menghapus kesaksian ini (1 John 5:7b-8a) dalam codex-codex Yunani."

Persoalan yang ingin penulis lontarkan, atas dasar motif apakah penerjemah-penerjemah Alkitab ini menghapuskan ayat ini (1 John 5:7b-8a) ini?? Bukankah itu kitab suci mereka dan tiada sebarang campurtangan pun dari orang Islam atau Yahudi dalam pengolahan kitab suci mereka itu?? Bukankah ayat itu merupakan ayat yang penting dan merupakan pernyataan iman mereka yang sangat fundamental?? Ternyata ini suatu alasan yang sangat tidak diterima.

Natijah

Disebabkan kesukaran mencari ayat yang boleh menyokong doktrin tritunggal secara mutlak inilah menyebabkan lahirnya ajaran Mormonisme yang percaya kepada ketuhanan Bapa, Yesus dan Roh Kudus namun tidak percaya bahawa ketiganya dalam satu kesatuan yang disebut tritunggal sepertimana lazimnya ajaran Kristian yang dipelopori oleh Katolik dan Protestan. Ajaran Mormonisme percaya Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah tiga entiti yang terpisah dan tersendiri, namun bersatu dalam kesatuan yang bersifat metafora (yakni satu tujuan, semangat dan kegemilangan), berbeza dengan aliran ortodok kristian yang percaya kesatuan tritunggal adalah dalam perihal hakikat, kudrat dan intipati ketuhanan. Hal ini tidaklah menghairankan kerana interpretasi demikian akan wujud dalam sejarah agama Kristian memandangkan teks yang jelas menyebut konsep triniti amatlah sukar ditemui didalam Alkitab.     

Gereja Mormon atau juga dikenali dengan nama The Church Of Jesus Christ Of Latter Day Saints diasaskan oleh Joseph Smith pada 1838 di Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat sahaja mereka mempunyai 6.5 juta ahli dan merupakan denominasi keempat kristian terbesar di Amerika Syarikat. Kini mereka dikatakan mempunyai 16 juta ahli dan tergolong dalam kalangan non-trinitarian.


Rujukan :
1 - Comma Johanneum - Wikipedia Bahasa Melayu
2 - KEPALSUAN KITAB I YOHANES 5:7-9 - 3bukan1.wordpress.com
3 - Codex Sinaiticus - Wikipedia
4 - 1 Yohanes 5:7-8 perbedaan Text - Sarapan Pagi.org
5 - God in Mormonism - Wikipedia
6 - The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints - Wikipedia
7 - List of major textual variants in the New Testament - Wikipedia

Tuesday, May 26, 2020

'Echad' vs 'Yachid'



ECHAD VS YACHID



Diantara dakwaan para penganut Kristian tentang kewujudan konsep tritunggal dalam Alkitab Perjanjian Lama adalah berdasarkan penggunaan perkataan 'echad', yang diyakini membawa maksud 'kesatuan berbilang peribadi' (tritungal) dalam wujud Tuhan. 

'Echad' adalah perkataan dalam bahasa Ibrani yang membawa maksud 'satu'. Ia mirip seperti perkataan 'ahad' dalam bahasa arab yang juga bermaksud 'satu'. Dalam penggunaannya dalam Perjanjian Lama, ia terkadang membawa maksud tunggal dan terkadang membawa maksud kesatuan dari beberapa unsur. Umpamanya, didalam Deutoronomy 6:4 disebutkan : 

- "Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! (Echad)

דשְׁמַ֖ע יִשְׂרָאֵ֑ל יְהֹוָ֥ה אֱלֹהֵ֖ינוּ יְהֹוָ֥ה | אֶחָֽד:

- She-ma yisrael, adonai eloheinu, adonai echad

Dalam hal ini, para penganut Kristian melihat penggunaan perkataan echad juga digunakan dalam ayat yang lain, namun merujuk kepada maksud kesatuan atau kesepaduan dari beberapa entiti (unified oneness). Contohnya didalam Genesis 2:24 disebutkan, 

Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging (echad). 

Didalam Perjanjian Baru, Yesus juga memetik ayat yang sama didalam Matius 19:4 - 5:

Matius 19:4 - Jawab Yesus: "Tidakkah kamu baca, bahwa Ia yang menciptakan manusia sejak semula menjadikan mereka laki-laki dan perempuan?

Matius 19:5 - Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging (echad).

Contoh lain, 

Numbers 13:23 - Ketika mereka sampai ke lembah Eskol, dipotong merekalah di sana suatu cabang dengan setandan (echad) buah anggurnya, lalu berdualah mereka menggandarnya; juga mereka membawa beberapa buah delima dan buah ara.

Jika dilihat pada terjemahan Inggeris (NKJV), ia berbunyi : 
Then they came to the Valley of Eshcol, and there cut down a branch with one cluster (echad) of grapes; they carried it between two of them on a pole. [They] also [brought] some of the pomegranates and figs.

Atas dasar inilah, mereka percaya bahawa 'echad' membawa maksud berbilangnya objek atau entiti dalam kesatuan (compound unity) - yang akhirnya - membawa kesimpulan konsep tritunggal dalam ayat Deutoronomy 6:4. Namun sejauhmana kebenaran dakwaan ini? 

Sebenarnya, 'echad' dalam bahasa Ibrani mempunyai maksud 'satu' sepertimana ia berfungi dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa inggeris, 'one' boleh digunakan dalam pelbagai maksud, ia boleh jadi satu dalam erti kata ketunggalan sesuatu objek atau entiti ataupun kepelbagaian objek atau entiti. Mari kita lihat penggunaannya didalam Tanakh : 

Deuteronomy 17:6 : Atas keterangan dua atau tiga orang saksi haruslah mati dibunuh orang yang dihukum mati; atas keterangan satu (echad) orang saksi saja janganlah ia dihukum mati.

Contohnya lain dalam Ecclesiastes 4:9–12 disebutkan : 

4:9 - Berdua lebih baik dari pada seorang diri (echad), karena mereka menerima upah yang baik dalam jerih payah mereka.

4:10 - Karena kalau mereka jatuh, yang seorang (echad) mengangkat temannya, tetapi wai orang yang jatuh, yang tidak mempunyai orang lain untuk mengangkatnya!

4:11 - Juga kalau orang tidur berdua, mereka menjadi panas, tetapi bagaimana seorang (echad) saja dapat menjadi panas?

4:12 - Dan bilamana seorang (echad) dapat dialahkan, dua orang akan dapat bertahan. Tali tiga lembar tak mudah diputuskan.

Kita dapat lihat bahawa 'echad' juga digunakan untuk merujuk kepada ketunggalan sesuatu objek atau entiti. Dalam hal ni, kalaulah saya hendak membandingkan ia dengan bahasa melayu, saya boleh katakan 'echad' umpama perkataan 'satu' dalam bahasa melayu. Maka dalam hal ini boleh saja saya menyebut "Disana ada satu (echad) kumpulan nasyid yang terdiri dari 4 anggota" atau "Saya akan berikan awak satu (echad) tandan pisang petang nanti". Hal ini tidak bererti 'satu' sentiasa membawa maksud kepelbagaian dalam kesatuan (unified oneness), kerana saya juga boleh menggunakannya dalam sebutan lain umpamanya, "disana hanya ada satu (echad) buah kereta sahaja yang akan bertolak" atau "tolong berikan saya satu (echad) botol racun serangga!". Maka kesimpulannya ialah, apa yang akan menentukan maksudnya ialah konteks ayat.

Maka dakwaan 'echad' membawa makna kesatuan dari pelbagai unsur semata adalah dakwaan yang tidak berasas.   


Yachid 

Namun di sana terdapat juga para missionaris Kristian yang setuju bahawa perkataan 'echad' tidak sentiasa membawa maksud kesatuan yang mempunyai kepelbagaian unsur malah mereka menyedari 'echad' juga terkadang mempunyai maksud ketunggalan dalam aspek numerik, namun argumen mereka disini ialah bahawa 'yachid' yang sentiasa membawa maksud tunggal dari aspek numerik tidak pernah digunakan dalam merujuk kepada Tuhan dalam Alkitab. Menurut mereka, perkataan 'yachid' yang bermaksud 'hanya' atau 'sendirian'- yakni sentiasa membawa maksud ketunggalan mutlak dari aspek numerik (absolute solitary oneness) dan tidak pernah digunakan dalam apa jua bentuk kepelbagaian dalam bentuk kesatuan unsur (compound unity) sepertimana penggunaan 'echad' yang terkadang merujuk ketunggalan yang mutlak dan terkadang merujuk kepelbagaian unsur dalam satu kesatuan. Mereka mendakwa, perkataan 'yachid' tidak pernah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Perjanjian Lama, maka sudah tentu ia menimbulkan misteri yang besar dalam perihal ketuhanan. 

Maka dalam hal ini, mereka menganggap tindakan sebahagian orang yahudi terkemudian yang menggunakan istilah 'yachid' untuk menggantikan perkataan 'echad' dalam membicarakan masalah teologi sebagai tindakan yang tidak alkitabiah (unbiblical). Umpamanya, pendita Yahudi dan ahli falsafah terkenal abad ke-12, Rabbi Moshe Ben Maimon atau biasa digelar dengan Maimonides, telah menggunakan istilah 'yachid' bagi menggantikan perkataan 'echad' dalam 13 prinsip iman Yahudi yang dikarangnya. Sekalipun beliau menggunakan perkataan 'echad' ketika menyebut ayat Deuteronomy 6:4, namun dalam rukun kedua dari 13 prinsip imannya, beliau menggunakan perkataan 'yachid'. 

Rukun ke-2 : “Saya percaya dengan iman yang sempurna bahwa Tuhan itu Esa (yachid). Tidak ada kesatuan apapun yang sepertiNya. Dia sendirilah Tuhan kita, Dia yang telah ada, yang ada, dan yang akan datang”.

Hal ini juga berlaku dalam buku doa orang yahudi yang moden, dimana perkataan 'yachid' digunakan untuk menggantikan perkataan 'echad'. Namun, benarkah ia tidak alkitabiah? 

Sebenarnya, permasalahannya sangat sederhana. Mengikut kaedah bahasa Ibrani, kedua-dua terma boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan. Apabila Rabbi Moshe Ben Maimon menggunakan istilah 'yachid', beliau tidak menafikan makna 'echad' atau sebarang percubaan untuk menafikan 'tuhan berbilang peribadi' seperti yang difahami oleh penganut kristian. Namun penggunaan 'yachid' digunakan dalam konteksnya yang tersendiri. 

Sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya, 'yachid' bermaksud 'hanya' (only) atau sendirian (alone). Maka dalam hal ini, istilah 'yachid' asalnya untuk merujuk kepada keadaan Tuhan ketika sebelum penciptaan alam maya dan segala makhluknya. Nyatalah pada waktu itu Dia bersendirian dalam wujudNya (yachid). Namun ketika alam telah diciptakan, dan sebahagian manusia menyamakan sebahagian dari makhluk-makhluk ciptaan ini sebagai tuhan, maka ketika inilah perkataan 'echad' digunapakai. Dalam hal ini, penciptaan  tidak menyebabkan perubahan kepada Tuhan. Dia tetap sama sebelum atau selepas penciptaan. Perkataan 'yachid' menjelaskan kedudukan Tuhan  yang tiada kaitan dengan sebarang objek ciptaanNya. 

Atas sebab inilah, perkataan 'yachid' tidak digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Taurat. Hal ini kerana pada seawal permulaan Taurat sahaja, ayat pertama dimulai dengan penciptaan alam semesta. 

Genesis 1:1 - "Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi."

Jadi dimanakah ruang untuk perkataan 'yachid' digunapakai! 

Maka apabila Rabbi Moshe Ben Maimon menggunakan istilah 'yachid', beliau sebenarnya menekankan keadaan Tuhan sepertimana Dia sebelum penciptaan alam semesta. Hal ini tergambar dalam Malachi 3:6 - "Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah,"

Tambahan pula, telah jelas bagi kita dalam beberapa contoh diatas bahawa perkataan 'echad' juga membawa makna tunggal/singular. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut maksud 'echad' - boleh rujuk disini

Jika benar mereka mahu meneroka maksud sebenar 'echad' dalam Deutoronomy 6:4 sepertimana yang dipetik oleh Yesus dalam Markus 12:29, maka mengapa mereka tidak memberi perhatian kepada ayat Markus 32 dan 34 kerana jawapannya jelas ada disitu, tidak perlu bersilat dengan perkataan 'yachid' atau 'echad'. 

Markus 12:29 - Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa (echad).

Markus 12:32 - Lalu kata ahli Taurat itu kepada Yesus: "Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu, bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia.

Markus 12:34 - Yesus melihat, bagaimana bijaksananya jawab orang itu, dan Ia berkata kepadanya: "Engkau tidak jauh dari Kerajaan Allah!" Dan seorangpun tidak berani lagi menanyakan sesuatu kepada Yesus.

Apakah dengan ayat ini, anda perlu lagi mencari-cari makna 'echad'?? Fikirkanlah wahai trinitarian!


Rujukan : 

1 - Trinity: Oneness in unity not in number: Yachid vs. Echad - Bible.ca 
2 - God as One vs. The Trinity - Jewsforjudaism.org
3 - Rabbi Tovia Singer Destroys Church Claim that 'Echad' and 'Elohim' Prove the Doctrine of the Trinity - EFDawah Youtube
4 - Yachid vs echad - Judaism.stackexchange.com

Sunday, May 10, 2020

Siapakah 'Kita' yang dimaksudkan dalam Genesis 1:26?



SIAPAKAH 'KITA' YANG DIMAKSUDKAN DALAM GENESIS 1:26



Latar ayat

Di dalam Alkitab (Bible), ayat Genesis 1:26 adalah diantara ayat yang kerap dijadikan hujah bagi golongan Kristian untuk menunjukkan bahawa ini adalah bukti konsep tritunggal telah wujud di dalam teks Perjanjian Lama. 

Genesis 1:26: Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."

Menurut Alkitab Perjanjian Lama (Tanakh), Genesis 1:26 adalah berkenaan kisah penciptaan manusia pada bab awal Kitab Taurat. Selepas Allah menjadikan pelbagai ciptaan alam, maka pada hari keenam Allah berkenaan untuk menciptakan manusia. Untuk itulah, Allah berfirman "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."

Selain daripada ayat Genesis 1:26, terdapat beberapa ayat lagi yang menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan Genesis 1:26, iaitu Genesis 3:22 dan Genesis 11:7. 

Genesis 3:22 : Berfirmanlah TUHAN Allah: "Sesungguhnya manusia itu telah menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya."

Genesis 11:7 : Baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing."

Genesis 3:22 adalah lanjutan tentang peristiwa Hawa yang telah memakan buah larangan. Selepas kejadian itu, Allah telah menjadikan permusuhan antara keturunan manusia dan iblis. Kemudian Allah menjadikan tabie manusia dalam menjalani kehidupan, wanita akan menanggung kesakitan mengandung, berkuasanya lelaki atas wanita, susah payah manusia dalam mencari rezeki untuk kehidupan sehinggalah akhirnya manusia kembali kepada tanah. Atas tabie inilah, Allah berfirman, Berfirmanlah TUHAN Allah: "Sesungguhnya manusia itu telah menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya."

Genesis 11:7 pula adalah berkenaan kisah yang berlaku di tanah Sinear, yang melibatkan suatu kaum keturunan Sem, yakni anak dari Nabi Nuh a.s. Mereka bercita-cita mendirikan suatu kota disitu yang menaranya sampai ke puncak langit, dengan harapan untuk mencari nama dan agar mereka tidak berselerak ke seluruh bumi. Namun Allah turun dari langit dan mengacau bilaukan bahasa mereka sehingga mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain, sehingga akhirnya mereka berselerakan ke seluruh bumi. Disebabkan peristiwa itulah, kota itu disebut nama dengan nama kota Babel, kerana di situlah Tuhan mengacaubalaukan bahasa seluruh bumi dan dari situlah mereka diserakkan Allah ke seluruh bumi.


Apakah penafsiran-penafsiran yang wujud untuk Genesis 1:26 ini? 

Adalah suatu yang agak menarik apabila masing-masing pihak mempunyai tafsiran tersendiri terhadap ketiga-tiga ayat diatas berdasarkan teologi yang dipegang oleh mereka. Untuk itu, penulis akan menganalisa satu persatu semua pendapat yang ada. 

Sayugia diingatkan kepada para pembaca semua bahawa apa yang penulis tampilkan disini adalah sekadar tafsiran dari pihak autoriti agama dan aliran teologi masing-masing. Apabila penulis menganalisa, maka penulis sekadar menampilkan fakta dan penulis lansung tidak mempunyai kecenderungan untuk membenarkan mana-mana tafsiran pun. Adapun hujahan dan bantahan yang penulis utarakan, hanya sekadar penilaian ke atas teks dan tidak lebih dari itu. Hal ini kerana bagi penulis kebenaran hanya ada pada Alquran dan sunnah, adapun hal-hal ghaibiyat yang terdapat dalam kitab-kitab agama samawi terdahulu kita tidak tahu yang mana satukah masih yang asli atau tidak, maka sikap kita sebagai muslim ialah tawaqquf (berhenti dan berdiam diri) - yakni tidak membenarkan mahupun menafikan. Namun prinsip kita yang utama ialah apa-apa yang selari dengan Alquran dan sunnah kita benarkan dan mana-mana yang bertentangan dengan Alquran dan sunnah kita nafikan. 

Berbalik kepada persoalan tadi, bagi para kristian trinitarian, berdasarkan dari penggunaan istilah kata ganti diri 'Kita' inilah, maka ia merupakan suatu indikasi yang jelas tentang keyakinan tritunggal mereka. Alasannya, jika Tuhan melakukannya bersendirian, sudah pasti kata ganti diri 'Aku'akan digunapakai. Ayat seterusnya pula kononnya mengisyaratkan akan kesatuan tritunggal kerana Allah berbicara dalam frasa tunggal. 

Genesis 1:27: Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

Bagi mereka, kejamakan Allah diungkapkan melalui kata ganti “Kita” dan ungkapan “gambar dan rupa Kita” (Genesis 1:26). Ketunggalan-Nya pula dinyatakan melalui “gambar-Nya” maupun “gambar Allah” (Genesis 1:27). Frasa “berfirmanlah Allah” di awal ayat 26 juga berbentuk tunggal, begitu juga kata kerja 'bara' (menciptakan) turut bersifat tunggal. 

Walaubagaimanapun, Penganut Yahudi mempunyai penafsiran yang berbeza terhadap ayat Genesis 1:26. Tradisi Rabbinik percaya Allah berfirman kepada malaikat disekelilingNya, atau apa yang boleh disifatkan sebagai penghuni Syurgawi, atau Sidang Ilahi. Parafrasa Targum Yonatan menulis, "Dan Allah berkata kepada malaikat malaikat yang melayani yang sudah diciptakan-Nya pada hari kedua dari penciptaan alam semesta, 'Mari Kita jadikan manusia'".

Menurut tradisi rabbinik, saat Nabi Musa alaihissalam menulis kitab Taurat dan tiba pada ayat ini "Baiklah Kita menjadikan manusia..." yang dalam bentuk jamak serta menyiratkan adanya kejamakan dalam peribadi Allah, Nabi Musa berkata, "Wahai Raja Semesta Alam! Mengapa Engkau memberikan ayat yang menyiratkan adanya kejamakan Allah?" Allah menyahut, "Tulislah! Siapa saja yang ingin sesat, biarlah ia sesat. Sesungguhnya, hendaklah mereka mempelajari dari Pencipta-Nya yang menciptakan segala sesuatu, bahwa tatkala Dia akan menjadikan manusia, Dia pun mengadakan musyawarah dengan para malaikat-Nya."

Penjelasan ini pula saya petik dari Rabbi Rashi, dikutip dari Chabad.org (berdasarkan link dari Sarapan Pagi Biblika) : 

Frasa "Marilah kita menjadikan manusia": - Walaupun mereka [para malaikat] tidak menolong-Nya dalam penciptaan-Nya, dan ada ruang bagi para bidaah untuk menimbulkan kerancuan (untuk salah menafsirkan jamak sebagai dasar bidah mereka), Kitab Suci tidak ragu-ragu untuk mengajar dengan tepat tingkah laku dan sifat kerendahan hati, bahawa orang yang hebat harus berunding dan mendapat izin dari yang lebih kecil. Seandainya tertulis: "Aku akan menjadikan manusia," kita tidak akan mengetahui bahawa Dia berbicara dengan pengadilan-Nya, sebaliknya kepada-diriNya semata. Dan sanggahan terhadap bidaah ditulis di sampingnya [i. e., dalam ayat berikut:] "Dan Tuhan menciptakan (וַיִּבְרָא - VAYIV'RA)," dan itu tidak mengatakan, "dan mereka menciptakan וַיִּבְרְאוּ - VAYIV'RU." - [dari Jeneral Rabbah 8: 9].


Pendapat dari cendekiawan dan intelektual Kristian

Sebilangan besar ahli teologi trinitarian telah lama menolak anggapan bahawa Genesis 1:26 menyiratkan sejumlah entiti dalam ketuhanan. Sebaliknya, para sarjana Kristian sangat setuju bahawa kata ganti jamak dalam ayat ini adalah rujukan kepada malaikat-malaikat pelayan Tuhan yang diciptakan sebelumnya, dimana Yang Mahakuasa berbicara dalam bentuk jamak kemegahan (plural majestic), berunding dengan pengadilan syurgawi-Nya, sepertimana pandangan Yahudi Rabbinik. Untuk itu, mari kita lihat pandangan sebilangan sarjana Alkitab trinitarian terkemuka mengenai perkara ini.
Sebagai contoh, pengarang Kristian evangelis Gordon J. Wenham, yang tidak pun memusuhi akidah tritunggal dan mengarang ulasan sebanyak dua jilid mengenai Kitab Genesis, memberi komentar pada ayat ini dengan berkata,

"Orang-orang Kristian secara tradisional melihat [Genesis 1:26] sebagai mengadaptasi [mencerminkan] tritunggal. Namun sekarang diakui secara universal bahawa ini bukan maksud jamak/kepelbagaian entiti menurut pengarang asalnya". (Gordon J. Wenham, Word Biblical Commentary on Genesis, Word Books, 1987, p. 27.)

New International Version (NIV) adalah sebuah kitab revisi Bible yang tidak mesra kepada doktrin agama Yahudi. Namun, NIV Study Bible juga menegaskan dalam ulasannya tentang Genesis 1:26,

"Kami (Us) ... Kami (Our)... Kami (Our). Tuhan berfirman sebagai Raja Pencipta, memaklumkan pekerjaan diraja-Nya (crowning work) kepada para anggota istana syurgawi-Nya (lihat 3:22; 11: 7; Isaiah 6: 8; I Raja-raja 22: 19-23; Ayub 15: 8; Yeremia 23: 18) .(NIV Study Bible, Grand Rapids: Zondervan, 1985, p. 7.) 

Charles Caldwell Ryrie, seorang profesor Dispensationalist of Biblical Studies di Philadelphia College of Bible dan pengarang tafsir Bible yang banyak dibaca, The Ryrie Study Bible, menulis dalam penjelasan pendek dan tepat mengenai Kejadian 1:26,

"Kami (Us)... Kami (Our). Kata majmuk".(Charles Caldwell Ryrie, The Ryrie Study Bible (Dallas Theological Seminary), Chicago: Moody Press, 1978, p. 9.)

The Liberty Annotated Study Bible, ulasan Alkitab yang diterbitkan oleh Pendeta Jerry Falwell's Liberty University yang fundamentalis, juga menyatakan ayat ini,

"Kata ganti jamak 'Kami' (Us) kemungkinan besar jamak majmuk dari sudut tatabahasa Ibrani dan sintaksis." (Jerry Falwell (Executive Editor), Liberty Annotated Study Bible, Lynchburg: Liberty University, 1988, p. 8.)

Komen 10 jilid yang lengkap oleh Keil dan Delitzsch dianggap oleh banyak orang sebagai eksposisi paling berpengaruh pada "Perjanjian Lama" di kalangan evangelis. Namun dalam ulasan Keil dan Delitzsch mengenai Kejadian 1:26, kita dapati,

"Kata jamak 'Kami' dianggap oleh para bapa dan para teolog terdahulu hampir sebulat suara sebagai petunjuk tentang Tritiniti; pengulas moden, sebaliknya, menganggapnya sebagai pluralis majestis… Oleh itu, tidak ada penjelasan lain yang tersisa, daripada menganggapnya sebagai pluralis majestis… (Keil & Delitzsch, Commentary on the Old Testament, Peabody: Hendric., 1989, Vol. I, p. 62.)

Oleh sebab itulah, dilaman Sarapan Pagi Biblika, yang walaupun merupakan antara laman yang penulis senaraikan sebagai musuh 'favorit' dalam isu-isu kristianiti, namun dalam hal ini mereka jujur menyatakan pendirian mereka selari dengan tokoh-tokoh cendekiawan trinitarian diatas. Berikut adalah pernyataan mereka selepas dibentangkan secara terperinci pendalilan ayat Genesis 1:26, rujukan lengkap boleh dibaca disini : Kata "Kita" dalam Kejadian 1:26, Apakah merujuk pada Ketritunggalan?

Bagaimana dengan doktrin TRINITAS? :

"Telah kita pelajari dengan jelas, kita sama-sama telah meneliti pemakaian kata "Kita" oleh Allah di dalam Perjanjian Lama, berarti Allah berkata kepada malaikat yang ada di sekitarnya, bahwa para malaikat itu terlibat di dalamnya dalam suatu SIDANG ILAHI. Saat Dia berfirman kepada manusia, Allah tidak pernah menggunakan kata dalam bentuk plural yang menyiratkan "Kita/ Kami".

Maka, dengan kajian ayat secara tekstual dan juga adanya referensi-referensi yang dikutip diatas, saya pribadi, memilih pada penafsiran kata "Kita" yang tidak merujuk kepada "TRINITAS", bukan berarti penafsiran ini menentang pada doktrin Trinitas. Kejadian 1:26 secara tekstual tidak mengarah kepada "dalil Trinitas".

Bagi kalangan Trinitarian, kita tak perlu khawatir dengan penjabaran Kejadian 1:26 yang memang tidak mengarah kepada "Trinitas", dan tidak usah menganggap kajian tersebut "kontra Trinitas", bagaimanapun Allah kita adalah ALLAH yang SANGAT MAHA DALAM KEPRIBADIANNYA dan SANGAT PRIBADI DALAM KEMAHAANNYA.

Hakekat Allah itu diluar pemikiran manusia, kita hanya bisa menjabarkannya sebatas kapasitas tempurung otak kita. Allah itu ber-otoritas, Ketika Allah memutuskan Ia menjelma ke bumi sebagai manusia, bukan berarti ada bagian dari diriNya yang berkurang atau bahkan hilang."


Bantahan dari penganut trinitarian 

Meskipun demikian penjelasan diatas tentu saja mendapat bantahan. Mereka beralasan, Jika “Kita” bererti Allah dan para malaikat, maka “menurut gambar dan rupa Kita” juga bererti “menurut gambar dan rupa Allah beserta para malaikat”. Persoalannya, di ayat 27 hanya disebutkan “menurut gambar-Nya (tunggal)” atau “menurut gambar Allah” - diciptakanNya manusia". Tidak ada malaikat di sana. Di samping itu mereka berhujah, Alkitab tidak pernah mengajarkan bahwa para malaikat terlibat dalam penciptaan. Mereka hanyalah penonton yang bersukacita melihat karya ciptaan Allah. Hal ini sudah tentulah membuktikan Allah berbicara kepada peribadi lain dalam tritunggal. 

Namun pendapat ini penulis, ini suatu argumen yang dapat dipertikai kerana berdasarkan teks, jika Allah berbicara kepada peribadi yang ada dalam tritunggal, sudah tentu ianya melibatkan tiga oknum - iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jika ayat "rupa dan gambar Kita" melibatkan tiga oknum, persoalannya, apakah rupa roh kudus itu juga adalah seperti manusia? Setakat pengkajian yang penulis lakukan, belum pernah dalam mana-mana manuskrip Alkitab dinyatakan bahawa roh kudus itu menjelma menjadi manusia atau mempunyai bentuk seperti manusia. Oleh itu pada pandangan penulis, ia suatu argumen yang lemah. 

Dakwaan bahawa konsep tritunggal tersirat didalam ungkapan kata ganti “Kita” dan ungkapan “gambar dan rupa Kita” (Genesis 1:26), manakala ketunggalan-Nya pula dinyatakan melalui “gambar-Nya” maupun “gambar Allah” (Genesis 1:27) juga adalah suatu yang boleh dipersoalkan, kerana jika diandaikan bahawa konsep kejamakan Allah diungkapkan melalui kata ganti “Kita” dan ungkapan “gambar dan rupa Kita” (Genesis 1:26), manakala ketunggalan-Nya pula dinyatakan melalui “gambar-Nya” maupun “gambar Allah” (Genesis 1:27), maka apakah mereka menganut faham modalisme yang dihukum sesat oleh bapa awal gereja? (Saya pernah menulis tentang faham modalisme monarkianisme : Klik sini). Bukankah mereka sendiri menolak bahawa Allah itu satu peribadi yang muncul dalam tiga rupa bentuk? Jika ayat ini mengisyaratkan tritunggal, kata kerja 'mencipta' sepatutnya dalam bentuk plural, dan bukannya singular. Maka nyata hujah ini juga tertolak.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa perbualan dalam Genesis 1:26 melibatkan Allah Bapa dan PuteraNya (Yesus). Ini banyak didapati menerusi kenyataan Bapa-bapa gereja sebelum abad ke-4 seperti yang saya petik dilaman Katolisitas.org :  

St. Barnabas (74):

“Sebab Kitab Suci berbicara tentang kita, ketika Ia [Allah] berkata kepada Putera-Nya, “Baiklah kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita” (Lih. St. Barnabas, Epistle of Barnabas, Ch. VI). Di abad ke-1 ini, St. Barnabas telah mengajarkan bahwa kita manusia, diciptakan menurut gambar dan rupa Allah; sebagaimana yang dikatakan oleh Allah kepada Putera-Nya.

Origen (w 254):

“Adalah kepada Dia [Kristus] Allah berkata mengenai penciptaan manusia, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita.” (Origen, Against Celsus, Book V, Ch. XXXVII)

Novatian (w 258):

“Sebab siapa yang tidak mengenali bahwa Pribadi Sang Putera adalah Pribadi yang kedua setelah Bapa, ketika ia membaca apa yang dikatakan oleh Bapa kepada Sang Putera, “Baiklah Kita membuat manusia menurut gambar dan rupa Kita;” dan setelah ini, maka hubungannya adalah, “Dan Allah menciptakan manusia, dan Allah menciptakannya menurut gambar-Nya?” (Novatian, A Treatise Concerning the Trinity, Ch XXVI.)

Namun pada pandangan penulis hal ini juga tidak masuk akal - atas alasan yang sama dengan sebelumnya - kerana perkataan 'mencipta' yang dinyatakan adalah berbentuk tunggal, bukankah mereka mendakwa Yesus juga mencipta alam semesta (Klik sini )? Jika begitu, sepatutnya kata kerja adalah plural, dan bukan tunggal. 

Jika kita memerhati dengan teliti, kata Elohim, iaitu kata benda plural/ jamak yang mengacu kepada sebutan Allah, dituliskan sebanyak sekitar 2500 kali, yang diikuti dengan kata kerja maupun kata sifat yang sifatnya singular/ tunggal. Adapun ayat-ayat yang menyatakan Yesus terlibat dalam karya penciptaan alam, hanyalah ada pada Perjanjian Baru karangan Paulus dan Yohanes. Jika tulisan Yohanes dan Paulus di inspirasikan dari wahyu, sepatutnya dakwaan Paulus san Yohanes mestilah selaras dengan Perjanjian Lama. 


Kesimpulan 

Disini penulis sekali lagi menegaskan prinsip dan sikap penulis dalam masalah ini, bahawa tolak ukur kebenaran hanyalah Alquran dan As-sunnah. Dan apa-apa yang tidak dinyatakan oleh Alquran dan sunnah kita diamkan dan apa yang dinafikan atau disahihkan oleh Alquran maka kita nyatakan. Maka dalam hal ini, apakah Allah ketika mencipta Nabi Adam alaihis salam berbicara dengan malaikat dalam dialog sedemikian rupa, adalah suatu hal tidak dinyatakan oleh Alquran dan Sunnah, maka sikap kita dalam hal ini ialah mendahulukan petunjuk yang jelas dalam Al-Quran dan Hadits. 

Didalam Al-Quran ada dinyatakan penciptaan Adam Alaihis salam, Allah berfirman : 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surat Al Baqarah: 30)

Didalam ayat yang lain, Allah berfirman : "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Surah al-Hijr, ayat 28)

Sekalipun kita tidak dapat menyelaraskan antara dua peristiwa ini kerana ia datang dalam dialog yang berbeza, namun keesaan Allah yang kita imani dinyatakan jelas dalam Alquran dan Sunnah. Maka dalam hal ini, kita mungkin tidak dapat mentaqrir kesahihan ayat Genesis 1:26 dalam perihal penciptaan, namun kita masih dapat bersetuju dengan kesimpulan akhir dari pembahasan ini bahawa, Allah itu Esa adanya dan Dia tidak memerlukan sebarang sekutu dalam urusan penciptaanNya.  


Rujukan ; 

1 - Apakah Konsep Tritunggal Disiratkan Dalam Kejadian 1:26-27? - Reformed Exodus Community - rec.or.id
2 - Did Someone Find the Doctrine of the Trinity In the First Chapter of the Bible? To Whom Was God Speaking When He Said, “Let Us Make Man in Our Image?
3 - Mengapa Musa menggunakan kata “Kita” (Kej 1:26) - Katolisitas.org
4 - Kata "Kita" dalam Kejadian 1:26, Apakah merujuk pada Ketritunggalan? - SarapanPagi.org